<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Thursday, September 08, 2005
ALMOND CRESCENTS

 
 
Bahan-bahannya
 
(A)
135 gram mentega
75 gram gula aising
 
(B)
2 biji kuning telur
1 biji parutan kulit lemon
 
(C)
270 gram tepung gandum
80 gram badam kisar
 
Cara-caranya
1.  Adun (A) sehingga sebati.  Tambah (B) dan pukul sehingga ringan.
2.  Campurkan (C) dan gula hingga sebati.
3.  Titiskan 1 sudu teh doh yang sudu teh doh dan bentukkan menjadi bentuk bulan sabit.  Letak di atas dulang pembakar.
4.  Bakar pada suhu 160 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
5.  Keluarkan daripada ketuhar.  Taburkan sedikit gula aising atau selaputkan dengan gula halus.

Posted at Thursday, September 08, 2005 by nurdia
Make a comment  

Wednesday, September 07, 2005
BOTOK-BOTOK IKAN

 
 
Bahan-bahannya
600 gram ikan tenggiri
1 biji kelapa parut, dibuat kerisik
1 biji kelapa parut, diperah 300ml santan pekat
5 mata asam jawa
beberapa helai daun pisang, setiap satu sebesar 10cm x 15cm
garam secukup rasa
100 gram daun mengkudu belanda
 
Bahan A (Dikisar halus)
6 sudu makan rempah daging
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai, dihiris
6 biji lada hidup
1 sudu makan lada putih
2 cm belacan
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
 
Bahan B (Dihiris Halus - jika suka)
100 gram pucuk ubi muda
10 helai daun kunyit
50 gram daun puding teh
50 gram daun kemangi/ selasih/ kesum
 
Cara-caranya
1)  Bersihkan ikan dan potong setebal 5 cm dan toskan.  Kemudian gaulkan sebahagian dari Bahan A hingga rata.
2)  Campurkan Bahan B dengan sebahagian lagi Bahan A bersama-sama kerisik dan bubuh sedikit garam.  Gaul rata.
3)  Dadihkan santan pekat dengan sedikit garam.
 
Cara Membungkusnya
1)  Letakkan 5 helai daun mengkudu belanda di atas sekeping daun pisang.  Letakkan sekeping ikan yang bergaul rempah dan sayur-sayuran yang bergaul rempah.
2)  Tuangkan satu senduk dadih di atas bahan-bahan ini.  Lipatkan daun mengkudu dulu supaya ia membungkus ikan dan sayur-sayuran kemudian barulah dibungkuskan ia dengan daun pisang seperti membungkus tapai.
3)  Kukuskan botok-botok ini selama 45 minit.
 
Nota: Daun belinjau dan daun gajus pun boleh digunakan.  Ia juga akan menambahkan sedap lagi botok-botok ini.

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

PACRI MANGGA/ NENAS

 
 
Bahan-bahannya
8 biji mangga muda atau 2 biji nenas
10 biji lada merah, dibelah dua dan dibuang bijinya
10 biji bawang merah, dihiris halus
40 ml minyak sapi atau minyak sayuran
100 gram gula pasir
330 ml air
garam secukup rsa
sedikit pewarna kuning
 
Bahan A (Untuk Menumis)
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2.5cm kulit kayu manis
 
Cara-caranya
1)  Mangga dibuang kulitnya dan dicuci bersih.  Kalau menggunakan nenas, buangkan kulitnya dan dipotong bulat-bulat dan bentukkan seperti bunga atau dipotong empat lagi.  Rebuskan mangga atau nenas ini di dalam air yang dibubuh garam dan pewarna kuning selama 30 minit.  Angkat dan toskan.
2)  Panaskan minyak.  Tumis Bahan A hingga berbau wangi.  Masukkan pula bawang yang dihiris dan gorenglah hingga layu dan berwarna kuning-kekuningan.
3)  Masukkan air dan gula serta garam.  Kacau rata kemudian masaklah hingga mendidih dan pekat.  Masukkan nenas atau mangga, balik-balikkan ia biar rata dan mesra.  Sedia untuk dihidang.
 

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

NANGKA MUDA MASAK MINANG

 
 
Bahan-bahannya
600 gram nangka muda, disiang dan dipotong kecil-kecil
1 1/2 bji kelapa parut, diperah 450 ml santan pekat dan 600 ml santan cair
300 gram udang hidup, dibuang kulit atau ikan kurau kering
4 helai daun salam
3 keping asam gelugor
2 cm lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa
125 ml minyak sayur
 
Bahan A (Dikisar Halus)
12 biji lada merah (boleh juga dicampur dengan lada padi)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
 
Cara-caranya
1)  Rebus nangka hingga empuk dan toskan.
2)  Panaskan minyak.  Tumis Bahan A bersama-sama lengkuas dan serai.  Biarkan hingga berbau wangi.  Masukkan udang dan santan cari.  Kacau.  Bubuh pula nangka, daun salam dan asam gelugor.  Biarkan hingga mendidih.
3)  Campurkan santan pekat, kacau dan masaklah hingga pecah minyak.

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

TELUR PINDANG HARUM

 
 
Bahan-bahannya
10 biji telur ayam atau itik, dicuci
2 sudu makan rempah daging
3 helai daun limau purut
4 helai daun salam
2 helai daun kunyit
5 batang lada kering, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 cm halia, dititik
1 batang serai, dititik
asam jawa sebesar limau nipis
880 ml air
garam secukup rasa
 
Cara-caranya
1)  Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan dititik bersama-sama rempah kari ke dalam sebuah periuk.  Campurkan air dan perahkan asam serta masukkan sedikit garam.
2)  Masukkan telur, daun limau purut, daun salam dan daun kunyit ke dalam campuran tdi dan masakkan ia di atas api yang sederhana sehingga kering dan telur itu mesra dengan rempahnya serta berbau harum.
 
Nota: Telur ini sedap dimakan dan sesuai sekali jika dijadikan kenduri kahwin dan sebagainya

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

pelbagai rendang

RENDANG AYAM ALA KAMPUNG
 
Bahan-bahan  
3 senduk cili dikisar
1 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
6 batang serai
1 senduk kerisik
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan pedas
2 sudu lada hitam
1 ekor ayam dipotong sederhana
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 mangkuk santan
1 sudu teh gula halus
Garam
 
 
Cara Menyediakan   
Sediakan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam kuali bersama santan dan masukkan ayam. Gunakan api yang sederhana besar. Apabila sudah pekat, masukkan gula. Bila sudah cukup sebati, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan sedikit garam. Serai boleh juga dihiris halus dan ditumbuk. Ini untuk menambahkan lagi aroma pada rendang. Kemudian angkat dan hidangkan. Boleh dimakan bersama nasi impit, nasi atau roti.
 
 
RENDANG AYAM KAMPUNG PUCUK MAMAN (NOGORI STYLE)
 
Bahan-bahan  
1 ekor ayam kampung (potong 10-12)
10 ulas bawang merah kecil - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
4 batang serai - dikisar
10 tangkai cili kering (ikut pedas - boleh tambah) - dikisar
3 sudu kerisik
2 ikat pucuk maman - ambil daun nye aje
1 liter santan pekat
sedikit garam & serbuk perasa
Minyak untuk menumis
 
 
Cara Menyediakan   
Panaskan minyak. Tumis bahan bahan dikisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sekata. Bila sudah sebati masukkan santan pekat dan garam. Bila agak agak kuah hampir kering masukkan pucuk maman dan masak hingga kering (tapi kalau ada yang suka berkuah tak payah masak lama sangat). Kemudian apa lagi tunggu hidang lah, boleh dimakan dengan nasi, roti atau apa saja.
 
Sumber: Majalah Wanita Keluaran Jun 2005
 
 
 
RENDANG AYAM KUALA LUMPUR
 
Bahan-bahan  
1 1/2 kg ayam ( digoreng dahulu) hidangan 15 orang
50 gm minyak masak
Bahan A dimesin / digiling
200gm bawang merah
100gm halia
80gm serai
80gm lengkuas 
 
Bahan b
100gm cili boh
60gm kunyit pouder
 
Bahan C
11/2 tin santan kelapa
1/2 tin susu cair
6 keping daun limau purut
120gm kerisik
Sedikit bahan perasa
6 keping daun kunyit (dihiris nipis)
 
 
Cara Menyediakan
   
Mula2 tumiskan bahan A, sehingga kuning dan selepas itu masukan pula bahan B dan masak sehingga naik minyak.  Selepas itu bolehlah dimasukkan ayang yang digoreng tadi bersama2 bahan2 C. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan pelbagai hiasan. Rendang KL hendaklah ber kuah.
 
Sumbangan: Chetam 
 
RENDANG AYAM PERAK
 
Bahan-bahannya
1 ekor ayam (disiang & dipotong kecil-kecil)
Garam & lada hitam giling secukup rasa
Minyak makan untuk menggoreng
 
Bahan Giling
125 gm bawang merah
8 ulas bawang putih
10 batang lada merah
1 batang serai (dititik)
1 cawan pati santan
Air dari 1 biji limau nipis
2.5 kunyit hidup
2 sudu garam
 
Cara-caranya
Perapkan ayam dengan garam & lada hitam.  Ketepikan selama 15-20 minit. Pijarkan minyak di atas api yang besar. Masukkan ayam & goreng hingga rata kuning. Toskan minyaknya kedalam kuali & ketepikan. Kurangkan minyak hingga rata tinggal hanya 2 sudu. Masukkan bahan-bahan yang telah digiling & serai.Goreng hingga keluar minyak. Kecilkan api & masukkan pati santan & air limau nipis.Didihkan perlahan-lahan selama 3-5 minit. Masukkan ayam & ters didihkan perlahan-lahan hingga empuk & kuah pekat. Hidangkan panas-panas dengan nasi.

Sumber: Masakan Idaman Melayu 1977
 
 
 
RENDANG AYAM
 
Bahan-bahannya
1 ekor ayam
1 mangkuk santan pekat
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
 
Cara-caranya
Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata agar semua bahan sebati dan bahan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering.
 
Sumber: Majalah Saji April 1999
 
 
 
RENDANG AYAM TOK PERAK
 
Bahan-bahannya
 
Bahan dikisar
300 gm bawang besar
200 gm bawang putih
150 gm halia
5 batang serai
1 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
1 ekor ayam (potong mengikut citarasa)
6 helai daun limau
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
Garam
Gula
 
Cara-caranya
Perah santan sederhana pekat dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang telah dikisar tadi.  Biarkan sehingga mendidih dan masukkan ayam yang telah dibersihkan.
Biar sehingga ayam empuk dan masukkan daun kunyit, daun limau, kerisik, garam, gula dan bahan perasa lain.  Perlahankan api dan biarkan rendang separuh kering barulah diangkat.

Sumber: Majalah Wanita Januari 1999
 
 
 
RENDANG AYAM MAK YANG
 
Bahan-bahannya
1 mangkuk bawang merah kisar
mangkuk bawang putih kisar
mangkuk halia kisar
mangkuk kunyit hidup kisar
1 mangkuk serai kisar
mangkuk cili api kisar
1 mangkuk cili kering kisar
1 ekor ayam - potong 12
5 helai daun kunyit - hiris halus
1 kilo santan pekat
Garam
 
Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan kisar dan ayam ke dalam kuali besar. Gaul dan biarkan daging ayam 'kecut'. Masukkan santan, masak di atas api sederhana besar. Kacau selalu untuk mengelakkan bahagian bawah masakan hangus. Apabila kuah hampir kering, masukkan hirisan daun kunyit dan garam. Kacau selalu dan masak hingga rendang kering (bertukar warna coklat gelap).
 
Nota: Untuk pedas, tambah atau kurangkan cili kisar mengikut selera.
 

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

tart

TART GULUNG
 
Bahan-bahan  
 
Bahan A (Doh)
250g mentega
50g tepung susu
50g gula halus
2 biji kuning telur
sudu teh vanilla
325g tepung gandum, diayak
2 biji telur untuk disapu atas kuihnya
 
Bahan B (Inti)
4 biji nenas, diparut dibuang airnya
2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit cengkih, pelaga dan kayu manis
 
 
Cara Menyediakan   

Cara untuk Bahan A
Kacau rata mentega, tepung susu, telur, vanilla dan gula sehingga rata. Masukkan tepung dan uli sehingga lembut.
Ambil sedikit doh dan masukkan kedalam acuan semprit yang bergigi, tekan memanjang. Letakkan nenas, gulung dan potong.
Atur dalam dulang pembakar, kemudian sapu telur dan bakar dengan kepanasan 160 darjah sehingga garing dan masak.
 
Cara untuk Bahan B
Satukan semua Bahan B dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga pekat dan kuning.
 
 
  
TART GULUNG I
 
Bahan-bahan  
1 buku buttercup
3 sudu gula halus
2 biji kuning telur
tepung gandum + sedikit serbuk penaik (1/2 sudu teh) 
 
Bahan2 Inti:
1 biji nanas yang setengah masak(diparut)
1 cawan gula pasir
sedikit minyak sapi /mentega
tepung jagung
limau nipis
pewarna kuning
 
 
Cara Menyediakan
  
Cara membuat Tart
butter + gula di pukul sampai kembang masukkan kuning telur
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat dijari.
masukkan sedikit adunan kedalam acuan samprit..kemudian picitkan dengan keadaan bentuk gigi di bawah.
anggarkan sepanjang 2 inci masukkan jem nanas (dibulat-bulatkan terlebih dahulu) dan gulung.
sapukan sedikit kuning telur diatas kuih dan bakar.
 
Cara membuat Inti
toskan sedikit nanas parut tapi jangan di perah
masak hingga agak kurang airnya kemudian masukkan gula
bila agak kering masukkan air limau nipis sesudu+pewarna kuning+butter.
untuk mengentalkan tabur satu sudu tepung jagung.
pastikan jangan sampai inti terlalu kering..ianya akan menyebabkan inti tart liat.
 
 
TART GULUNG II
 
Bahan-bahan  
250 gm mentega
500 gm tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila 
1 kuning telur
1 cawan jem nanas
Sedikit garam  
 
Cara Menyediakan   
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang
Masukkan telur kuning dan pukul bersama garam
Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati
Gunakan aising nozzle berbentuk zig-zag dan tekan adunan selebar 2 1/2 cm
Masukkan jem dan gulungkan
Bakar sehingga kekuningan
 
Sumbangan: Chetam 
 

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH ANTA KESUMA (KUIH KACAU)

 
 
Bahan-bahannya
600 gram keledek kuning, dikupas kulitnya dan direbus
600 gram gula pasir
3 biji kelapa parut, dibuang arinya (perah 1200 ml santan darinya)
10 biji telur, dipukul hingga hancur
sedikit vanilla
sedikit pewarna kuning
3 helai daun pandan
 
Cara-caranya
1.  Bahagi dua santan.  Kisau atau lecek keledek dengan satu bahagian santan hingga sebati.  Jika ia berhampas, tapis.
2.  Masak santan yang sebahagian lagi bersama-sama gula hingga mendidih.  Sejukkan.
3.  Campurkan keledek yang dikisar tadi kedalam santan masak bersama-sama telur, vanilla, pewarna kuning dan daun pandan yang disimpul.  Kacau rata-rata.
4.  Jerang adunan ini diatas api yang sederhana sambil dikacau-kacau sehingga ia pekat dan masak.  Untuk menguji sama ada kuih ini sudah masak betul atau tidak, kita hendaklah mencecahkan jari padanya, jika ia tidak melekat di jari kita bermakna ia sudah masak.
 
Cara menghidangkannya
Kuih tradisi ini selalunya dihias dengan sepitan bunga.  Caranya ialah dengan sendukkan ia di dalam piring lalu dilicinkan dengan mengunakan daun pisang.  Selepas itu disepetkan dengan sepit kuih tart untuk membentuk bunga banji, bunga lawang dan sebagainya.  Satu cara lagi ialah dengan mengukir bentuk daun pada sepotong kelapa, kemudian dicetak ukiran ini di atas kuih tersebut.
 

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

TEPUNG GOMAK

 
 
Bahan-bahan  

Bahan-bahan "A"

200 g kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
1/2 kilo gula timbang
300 g gula pasir
2 helai daun pandan
Bahan-bahan "B"
600 g tepung pulut
1 mangkuk air
400 g tepung kacang hijau
sedikit garam
 
 
Cara Menyediakan   

Cara-cara untuk Bahan "A"

Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam kedalam kuali diatas api yang sederhana besarnya. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.
 
Cara-cara untuk Bahan "B"
Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan diatas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.
 
Panduan
Cara membuat tepung kacang hijau untuk Bahan "B". Terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disanggar sehingga kuning. Setelah itu baru dihantar mesen menjadi tepung kacang hijau.
 

Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

Resipi untuk Microwave Oven yang telah ditranslatekan

KEK MENTEGA SENANG

 

1 cawan tepung gandum

2/3 cawan gula

1 sudu teh serbuk penaik

sudu teh garam

60 gram mentega, dicairkan

cawan susu segar

1 biji telur

sudu the esen vanilla

 

Di dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.  Tuangkan adunan kedalam loyang 20cm berlubang tengah yang telah dialas dengan kertas kuih.  Bakar selama 6 minit sehingga tepi kek tidak lagi melekat.

 

Panduan

Dengan cepat bancuh dan adunan tepung boleh dibuat asas kek terbalik (upside down kek) boleh letak nenas atau buah pic dalam loyang sebelum tuang adunan tepung ataupun dihidangkan begitu sahaja suam suam panas.  Jika membuat kek terbalik jangan gunakan kertas kuih untuk mengalas loyang.  Letakkan bulatan nenas yang telah ditoskan, dan tuangkan adunan gula perang yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis. Cara membuat adunan gula perang bersama kayu manis adalah seperti berikut:-

 

1/3 cawan gula perang

3 sudu besar mentega

sudu the serbuk kayu manis

1/3 cawan kacang yang telah dicincang

 

Gaul semua bahan hingga rata dan masak dalam microwave selama 1 minit.

 

 

 

KEK COKLAT JOS

 

cawan tepung gandum

2 sudu besar serbuk koko

sudu teh serbuk penaik

cawan gula

cawan susu segar sejuk

75 gram mentega, dicairkan

1 biji telur

sudu the esen vanilla

 

Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik kedalam mangkuk.  Masukkan bahan yang lain dan gaul rata.  Tuangkan kedalam loyang bulat berukuran 20 cm (lebih baik menggunakan loyang yang berlubang tengah).  Alaskan dasar loyang dengan kertas kuih, terutama sekali jika menggunakan perkakas kaca atau pyrek.  Masak selama 7 minit dalam microwave.
 
Panduan:

Resipi yang cepat dan mudah dibuat dan mendapat kek coklat yang ringan. Bila memasak kek haruslah perkakas diletakkan diatas rak kek atau atas alat microwave yang berpusing, supaya kek masak serata.


 
LAMB CHOP


4 keping lamb chop (besar seberat 500 gram semuanya)

soya sos atau sos lamb chop

2 sudu besar mentega

1 sudu besar tepung gandum

sudu teh halia, serbuk bawang, serbuk lada hitam

 

Buang lebihan lemak dari chps dan gunting tepinya.  Sapukan soya sos dan taburkan serbuk sos.  Cairkan mentega didalam mangkuk casserole selama 30 saat.  Campurkan tepung dan bahan perasa.  Aturkan lamb chops di dalam casserol dengan bahagian berdaging disebelah luar mangkuk casserole.  Tutup dengan kertas kuih dan microwave selama 2 minit.  Terbalikkan daging chop dan masak lagi selama 5 minit.  Tutup dengan aluminium foil dan biarkan selama 3 minit waktu stand in supaya ia masak serata dan kemudian sedia untuk dihidang.

 

 

CHEESECAKE

 

225 gram biskut digestive atau plain

125 gram mentega

250 gram krim keju

250 gram keju cottage

2 biji telur

cawan gula kaster

2 sudu besar tepung jagung

cawan susu segar

2 biji lemon, diparut kulitnya

1 sudu teh jus lemon


Untuk membuat biskutnya, hancurkan biskut hingga halus dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan.  (Cairkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil dalam microwave selama 1 minit.  Tekan biskut pada dasar mangkuk casserole 20 cm.  Sejukkan dalam peti sejuk sehingga ia set.  Untuk filling, pukul cheese sehingga licin.  Masukkan telur, pukul hingga ia serata.  Masukkan bahan-lain dan gaul sebati.  Tuangkan keatas biskut.  Masak selama 12 minit menggunakan power, sehingga ia set.  Sejukkan kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk.  Letakkan kekacang ataupun buah-buahan atasnya waktu menghidang.
 


Posted at Wednesday, September 07, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed