<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Sunday, September 11, 2005
Ais Krim Simple



Bahan-Bahan:
1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu UHT Dutch Lady 

Cara:
1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

Tambahan:
Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc


Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

AISKRIM GORENG

2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate (jangan terlalu panjang)
serbuk/reja kek span
serbuk roti secukupnya (jenis putih/buat sendiri dgn mengisar kepingan roti yg
sudah dibiarkan di atas rak di dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Kepingan roti itu
tidak perlu dibungkus.)


Bahan salut

125 g tepung gandum
¼ cawan susu segar
¼ cawan air
3 biji putih telur

Ambil aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan tutu keas bekas terse but. Turunkan suhu peti pembeku (freezer) ke tahap paling maximum (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam peti pembeku selama 12 jam.

Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan kertas
aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali lagi selama 12 jam.
Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaup-balikkan ke dalam adunan tepung. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama 45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam peti pembeku selama 2-3 jam.

Panaskan minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan. Sajikan segera.



Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

BISKUT BUAH ROTAN/REDAN/BIJAN

 

1 peket tepung pulut

1cwn matrik gula (gula pasir biasa pun boleh)

1 1/2 cwn matrik air panas

1/2 s.t. baking powder

Bijan secukupnya.

 

Tepung ngan baking powder tu digaul rata atau ayaklah senang.

Gula tadi, dijadikan air gula ngan air panas tadi, biarkan sejuk skit. Pastu masukkan ke dalam tepung.. Kalau tak cukup air tambah sikit-sikit, Uli sehingga tepung tu tak lekat kat tangan kita dan dia tak melepek bila kita cubit dan letak.... (faham tak)

 

Bulat-bulatkan, mama tak suka bulat besar2 sebab bila goreng dia lagi besar..... Mama selalu buat bulat sebesar hujung anak jari kita... .(Kalau dah malas.. .biau besaq gedempak.. hehehe)

 

Masa nak goreng... ni pun satu kena hati-hati... api takleh kuat... nanti bijan hangit, biskut tak garing... lembik....

 

Seelok-eloknya, Roha buat sikit dan try goreng dulu......kalau dia jadi mengembang dan meletup, tambah skit je tepung.... then goreng sehingga bijan dan biskut dia tu nampak sama rata keperangan....

 

Kalau lepas goreng tu, memang lembik lah... bila dah sejuk dia akan mengeras.  Kalau tak keras gak, mesti tepung tu terlebih baking atau terlembik.... Takpe... goreng balik ngan api perlahan..... sampai dia takde bunyi hiizzzzzzzzzz.... gitu....

 

LECEH AHHH BUAT BISKUT NI... TU YANG MAMA TERTIDOQ MASA MENGGORENG.

Cuba buat setengah peket aje dulu... Tu pun gerenti tak larat nak menggentel... hehehe....

Setengah peket tu pun dah banyak dapat tu...

(Oh yang kalau nak sedap, air tu boleh diganti ngan santan 1/2 cwn, dia lemak-lemak sikit)


Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

DALCHA MAMI ESAH



Bahan (A)
1 kg daging kambing (preferably rusuk) nak isi pun
boleh
1/2 kg dal lepeh - rendam 1/2 jam supaya lembut (if no
time tak pe)
1 tbsp halia
1 tbsp bawang putih
1 batang serai
2 bawang besar (hiris kasar)
3 lada hijau (belah dua)
2 lada merah (belah 2)

Daun ketumbar (hiris kasar)
6 ubi kentang (potong 4)
1 carrot (potong sebesar jari)           
2 tomato (potong 4)
2 terong  (potong 4- serong)
4 tbsp rempah daging babas
1 mangkuk kecil air asam
1/2 kotak kecil santan ( 1 pakai KARA)
2 senduk minyak
Mangga muda (belah dua) kalau suka

Bahan Tumis : (B)
3 helai daun kari      3 bj bawang kecil (hiris halus)
6 bunga cengkeh      6 buah pelaga
1 batang kayu manis      2 tbsp cili serbuk
2 tbsp kunyit serbuk      2 tbsp minyak

1) Rebus (A) sampai daging 1/2 masak.

2) + Kentang dan rebus lagi hingga kentang 1/2 masak.
+ terong, carrot, tomato.

3) + Rempah, garam, santan, asam hingga melidih. Tutup
api. Tabur daun ketumbar dan tutup periok.

4) Di kuali lain, tumis (B) hingga gareng dan tuang
semuanya (termasuk minyak) ke dlm periok tadi dan
terus tutup utk sementara. Kalau tak tutup bau
harumnya tumisan tak meresap ke lauk.

Tips :

Makan dgn Roti Peranchis bakar ... uh.. syiok...

Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

Cornflakes Madu

Bahan2 :
 
Bahan A.
 
100 gram Cornflakes.
100 gram Bubble Rice.
100 gram Almond or Peanut( almont cincang nie hendaklah dibakar sedikit terlebih dahulu)
 
Bahan B.
 
110 gram Butter.
90 gram Gula halus.
5-6 spoonfull golden syrup, or honey..
 
 
Method.
 
Campurkan semua bahan B, dan masak diatas api perlahan selama beberapa minute. Masak until gula, butter, honey or golden syrup mix well. Setelah mix well masukkan bahan A dan gaul sampai rata. Kemudian masukkan sesudu kedalam paper cup. Dalam masa yg sama panaskan oven 350 dan bakar selama 13-14 minute. Jika guna microwave oven, preheat 180C dan bakar selama 7 minute.

Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

PINEAPPLE ROLL TART

Bahan-bahan:

350 gram tepung gandum
250 gram mentega
40 gram gula ising
20 gram cheese chedder parut
2 biji kuning telur
sedikit garam

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu
2. Masukkan telur, tepung gandum dan tepung jagung. Kaca rata.
3. Masukkan dalam acuan, pam memanjang. Isi dengan jem nenas dan potong adunan berkenaan. Sapu kuning telur dan bakar adunan selama 20 minit pada suhu 180 C

Cara membuat jem nenas
Bahan-bahan:-

400 gram gula kasar
2 biji nenas diparut
2 keping kulit kayu manis
2 biji bunga lawang/cengkih
5 biji jus limau

1. Parut nenas. Tapis dan kurangkan airnya.
2. Masak semua bahan dalam kuali atau periuk tak mudah lekat pada api sederhana sehingga jem kering dan kekuning-kuningan.



Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

Popia salut Horlicks

 
1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
lidi satay utk menggulung
minyak utk menggoreng
telur sebagai bahan pelekat
 
Cara:  Gulung popia gunakan lidi satay [Mama dok ajar nih...TQ]...senang guna lidi nih...gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm utk gamkan dgn telur...buat hingga habis.  Sementara tu tutup bekas berisi popia gulung dgn kain lembab supaya tak kering..susah nak gunting.  Kemudian potong serong jarak 1-2cm.....goreng dgn api perlahan/kecil...angkat dan toskan minyak....selesai, sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar ..gaul hingga rata....siap.

Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

Dodol, Lempok & Wajik

DODOL 1

DODOL 2

DODOL DURIAN

DODOL KACANG

DODOL KENTANG

DODOL MEGAN

DODOL SRI PERAK

LEMPOK DURIAN 1

LEMPOK DURIAN 2

WAJIK 1

WAJIK 2

WAJIK DURIAN 1

WAJIK DURIAN 2

WAJIK SIRAT

WAJIK SRI PUTERI

 

 

DODOL 

 

Bahan-Bahannya :

2 paket tepung pulut dibancuh dengan 2 cawan santan cair

6 cawan santan pekat

3kg gula pasir

3kg gula merah

5 helai daun pandan

 

Cara Membuatnya :

Masak santan dan daun pandan hingga pecah minyak.

Kemudian masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau hingga likat.

Masukkan bancuhan tepung pulut dan kacau.

Kecilkan api dan kacau hingga pekat.

 

 

DODOL 2

 

Bahan-Bahannya :

1.8gm tepung pulut

300gm tepung beras

3kg gula merah

12 biji kelapa parut

 

Cara Membuatnya :

Kelapa diasingkan santan cair dan patinya.

Bancuh tepung pulut dengan santan cair dan tepung beras.

Kemudian tapiskan ke dalam kuali besi.

Masak gula merah dengan sedikit air hingga larut.

Kemudian tapiskan ke dalam adunan tepung tadi.

Dengan menggunakan api yang sederhana perlahan jerangkan adunan tadi

sambil dikacau.

Apabila sudah ½ masak, masukkan pati santan dan kacau lagi hingga rata.

Apabila sudah tidak melekat di tangan, bolehlah diangkat untuk disejukkan.

 

 

DODOL DURIAN

 

Bahan-Bahannya :

500gm tepung beras

1 sudu teh garam

850gm gula perang

850gm gula

9 cawan santan daripada 2 ½ biji kelapa

5 helai daun pandan

1 mangkuk isi durian

 

Cara Membuatnya :

Campurkan tepung beras dengan santan dalam kuali.

Kacau di atas api yang sederhana, jangan sampai campuran tadi hangus.

Apabila campuran mulai pekat, masukkan gula dan isi durian.

Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan sehingga pekat dan berkilat.

Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

 

 

DODOL KACANG

 

Bahan A :

500gm kacang tanah

Secubit garam

6 - 7 helai daun pandan disimpulkan

300ml santan

 

Bahan B :

250gm gula melaka dicincang

90gm tepung gandum diayak

5 biji telur dipukul

 

Cara Membuatnya :

Kacang tanah direndam dan buang kulitnya. Kemudian digiling hingga lumat.

Satukan Bahan A dalam sebuah periuk dan jerang atas api yang sangat kecil.

Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.

Masaklah hingga pekat. Kemudian angkat dari api.

Tapis campuran itu dan buangkan daun pandan. Biarkan sejuk.

Campurkan tepung ke dalam telur.

Kemudian pukul rata-rata selama 3 - 5 minit.

Masukkan ke dalam campuran kacang yang telah disejukkan.

Jerang semula di atas api yang sangat kecil.

Masaklah dengan berkacau hingga campuran itu kental.

Ujilah dengan mencubit campuran itu sedikit. Ia seharusnya tidak melekit.

Tuangkan ke atas daun pisang yang telah dilayurkan atau kertas lilin.

Bentukkan supaya menjadi empat persegi sama atau bujur dengan melipatkan

bahagian-bahagian tepinya.

Apabila sejuk, bukalah bungkusan itu dan potong berkeping-keping sebelum

dihidangkan.

 

 

DODOL KENTANG

 

Bahan-Bahannya :

500gm kentang

½ biji nenas separuh ranum dikupas kulit, dibersih, diparut dan dibuang airnya

400gm gula pasir

4cm kulit kayu manis

½ biji kelapa diparut diambil bahagian putihnya sahaja

¼ camca teh garam

 

Cara Membuatnya :

Rebus kentang didalam periuk hingga empuk.

Angkat, buang kulitnya dan lecek hingga hancur.

Masak nenas didalam periuk lain bersama gula dan kulit kayu manis hingga larut.

Masukkan kelapa parut, kentang lecek dan garam kedalam nenas.

Kacau campuran itu tanpa henti diatas api perlahan selama 2 jam atau hingga ia

kental.

Ratakan ia didalam loyang bulat ukuran 21cm.

Biar ia sejuk sebelum dipotong.

 

 

DODOL MEGAN

 

Bahan-Bahannya :

225gm tepung pulut

150gm tepung beras

150gm tepung kacang hijau

50 biji telur

900gm gula pasir

5 biji kelapa diambil santannya

 

Cara Membuatnya :

Satukan kesemua tepung.

Telur dipukul sehingga separuh kembang.

Gaul tepung dengan santan.

Masukkan telur.

Masak adunan di atas api perlahan sambil dikacau hingga bergolek dan tidak

melekat pada kuali.

 

 

DODOL SRI PERAK

 

Bahan-Bahannya :

2 cawan beras pulut

½ cawan gula hangus

2 liter santan

 

Cara Membuatnya :

Tumbuk beras pulut sehingga halus.

Kemudian masukkan ke dalam santan.

Masukkan gula hangus dan gaul adunan sehingga mesra.

Kacau adunan sehingga likat di atas api sederhana panas.

 

 

LEMPOK DURIAN 1

Wan Noraniah

 

Bahan-Bahannya :

Buah durian ( ikut suka beberapa biji )

Santan ( kalau durian dalam 3 - 4 biji saiz besar santannya hampir 1kg )

Gula pasir ( ikut citarasa )

 

Cara Membuatnya :

Asingkan isi durian dari bijinya tetapi tinggalkan 1 ulas yang tidak dibuang bijinya

bertujuan untuk jadi panduan lempok kita dah masak ke belum.

Kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali. Seelok-eloknya kuali

tembaga.

Selepas itu kacau sampai masak macam dodol.

Nak tahu dah masak ke belum tengok pada biji yang dimasukkan sekali tadi.

Kalau dah tak ada isi yang melekat dan nampak macam berminyak maksudnya

dah masaklah tu.

 

Nota : Api semasa memasak jangan besar sangat takut nanti hangit

 

 

LEMPOK DURIAN 2

Khusna Ahmad

 

Lempok durian ni boleh disimpan lama. Kalau tidak ada musim durian, kalau nak

buat kuih serimuka durian, kuih-kuih lain, wajik, bolehlah menggunakan lempok

ini untuk mendapatkan perasa durian. Senang sahaja. Bahan-bahannya terpulang

pada kita banyak mana sukatannya. Kalau nak lemak dan manis, lebihkan santan

dan gulanya.

 

Bahan-Bahannya :

Isi durian

Santan

Gula

Daun pandan

 

Cara Membuatnya :

Isi durian tu dihancurkan.

Campurkan santan, daun pandan dan gula.

Masak dan kacau dalam kuali sampai isinya kental macam dodol tu, tak melekat

di tangan ( berminyak sikit ). Siap.

 

 

WAJIK 1

Shakila Begum B Abdul Rahim

 

Bahan-Bahannya :

1kg beras pulut direndam semalaman

½ biji kelapa parut

900gm gula melaka

 

Cara Membuatnya :

Kukus pulut hingga masak.

Masak gula dan santan hingga pekat.

Setelah pekat masukkan pulut kacau hingga kental dan bolehlah diangkat.

 

 

WAJIK 2

 

Bahan-Bahannya :

500gm pulut putih direndam selama 2 jam dan ditoskan

500ml santan dari 1 biji kelapa

200gm gula melaka

2 sudu besar gula pasir

3 helai daun pandan disiat-siat dan disimpul

 

Cara Membuatnya :

Kukus pulut selama 15 minit dan sejukkan.

Didihkan santan, gula melaka dan gula pasir serta daun pandan sehingga pekat

berminyak. 

Masukkan pulut dan masak sehingga santan terserap.

Kacau rata-rata sehingga masak rata, tidak hangus dan pulut tidak hancur.

Tuang dan ratakan pulut ke dalam acuan dan sejukkan.

 

 

WAJIK DURIAN 1

 

Bahan-Bahannya :

1kg beras pulut

1kg gula melaka atau gula merah

1 liter santan

½ kg gula pasir

½ sudu teh garam

1 biji durian diambil isinya

2 helai daun pandan

 

Cara Membuatnya :

Rendam beras pulut sehingga ia kembang.

Selepas itu dikukus dan sejukkan.

Di dalam kuali didihkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan santan.

Pastikan gula agak pekat serta bertali.

Masukkan pulut yang telah dikukus tadi.

Kacau sehngga sebati dan pekat.

Masukkan isi durian yang dihancurkan dan daun pandan yang dibersihkan.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

 

 

WAJIK DURIAN 2

Hajah Dalilah Sulaiman

 

Bahan-Bahannya :

1kg pulut

100gm gula pasir

1 ½kg gula melaka

1 cawan isi durian

1 ½ cawan air

3 helai daun pandan

750gm santan pekat

Sedikit garam

 

Cara Membuatnya :

Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. 

Pada keesokkan hari, pulut ini hendaklah dikukus sehingga masak.

Sementara itu masak gula melaka, gula pasir, garam, daun pandan dengan 1 ½

cawan air, sehingga gulanya larut. Kemudian tapis.

Masukkan santan kedalam gula ini dan masaklah sehingga pekat dan bertali.

Masukkan isi durian, kacau rata dan masak lagi sebentar.

Setelah itu baru dimasukkan pulut.

Kacau dan masak lagi sehingga adunannya tidak melekat pada kayu pengacau.

 

Nota : Jika hendak membuat Wajik biasa tanpa durian, tambah lagi kandungan

gula pasir sebanyak 100gm menjadikannya 200gm.

Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.

 

 

WAJIK SRI PUTERI
 
Bahan-Bahannya :
2 cawan beras pulut
330gm gula pasir
3 biji kelapa diambil santannya
500gm gula merah

 

Cara Membuatnya :
Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
Keesokannya kukus pulut sehingga masak.
Perah kelapa dan ambil santan anggaran 6 tin susu sederhana besar.
Masak santan bersama gula pasir dan gula merah sehingga pekat.
Masukkan pulut dan kacau sehingga kering airnya.
Selepas masak, sejukkan sebelum dihidangkan.

 

Nota : Jika suka, masukkan isi durian atau lempuk ke dalam adunan untuk

menambah perisa.


Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

SERI KAYA

 
Sumber: Sarah Sayang

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

MAMA KARIES




Persediaan utk menyambut raya.....mama karies (bukan mama zieza tau!!!!)

Bahan-Bahannya:-

Bahan utk biskut

300 gram mentega
400 gram tepung gandum
100 gram gula aising
120 gram susu tepung penuh krim
100 gram tepung jagung

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum,
susu tepung dan tepung jagung perlahan-lahan. Gaul rata dan sebati.
2. Canai doh dan terap mengikut acuan kegemaran
3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15 minit

Aising untuk hiasan:-

1 1/2 biji telur putih
150 gram aising
15 gram tepung jagung (diayak)
sedikit coklat emulco

1. Pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit
2. Masukkan tepung jagung
3. Gunakan pam. Hias pada
permukaan biskut dan corakkan dengan coklat emulco mengikut corak kesukaan
4. Biar hingga biskut dan aising kering dan keras. Jika suka bakar sekali
lagi.


Posted at Sunday, September 11, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed