<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Friday, September 09, 2005
BAKED MEATBALLS

 


Sumber: Manchai
 
Bahan-bahannya
500g daging cincang
1/2 cawan soft breadcrumbs
2 biji telur
2 sudu kecil oregano
garam
lada hitam
Extra Virgin Olive Oil
Beef Slices
Grated Cheese (Mozarella & Parmesan Cheese)
Spaghetti Sauce
400g fettuccine (jika tiada guna sahaja spaghetti)

Cara membuatnya:

Campurkan daging cincang, soft breadcrumbs, telur oregano, garam dan lada hitam didalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.

Panaskan olive oil didalam kuali. (lebih kurang 3 sudu besar). Bulat-bulatkan adunan daging tersebut sebesar ibu jari. Buat sampai habis. Dan goreng sehingga masak didalam kuali tadi.

Beef Slices hiris kecil kecil. Goreng sebentar menggunakan minyak gorengan daging tadi. Angkat.

Campurkan bebola daging yang telah digoreng dengan beef slices yang telah digoreng tersebut kedalam mangkuk pembakar.

Fettuccine hendaklah dimasak seperti biasa dan ditoskan. Selepas ditoskan letakkan diatas bebola dan beef bacon didalam mangkuk tadi hingga menutupi semua bebola.

Diatas fetuccine pula ratakan spaghetti sauce. Ratakan sehingaa menutupi semua fettuccine.

Diatas sos tabor cheese, ratakan sehingga menutupi semua sos.

Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150c sehingga cheese bewarna kuning keemasan. Angkat dan sedia dihidangkan

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

Pulut Kuning

 
 
-2 kg pulut - basuh & rendam semalaman atau at least
 8 jam dgn 1 paket serbuk kunyit.
 
** Sediakan pengukus.  Lapik pengukus dgn daun pisang dan lubang2kan
    sikit tpt udara panas naik.
 
-2-3 paket Santan pekat - perahan santan tak campur air
campurkan dgn garam hingga terasa lemak masin
- daun pandan
 
Cara : Bilas pulut yg direndam supaya hampas/serbuk kunyit tak melekat di pulut nanti.
masukkan dan ratakan dlm pengukus, selitkan daun pandan.  Kukus hingga 3/4 masak.  Angkat dan keluarkan ke dlm besin separuh2...siram pulut dgn santan yg telah dicampurkan dgn garam..gaul rata.  Siram hingga kesemua pulut sebati dgn santan pekat.  Betulkan semula daun pisang dlm pengukus supaya pulut tak jatuh atau letak baru...masukkan balik pulut..kukus hingga masak dan berkilat...
 
tips : santan kalau perah sendiri...biarkan sebentar..ambil bahagian atas yg pekat sahaja.

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

MEE GORENG BASAH



Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan:
500 gm mi kuning
100 gm udang
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm kobis (dipotong)
250 gm sawi (dipotong)
2 s/b cili mesin
2 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 cawan air stok tulang ayam
minyak
garam


bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan air stok dan kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
4. Bila nampak dah mendideh lagi kacau rata dan tutup api. [Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]
5. Hidangkan.


Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

APAM BALIK


Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega

Cara membuat:

Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.


Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS



Sumber: Noor Masri

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air...JIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masakdlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan daun pandan, air dan susu.
Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata

NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak dan kurang kolestrol


Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

BUBUR LAMBUK TERENGGANU




Sumber: Hanieliza

Bahan
2 cawan beras [rendamkan dulu dan rebuskan sehingga menjadi bubur]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara masak:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

AYAM BAM BAM


Sumber: Noor Masri

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- dipotong 4
1 biji kelapa - jadikan 2 mangkuk santan
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar:
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
8 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 cm lengkuas
jika suka sedikit pedas boleh masukkan 3-4 tangkai cili padi

Cara membuat:
Ayam dibersihkan, lumurkan dgn sedikit garam.
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga 3/4 masak.
Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan masukkan santan, daun limau purut, daun salam ,garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
Masukkan ayam, masak hingga empuk. Angkat sedia untuk dihidangkan

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

AYAM BAKAR SOS CENDAWAN


Sumber: Hanieliza

Bahan Perap Ayam:
2 keping dada ayam
1/2 cawan fresh cream
3 ulas bawang putih [tumbuk lumat]
1 s/k lada hitam
garam

Sayuran di potong kecil dan panjang
carrot
kacang buncis
putik jagung
salad hijau

Cara
1. Gaulkan semua bahan pada ayam dan perapkan selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam dalam loyang dan bakar selama 1/2 jam pada suhu 200'C
2. Rebus sayuran [kecuali salad] dan hidangkan bersama ayam yang telah dihiriskan.
3. Hidangkan bersama sos cendawan.

Sos Cendawan

Bahannya..

1 tin mushroon soup
1 tin air
1 paket Cendawan MAGGI
1/2 cawn air + 1 s/b tepung jagung
1 s/k lada hitam
1 s/b minyak atau majerin
6 biji cendawan butang [potong nipis]

Cara memasaknya
1. Masukkan semua bahan kecuali air tepung jagung.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan air tepung jagung dan kacau lagi sehingga mendideh.

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

BLACK PEPPER CHICKEN


Sumber: Hanieliza

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan amsukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

ASAM LAKSA



Sumber: NoorMasri

500 g laksa beras kering } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan tenggiri or parang - klu guna ikan kembung atau selayang pun ok gak..murah skit
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
1 pt (600 ml) air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka

* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air

Bahan kisar:

1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

Ulaman/hiasan:

1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka

Cara membuat:

Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut.
Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.


Selamat mencuba..dah cuba sekali pasti nak lagi...

klu suka boleh bubuh bunga kantan yg dipotong 4 semasa masak kuah w'pun dlm resepi ni tak ada sebut bunga kantan

satu lagik..tulang2/kepala ikan tu kisar dgn air rebusan kemudian tapis ambil airnya..supaya kuahnya nanti lagi kaw..

Bila ku taip resepi ni tiba2 kecur air liur ku bila teringatkan keenakan laksa asam ini

Posted at Friday, September 09, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed