<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Tuesday, September 06, 2005
La Tropicana Cake dan Fruit Cobbler




LA TROPICANA CAKE
 
Bahan untuk Kek
3 biji telur
1 1/4 cawan gula kaster
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
250 gram nenas tin berserta sirapnya, cincang kecil-kecil
4 biji pisang yang kecil atau 1 biji besar pisang, dicincang
2 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
 
Bahan untuk Cream Cheese Frosting
375 gram krim keju, dilembutkan
120 gram mentega, dilembutkan
3/4 cawan gula aising, diayak
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh esen vanilla
 
Cara untuk Kek
1.  Pukul telur, gula dan minyak sehingga rata.  Masukkan esen vanilla dan campurkan nenas yang dicincang, sirap nenas dan pisang.
2.  Ayak tepung, garam, bicarbonate of soda dan serbuk kayu manis.  Masukkan kedalam adunan.  Gaul sebati.
3.  Tuang adunan kedalam loyang bulat yang telah digris berukuran 25 sm dan bakar pada suhu 175 darjah c selama 45 minit.  Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.
 
Cara untuk Cream Cheese Frosting
Pukul krim keju, mentega, gula, jus lemon dan esen vanilla.  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum menghias frosting diatas kek. 
 
Sumber: Chef Wan
 
 
 
FRUIT COBBLER
 
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega tanpa garam
1/4 cawan gula kaster
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
3 cawan campuran buah-buahan seperti ceri, aprikot, plums dan pisang, dicincang
1/2 biji lemon, diambil jusnya
1/4 cawan gula kaster dicampurkan dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, untuk ditabur
2 sudu besar gula serbuk, untuk diayak sewaktu menghias
 
Cara-caranya
1.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang.  Masukkan telur satu persatu.
2.  Campurkan susu dan esen vanilla.
3.  Dalam mangkuk yang berasingan ayak tepung, baking powder dan garam.  Campurkan kedalam adunan telur dan diselang seli dengan susu segar.
4.  Griskan loyang persegi bujur panjang 15sm dan aturkan campuran buah-buahan pada dasar loyang.  Renjiskan dengan jus lemon dan tekan sedikit buah-buahan dengan belakang sudu.  Tabur campuran gula dan serbuk kayu manis.  Tuang adunan diatas buah-buahan dan bakar pada suhu 175 darjah c selama 40 minit.  Bila sudah sejuk ayak serbuk gula diatasnya.
 
Sumber: Chef Wan
 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

RESIPI - Masalla Kambing India Selatan dan Rendang Cili Padi



MASALLA KAMBING INDIA SELATAN
 
Bahan A
1 kilo daging kambing (dipotong kecil-kecil)
100 gram bawang kecil, dihiris
4 biji tomato yang besar, dibelah empat
1 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu makan lada serbuk
3 sudu makan pes halia dan bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk jintan putih
garam secukup rasa
 
Bahan B
100 gram bawang goreng (dikisar halus seperti pes)
1 cawan hirisan daun ketumbar
 
Bahan C
1 sudu makan jintan manis
25 biji kacang gajus
3 sudu makan minyak canola
3 sudu makan minyak sapi
sedikit daun ketumbar, untuk tabur
 
Cara-caranya
Masukkan semua Bahan A dalam periuk, gaul rata dan masak sehingga dagingnya setengah empuk.  Setelah itu masukkan pula Bahan B dan masak lagi selama 5 minit. 
 
Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali.  Tumis jintan manis dan gajus sehingga gajusnya garing.  Tunagkan bahan goreng ini kedalam periuk daging dan masak lagi selama 5 minit.  Kemudian tabur sedikit daun ketumbar diatasnya.  Enak dihidangkan panas-panas dengan cappati atau sebarang jenis roti.
 
Sumber: Hajjah Azarah Bte Abdul Majid
 
 
 
RENDANG CILI PADI
 
Bahan-bahannya
2 kilo daging lembu yang berurat, dipotong 2 cm tebal
20 batang cili padi
1 ibu jari lengkuas, dititik
1 biji kelapa parut dijadikan 1 1/2 liter santan
1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik
1 helai daun kunyit
3 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor (yang kecil)
gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
 
Bahan dikisar halus
20 batang lada kering
3 batang serai
8 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
 
Cara-caranya
Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali cili padi, garam dan gula.  Rebus dengan api yang sederhana dan kacau setiap beberapa minit supaya santannya tidak pecah.  Masukkan sedikit dahulu garam.  Biarkan ia mendidih.  Rendan ini mesti selalu dikacau rata dan dibalik-balikkan supaya dasarnya tidak hangus.  Ia tidak boleh ditinggalkan terlalu lama diatas api tanpa dikacau.
 
Jika sambalnya memekat, sedangkan dagingnya masih liat, tambah lagi air dan rebus lagi sehingga dagingnya empuk.  Rasa.  Jika sudah terasa masamnya, keluarkan asam keping.  Tambah lagi garam dan masukkan sedikit dahulu gula., juga cili padinya.
 
Apabila daging hampir lembut, kuahnya pun harus pekat.  Rasa dan tambah gula dan garamnya jika kekurangan.  Masaklah sehingga dagingnya lembut dan lazat rasanya.
 
Enak dimakan dengan lemang, lontong, ketupat, nasi atau roti.
 
Sumber: Zaharah Roziz

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

CHOCOLATE MUD CAKE

 
Bahan-bahannya
 
(A)
1/2 sudu besar serbuk kopi segera
150 gram air panas
250 gram gula
 
(B)
250 gram mentega
250 gram coklat hitam, dipotong kecil
 
(C)
250 gram tepung gandum
40 grams serbuk koko
1 sudu teh serbuk soda
 
(D)
3 biji telur
 
 
Bahan untuk Ganache Mentega
500 gram coklat hitam, dipotong kecil
250 gram mentega lembut
 
Cara-caranya
1.  Gris dan alaskan acuan bulat berukuran 9" dengan kertas pembakar.
2.  Campur (A) dan kacau hingga gula dilarutkan.  Tambahkan (B).  Kacau di bawah api yang kecil sehingga coklat dan mentega dicairkan.
3.  Masukkan perlahan-lahan ke dalam (C) yang telah diayak.  Adun hingga rata.  Tambah (D) dan gaul hingga sempurna tetapi jangan adun terlalu lama.
4.  Tuang adunan ke dalam acuan yang disediakan.  Bakar pada suhu 175 darjah C selama 1 jam atau uji dengan pengguji lidi.  Biarkan ia di dalam acuan sehingga ia betul-betul sejuk.
5.  Keluarkan dari acuan.  Sapu seluruh kek dengan ganache mentega dan buatkan permukaannya berombak seperti ditunjuk di gambar.
 
Cara untuk membuat Ganache Mentega
Masukkan coklat ke dalam mangkuk.  Reneh diatas air yang mendidih.  Gaul coklat hingga cair.  Masukkan mentega lembut ke dalam.  Gaulkan hingga sebati.  Biar sehingga ia pekat.
 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

ORANGE COCONUT BARS

 
Bahan untuk Pastri
 
(A)
70 gram gula aising
150 gram mentega
 
(B)
1 biji telur
 
(C)
260 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
 
Bahan untuk Inti
 
(A)
140 gram mentega
100 gram gula
 
(B)
2 biji telur
50 gram jus oren
1/2 sudu teh parutan kulit oren
 
(C)
20 gram tepung
40 gram tepung beras
30 gram badam kisar
60 gram kelapa parut kering
 
(D)
50 gram kulit oren
 
(E)
sedikit marmalad oren (orange marmalade)
 
Cara untuk Pastri
Adun (A) hingga sebati dan tambahkan (B).  Pukul hingga lincin.  Akhirnya, campurkan (C) dan gaul hingga sempurna.  Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan biarkan ia keras.  Canaikan di antara 2 kepingan plastik menjadi 3mm tebal.  Alaskan dulang cetek bersegiempat 25sm yang telah digriskan.
 
Cara untuk Inti
1.  Pukul (A) sehingga ringan.  Tambah (B) dan pukul hingga licin. 
2.  Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sempurna.  Masukkan (D) dan gaul hingga rata.
3.  Adunkan marmalad oren sehingga lemubt dan sapukan keatas pastri. 
4.  Tuangkan inti ke dalam dan ratakan.
5.  Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.  Biarkan ia sejuk selama 10 minit.  Keluarkan daripada dulang dan potong menjadi kepingan bersegiempat bujur (rectangle).
 
Nota: Bagi pastri jangan putar (A) dan (B) hingga ringan dan gebu sebab ia akan mengakibatkan pastri mudah hancur setelah dibakar.
 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

YOGHURT APPLE CAKE

 
Bahan-bahannya
 
(A)
250 gram mentega
230 gram gula
 
(B)
5 biji telur
 
(C)
120 ml yoghurt
 
(D)
315 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat
 
(E)
3 biji epal, buang kulit dan potong menjadi kiub-kiub kecil
50 gram kismis
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
 
Cara-caranya
1.  Putar (A) hingga lembut dan gebu.
2.  Campur (B) dan putar sehingga lembt dan tidak berbintil-bintil.
3.  Campur (C) dan (D) sedikit secara bergilir-gilir dan kemudian pukul hingga sebati.
4.  Rebus kiub epal di (E) supaya supaya menjadi lembut.  Kemudian tambah kismis-kismis dan serbuk kulit kayu manis dan campur rata-rata.  Tambah (E) ke atas adunan tadi.  Gaul hingga sebati.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 9" yang sudah disapu mentega dan dialas kertas.
6.  Bakar pada suhu 175 darjah C selama 60 minit atau guna pengguji lidi.  Jika lidi tidak melekat dan bersih bila dikeluarkan, tanda kek sudah masak.  Biarkan ia sejuk.  Ketepikan sebentar.
7.  Sapu dengan glis aprikot. 
 
Untuk Glis Aprikot
Untuk glis aprikot, bubuh sedikit glis dan renehkan.  Cairkan glis dan tambah sedikit air untuk mencairkannya.  Boleh dibeli di kedai menjual bahan-bahan membuat kuih.
 
Nota: Jika mentega terlalu lembut, ia kurang diputar dengan baik.  Telur perlu dicampur perlahan-lahan.  Untuk kek yang lebih menarik, susun kepingan epal di permukaan kek.

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

BAKWAN TAUGE

Bakwan Tauge ini adalah kuih yang berasal dari Jawa. 
 

BAKWAN TAUGE
 
Bahan-bahannya
100 gram tepung gandum
1/4 sudu teh soda penaik
1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1/4 sudu teh lada putih serbuk
1 biji telur, dipukul sedikit
150 ml santan cair dari 1/4 biji kelapa
250 gram tauge, dibersihkan
150 gram udang, dibuang kulit dan dicincang kasar-kasar
2 tangkai daun bawang, dihiris halus-halus
2 tangkai daun saderi, dihiris halus-halus
100 gram udang, dibuang kepala dan kulit
minyak masak untuk menggoreng
 
Cara-caranya
1.  Campur rata-rata tepung gandum, soda penaik, garam, bawang putih dan lada putih.  Masukkan telur, kacau sambil ditambah santan sehingga sebati.  Masukkan tauge, udang cincang, daun bawang dan saderi.
2.  Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.  Masukkan senduk lauk yang cekung ke dalam minyak panas untuk digunakan sebagai acuan.  Biarkan sehingga panas dan keluarkan dari minyak.  Isi adunan ke dalam senduk panas, tambah 1 atau 2 ekor udang di atasnya dan masukkan ke dalam minyak. Biarkan sebentar dan keluarkan bakwan dari senduk.
3.  Goreng terus sehingga bakwan masak dan kuning keemasan.  Tuskan dan sedia untuk dihidang.
 
 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

ES PALLU BUTUNG

 
 
Bahan-bahannya
50 gram tepung beras
600 cc santan dari 1 biji kelapa, dibahagi dua
75 gram gula pasir
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
1/4 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh garam
8 biji pisang raja atau kepuk yang tua, dikukus dan dikupas
sirap merah
air batu
 
Cara-caranya
1.  Bancuh tepung beras degnan sebahagian santan.  Ketepikan.
2.  Didihkan santan selebihnya dengan gula pasir, daun pandan, vanilla dan garam.  Masukkan bancuhan tepung beras, kacau sehingga bubur masak dan pekat.
 
Cara untuk Menghidang
Potong pisang kukus dan bubuh di dalam mangkuk.  Tuang bubur tepung beras keatasnya, tambah sirap merah dan air batu dan hiaskan dengan kepingan pisang.

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

SUERAN DAGING

 
Bahan-bahannya
600 gram daging, bahagian paha
1 1/2 biji kelapa (diperah 880 ml santannya)
6 keping asam gelugor
 
Bahan A (Dikisar Halus)
20 biji lada merah, dibuang biji
2.5 cm halia
1 batang serai
2.5 cm lengkuas
garam dan gula secukup rasa
 
Cara-caranya
1.  Cuci daging dan rebus ia hingga empuk.  Siat-siatkan daging ini halus-halus mengikut uratnya, memanjang.
2.  Campurkan daging, Bahan A dan santan kedalam periuk, lalu dijerang diatas api yang perlahan dan masaklah hingga kering.  Jangan lupa bubuh garam dan gula. 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

OPOR AYAM

 
Bahan-bahannya
1 ekor ayam
3/4 biji kelapa parut (diperah 300 ml santan pekat dan 600 ml santan cair)
3/4 biji kelapa parut, dibuat kerisik
1 biji kobis yang sedang, dipotong lapan
5 biji tomato
garam secukup rasa
 
Bahan A (Dikisar Halus)
50 gram ketumbar serbuk
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makna serbuk jintan halus
20 tangkai lada kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2.5 cm lengkuas
1 batang serai
4 biji buah keras
1 sudu makan serbuk kunyit
 
Cara-caranya
1.  Potong ayam ikut citarasa dan cuci hingga bersih.
2.  Campurkan Bahan A dengan santan cair.  Bubuh garam dan ayam serta kerisik lalu dijerang atas api dan dimasak hingga mendidih dan ayam empuk.  Kemudian masuk pula santan pekat dan didihkan ia lagi bersama-sama kobis dan tomato, sehingga pecah minyak.  Angkat dan sedia untuk dihidang.
 
 

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

APAM DUMBO

 
 
Bahan-bahannya
150 gram tapai ubi yang masak, dibuang urat
150 gram gula melaka, dihiris halus-halus (untuk warna coklat) atau
100 gram gula pasir (untuk warna putih)
150 ml air kelapa
125 ml air
250 gram tepung beras
100 ml santan dari 1/2 biji kelapa parut
 
Cara-caranya
1.  Ramas-ramas tapai ubi kayu dan gula sehingga hancur.  Masukkan air kelapa dan air sambil dikacau sehingga sebati.  Tapis airnya.
2.  Tuang air tapai ke dalam mangkuk berisi tepung beras sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga air tapai habis.  Kacau terus selama kira-kira 10 minit sambil dipukul-pukul sehingga adunan lembut.
3.  Simpan adunan di tempat yang panas selama kira-kira 12 jam atau semalaman sehingga adunan naik dan bergelembung.  Tambah santan dan kacau sehingga sebati.
4.  Panaskan acuan yang bersapu sedikit minyak masak.  Masukkan adunan dan kukus selama 45 minit sehingga masak.
5.  Angkat kuih dan sejukkan.  Keluarkan dari acuan dan potong mengikut suka.  Hidang dengan kelapa parut atau kinca.
 
Untuk kelapa parut
Gaul rata-rata 1/4 biji kelapa parut muda yang diparut memanjang dengan 1/4 sudu teh garam.  Kukus selama 10 minit.
 
Untuk kuah serawa
Didihkan 100 gram gula melaka, 2 helai daun pandan dan 1/4 sudu teh garam sehingga gula larut dan kinca pekat.

Posted at Tuesday, September 06, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed