<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Sunday, September 18, 2005
masakan ayam

AYAM PANGGANG

Bahan-bahan  
1 ekor ayam beratnya antara 1 kilo hingga 2 kilo. Jangan dibelah dan jangan
dibuang kulitnya. Cuci bersih dan toskan. Lumurkan dengan sedikit garam pada seluruh ayam dan di dalam perutnya sekali.
1 biji buah pala tumbuk halus
1 sudu makan lada hitam biji tumbuk kasar
2 sudu makan kicap cair (light soya sauce)
1 sudu makan kicap hitam (dark soya sauce)
1 biji lemon perah ambil jusnya sahaja
200 gram mentega di lembutkan
Sedikit sahaja garam untuk tabur atas sayurnya
1 biji bawang besar belah empat
500 gram kentang kecil cuci bersih dan jangan kupas kulit di kukus
10 biji kobis kecil (boleh di lebihkan) potong hujungnya dan cuci bersih dan di celur
2 biji kentang besar (dibelah dua dan direbus dengan kulitnya sehingga empuk sahaja)
2 biji tomato belah 2
Beberapa biji tomato ceri
1 batang karot kupas kulit, belah dan kukus sebentar
Sedikit bunga kobis kukus sebentar (jika mahu)
 
 
Cara Menyediakan   
Siapkan tin pembakar yang besar sedikit untuk panggang ayam dan boleh muat dengan segala sayur mayurnya. Alas dengan kertas timah aluminium foil. Foil mesti besar sedikit dari dulang pembakar. Panaskan ketuhar 180 darjah.

Kicap, jus lemon, lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan dengan ayam. Masukkan kedalam perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalekan ayamnya dan ikat kedua-dua kakinya dengan benang putih kasar ini supaya bila di masak kakinya bercantum, begitu juga hujung kepaknya di cantumkan kedua-duanya, dan diikat dengan benang putih beberapa lembar. Ikat longgar.

Setelah itu alehkan kedalam tin pembakar, dengan bahagian belakangnya diatas. Curah rata lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Hias ditepinya dan didalam perutnya dengan bawang besar, bahagian ceri tomato dan tomato yang dibelah 2. Bakar selama 30 minit. Kemudian kelurkan dari ketuhar dan perlahan-lahan terbalikkan. Panggang lagi selama 15 - 30 minit dan keluarkan dari ketuhar dan selitkan ubi kentang kecil di tepi-tepi ayam, terutama dibawahnya. Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato cherry dan kobis kecil didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan sayur mayur. Tuang kuahnya diatas sayur-mayur.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 15 hingga 30 minit, atau sehingga masak dan ayamnya garing. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dengan sudu dan siram diatas ayam. Setelah itu dikeluarkan dan dihidangkan panas-panas.

Enak dimakan begitu sahaja dengan roti Perancis atau roti bawang putih (garlic bread).

CARA MENGHIDANG
Potong mana-mana bahgian ayam yang hendak disajikan. Letakkan dalam pinggan. Hias ditepinya dengan beberapa biji kentang kecil dan sepotong kentang besar, sepotong bunga kobis, beberapa biji tomato cherry, karot dank obis kecil. Siram sedikit kuah diatasnya.

PANDUAN
Pilihlah ayam yang beratnya lebih dari 1 kilo. Jangan gunakan ayam yang kecil ia cepat masak.
 
 

AYAM FEZ

Bahan-bahan  

Bahan A
1 ekor ayam (buang kulit dan lemak-lemaknya, potong 12, cuci dan toskan)
biji lemon, ambil jusnya
cawan tairu
Sedikit garam

Bahan B
5 sudu makan minyak sayur
3 biji bawang besar - hiris halus
4 biji lada hijau (di belah dua jangan putus)
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji tomato (dadu)
2 pokok daun ketumbar (di patah patah)
2 sudu makan rata serbuk ketumbar
1 sudu makan rata serbuk lada putih
1 sudu makan rata serbuk lada merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
10 biji badam (di kisar halus dengan 1/2 cawan air)
1 pokok daun ketumbar (hiris untuk tabur)
 
 
Cara Menyediakan   
Gaul rata bahan A dalam besen dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang dan lada hijau hingga bawangnya layu dan kekuningan. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis dan buah pelaga. Tumis hingga wangi. Masukkan tomato dan daun ketumbar, tumis selama 5 minit. Setelah itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada merah Lada putih dan kunyit, serta 1 cawan air. Gaul rata dan kecil kan api, masak selama 10 minit. Di sini pastikan periuknya
di tutup dengan tudungnya, supaya rempahnya dapat di masak dengan baik, dan untuk mengelakkan bau maung.

Apabila rempahnya sebati, masukkan badam kisar, gaul rata dan masak lagi selama 5 minit lagi. Kemudian masukkan ayam yang di perap tadi. Gaul rata dan masak di atas api yang sederhana besarnya, sehingga mendidih, dan kuahnya pekat. Bila ayamnya empuk, matikan api, tabur hirisan daun ketumbar. Enak di makan dengan roti Perancis.

Sumber: Mami Asmah Laili
 

AYAM HAKIMI

Bahan-bahan  

BAHAN A
1 ekor ayam (buang kulit & potong 12)
3 biji bawang besar (hiris - di jadikan bawang goring, ketepikan minyaknya sebab hendak di gunakan lagi)
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih

 BAHAN B
3 biji tomato (dipotong dadu)
3 biji lada merah (belah dua jangan putus)
3 biji lada hijau (belah dua jangan putus)
2 sudu makan tomato puree
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan tairu
5 biji badam (kisar)
5 biji gajus (kisar)
5 biji buah pelaga (pecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
2 cawan air
Garam secukup rasa
 
 
Cara Menyediakan   
Gaul rata semua bahan B dalam besen dan ketepikan.

Panaskan 1/2 cawan minyak bekas menggoreng bawang dan tumiskan halia dan dan bawang putih hingga naik aromanya. Masukkan ayam, kacau rata, dan masak sebentar. Masukkan bahan B dan gaul rata. Masak selama 20 hingga 30 minit.

Satelah itu barulah di masukkan bawang goring. Kacau rata dan biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Kecilkan api dan biarkan sehingga minyaknya naik. Perlahan-lahan keluarkan minyaknya dan buang. Enak di makan dengan sebarang roti atau nasi.

Sumber: Mami Asmah Laili 


Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Comment (1)  

lepat n tepung bungkus

LEPAT PISANG
 
Bahan-bahan  
10 biji pisang emas
300 g tepung gandum
1/2 cawan pati santan
250 g gula melaka 3 cawan air
Daun pisang
1/2 biji kelapa parut 
 
Cara Menyediakan   
1. Kisar pisang jangan terlalu halus. Masukkan tepung dan pati santan.
2. Masak gula bersama air hingga mendidih, tapis dan sejukkan.
3. Tuangkan air gula ke dalam adunan pisang tadi dan kacau hingga sebati.
4. Sediakan daun pisang 6 cm x 6 cm setiap satu.
5. Letakkan sesudu sedang adunan pisang dan masukkan kelapa parut di dalamnya, tutup dengan sedikit adunan pisang lagi.
6. Bungkus dengan cermat dan kukus selama 20 minit.
 
 
TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan  
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
sedikit garam
Daun pisang
 Bahan-bahan inti:
biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
 
 
Cara Menyediakan   
Kelapa dimasak bersama gula melaka hingga kering. Ketepikan dahulu. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti kelapa dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.
 
 


Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH DANGAI

 

Bahan-bahan  
1 cawan tepung pulut.
1 cawan kelapa parut ( kalau lebih sikit lagi sedap, kena pula isi kelapa yang muda sikit )

Sedikit garam
gula dan air

 
 
Cara Menyediakan   
Tepung pulut dan kelapa parut digaul rata. Masukkan secukup rasa garam dan air (ini hanya untuk melembabkan sahaja atau untuk melekat-lekatkan sahaja ).

Kalau tidak ada acuan, boleh juga menggunakan kuali. Sapu sedikit minyak & ditabur dengan bahan-bahan tadi lebih kurang 1cm - 2cm. Lepas itu tabur gula diatasnya.
Masaklah sehingga masak kemudian di lipat dua.

Sumbangan: Anggun Lestari
 


Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

KEK LAPIS PRUNE

Bahan:
250 g mentega
80 ml susu pekat
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
120 g gula kastor
1 camb Quick 75
90 g tepung gandum
150 g prun tanpa biji, dihiris nipis
sedikit pewarna hijau


Cara:
1. Pukul mentega dan susu hingga putih, ketepikan.
2. Putar kuning dan putih telur selama 3 min, masukkan gula dan Quick 75, putar hingga kembang dan pekat.
3. Bubuh tepung berselangseli dengan campuran mentega. Kacau sebati. Asingkan 1/3 adunan, campurkan dengan pewarna hijau.
4. Alas tin 20 cm dgn kertas timah. Ratakan adunan biasa, biar nipis. Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180 C, selama 4-5 min.
5. Cucuk permukaan kek dan tekan dengan sesuatu yg leper. Ratakan adunan biasa lagi dan taburkan prun. Gril keperangan.
6. Ikuti dengan adunan hijau, biasa, kemudian biasa dan prun.Ulangi proses melapis hingga habis. Supaya kek lapis tahan lama, bakar seperti membakar kek biasa, pada suhu 190 C selama 15 min agar ia benar-benar masak.



Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

LASAGNE


12 keping lasagne
100 g keju Parmesan, diparut (pastikan "rennet"nya/coagulant adalah dari punca bahan kimia dan BUKAN animal rennet yg tidak halal. Anda boleh gantikan dengan keju Cheddar, jika suka kerana keluaran Chesdale/Kraft ada tanda "HALAL" - pastikan cop Jabatan Agama Islam Malaysia.)

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato berkaleng (peeled, stewed tomatoes), dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
4 camb tomato puri
1 camt serbuk lada hitam
gula, garam secukupnya

Bahan Sos Putih
80 g mentega
80 g tepung gandum
800 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Ia mesti kelihatan seperti kuah 'Spaghetti Bolognese'. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam/acidic tomato puri) dan garam kemudian angkat.

Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.

Ratakan 1/6 daging dan 1/6 sos putih, atur sekeping lasagne di atasnya. Jika bekas besar, anda perlukan 2 keping. Ulang melapis begini hingga atasnya adalah sos putih dan taburkan parutan keju. Bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min atau hingga masak (kejunya mulai keperangan).

Nota: Jika anda melapiskan periuk serbaguna dengan aluminium foil (kertas timah) berbentuk empatsegi (seperti tin berukuran 20 cm, mungkin, atau boleh memuatkan 2 keping lasagne), saya rasa anda akan berjaya membakar lasagne ini. Cubalah, sesungguhnya saya harap anda berjaya!


Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

Onion Rings

Ingredients

3 lbs. Large onions
2 Eggs, lightly beaten
1 pt. Buttermilk*

*(Substitute for Buttermilk:1 c. milk plus 1 tbsp. lemon juice/lime
juice - Let stand fro 5 minutes and beat well)

3 cups Flour
1 tsp. Baking Soda
2 tsp. Salt
Flour for dredging, as needed
Milk, as needed

Preparation

1. Peel and slice onions into rounds 1/4 inch thick. Break up into
individual rings.
2. Place in a bowl. Pour in ice water to cover the onions. Cover with
plastic wrap and place in the refrigerator for at least one hour.
3. Combine eggs and buttermilk. Add flour, baking soda and salt. Blend
well. Add a little water if the batter seems too thick.
4. Heat oil to 350 degrees.
5. Remove a few onions from ice water. Place between clean towels to dry.
6. Dredge (cover) in flour. Shake off excess.
7. Dip into batter. Allow excess to drip off. Drop into hot fat. Do
not overload the fryer.
8. Cook, turning once, until golden brown. Sprinkle with salt if
desired. Keep warm.
9. Repeat with remaining onions.



Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

Kek Oren Optima

Bahan A
4 oz tpg vanila sponge-mix (boleh didapati dr BWY)
4 biji telur sejuk (simpan dlm fridge..bila nak pakai terus basuh dan terus masuk dlm adunan tau)
2 oz mentega cair
1/2 sudu teh orange essence / 1 sudu besar parutan kulit oren
1 sudu teh orange oil (jika ada)
2 oz susu segar
 
Bahan B
Half tub of orange filling...(boleh didapati dr BWY)(LIHAT NOTA)
 
Bahan C
350 ml Non-Dairy Whipping Cream (LIHAT NOTA)
 
CARA-CARA
 
  1. Panaskan oven 180 darjah C.
  2. Gris acu kek bulat 10" (yg biasa tu) dengan mentega...dan lapik tapaknya dgn kertas minyak. Griskan pula permukaan atas kertas minyak itu dan taburkan sedikit tepung rata2 ke seluruh permukaan acu kek
  3. Masukkan semua BAHAN A kecuali mentega cair dan orange oil dlm mangkuk mixer
  4. Putar pada kelajuan maksima selama 6-8 minit. Adunan akan naik dua kali ganda. (masa memula nak putar tu slow jap takut tepung berterbangan...hehe..)
  5. Kemudian, dengan menggunakan tangan..gaulkan mentega cair dan orange oil ke adunan kek (tangan tuh cuba adun ikut angka lapan...err...kalau tak faham boleh mail saya..??)pastikan betul2 sebati
  6. Terus masuk adunan dlm acu dan bakar hingga keemasan dlm 20-25 minit.
  7. sejukkan kek dlm acu dlm 5 minit dan boleh keluarkan dan sejukkan atas redai
  8. belah kek jadi dua pakai pisau bergerigi panjang...potong seperti kita pakai gergaji (sawing motion)...boleh elak kek pecah...
  9. sapu atas satu permukaan kek itu dengan orange filling
  10. sandwichkan kek itu dengan kek yg lagi satu
  11. putar krim hingga kembang dan hiaskan kek...(saya setakat salut biasa...tanpa pakai nozzle...)...nak senang pakai kek stand yg boleh pusing2 tu...

NOTA

  1. kalau sukar dpt orange filling...sebenarnya boleh buat sendiri pakai piping jelly, air dan orange essence...tapi exact measurement saya kurang pasti...maaf ya...
  2. Whipping cream utk hiasan pakai Non-Dairy ....jgn yg Dairy..kebanyakannya cair...contohnya Anchor dan Emborg.....Dairy whipping cream lebih sesuai utk masakan...kalau Non-Dairy....senang dia dihias...contoh..Brand Santa....ataupun Hanan...ataupun RICH's..ataupun RedMan

Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

JENANG GRENDUL

 
Bahan-bahannya
1500 ml air
250 gram gula melaka, dihiris halus
1 helai daun pandan, disiat dan disimpul
500 gram ubi kayu, dikupas dan didadu 1 cm atau dicincang
175 gram tepung sagu, digoreng tanpa minyak sehingga kering
 
Kuah Santan
750 ml santan daripada 1 biji kelapa
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan, disiat dan disimpul
 
Cara-caranya
1.  Didihkan air, gula melaka dan daun pandan.  Masukkan ubi kayu dan rebus sehingga ubi kayu empuk.  Kecilkan api.
2.  Tambah tepung sagu sambil dikacau sehinga berbintil-bintil halus.  Angkat apabila kuih masak.  Hidangkan dengan kuah santan.
 
Kuah Santan: Didihkan semua bahan sehingga masak dan pekat.
 
 

Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH KU

 
 
Bahan untuk Kulit
250 gram tepung pulut putih
1/2 sudu teh garam
75 gram gula pasir
400 ml santan pekat, didihkan sehingga berminyak +100 ml santan (untuk memasak inti) daripada 1 1/2 biji kelapa
pewarna kuih mengikut suka
 
Bahan untuk Inti
200 gram kacang hijau, dibuang kulit, dikukus sehingga masak dan dikisar
200 gram gula pasir
1/2 sudu teh vanilla
 
daun pisang untuk mengalas
 
Cara-caranya
1.  Kulit: Campur tepung pulut, garam dan gula pasir.  Masukkan santan mendidih sambil dikacau dan kemudian diuli sehingga dapat dibentuk dan tidak melekat di tangan.  Tambah pewarna kuih dan gaul rata.
2.  Inti: Campur kacang hijau kisar, gula pasir, vanilla dan 100 ml santan.  Jerang di atas api kecil sambil dikacau sehingga kering dan boleh dibentuk.  Angkat dan sejukkan.  Bulat-bulatkan kira-kira 3/4 sudu besar adunan dan buat begini sehingga habis.
3.  Mangacu Kuih: Leperkan 1 sudu besar adunan kulit sebesar 1/2 sm.  Bubuh sebiji bebola inti di tengah-tengahnya, tutup dan bulat-bulatkan lagi.  Tekan ke dalam acuan Kuih ku sehingga agak padat.
4.  Keluarkan dari acuan dan bubuh di atas sekeping daun pisang yang dipotong sebesar dasar kuih.  Kukus selama kira-kira 30 minit.
 
Nota: Kacang hijau boleh digantikan dengan 500 gram kentang kukus yang dikisar dan dicampurkan dengan 250 gram gula halus untuk membuat inti kentang.

Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

ROTI UDANG PEDAS

 

20 ozs tepong gandum                        

1 oz gula 

1 sudu tea garam                            

8 ozs susu cair

3 ozs mentega                                    

2 ozs yeast

2 biji telur                                          

7 ozs pastry margerin

 

Bahan-bahan untuk isinya

16 ozs udang hidup                              8 ozs bawang besar dipotong dadu

1 sudu tea lada putih                            3 sudu makan lada kering giling

5 sudu makan cili sauce                        4 sudu makan minyak kacang

2 sudu makan minyak bijan cina            2 biji telur, garam dan serbuk perasa

tin kacang peas

 

Peraturan Intinya

Tumiskan lada hingga wangi, masukkan udang yang sudah dibersihkan, gaul ratakan, masukkan gula telur kacau hingga rata masukkan cili sauce, garam, ajinomoto secukup rasa, masak hingga kering. Masukkan bawang dan kacang peas, kacau ratakan kemudian diangkat.

 

Peraturan Rotinya

Tepong, mentega, susu, gula, garam, yeast dan telur diuli hingga rata dan lembut, kemudian diperap hingga naik, sudah itu diuli sedikit kemudian digelek anggaran inci tebalnya, gelek pastry margerin tipis-tipis di tempat lain, kemudian letakkan pastry itu di atas adunan tepong yang sudah digelek tadi, lipatkan 4 dan digelek lagi buat 4 kali, kemudian dicanai langgaran inci tebalnya, sudah itu dipotong tiga segi panjang dan isi intinya dihujung yang lebar kemudian digulung dan bengkokkan seperti udang, sudah habis semuanya tunggu biar ia naik baru sapukan merah telur di atasnya kemudian dibakar hingga masak.


Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed