<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Saturday, September 03, 2005
CHOCOLATE CAKE YAYA (name after the owner)



(A)
250g castor sugar
3/4 cups butter - room temperature
225g flour
1/4 tsp bicarbonate soda
1 tsp baking powder
3 eggs (Grade A)- room temperature

(B) Mix together and keep in freezer for 15 mins
4 tbsp coco
3/4 tbsp  nescafe
1/2 tsp vanilla
1/2 tbsp chocolate emulco
3/4 cup
(FYI I use measuring cup and spoon)

1) Pukol butter sampai kembang & putih
2) Add gula dan pukol sampai kembang & bersatu
3) Add telur satu persatu
4) Add tepong selang seli dengan cocoa mixture
5) Bake 1 hr 15 min @ 150 C

Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

PINKY LAGOON KOOKI

 

 

Bahan-bahannya

125 gram mentega

50 gram gula aising

60 gram biskut marie perisa kopi, dikisar halus

60 gram tepung custard

20 gram bijan, disanggar

130 gram tepung gandum, diayak

1 biji kuning telur

1 sudu teh vanilla

1/4 sudu teh emplex

1/4 sudu teh garam halus

secukup chocolate pink, dicairkan

colourful flower flakes untuk hiasan

 

Cara-caranya

Mentega, gula aising, kuning telur, vanilla, emplex dan garam dipukul rata.  Masukkan tepung biskut, tepung custard, bijan dan tepung gandum.  Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Canai dan terap dengan acuan pilihan.  Susun dalam loyang  dan bakar selama 10 - 15 minit dengan kepanasan 140 darjah C.  Sesudah masak sejukkan dulu.  Sapukan atas biskut dengan chocolate pink dan hiaslah mengikut cita rasa sendiri (tabur colourful flower flakes atas chocolate pink).  Biarkan coklat kering baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

 

Sumber: Aini Salim


Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

tart

TART TERAP
Sumber: Rukiah ABK

Bahan:
450 gm tepong gandum
260 gm butter
75 gm tepong susu
1s/m icing sugar
3 biji kuning telor
1 biji puteh telor
1 s/m Minyak sapi QBB
2 titik pewarna lemon yellow
1/2s/t garam


1) Butter, gula, telor ,QBB, pewarna,garam di gaul rata.
2) Masokkan tepong susu, tepong gandum lalu di gaul hingga sebati.
3) Adunan di perap 1/2 jam kemudian dia canai dan di terap dgn acuan tart.
4) Aturkan diloyang pembakar,isikan inti nenas lalu di bakar.




TART GULONG (RAPUH)
Sumber: Rukiah ABK
Bahan:

700gm tepong gandum
500gm butter
100gm gulan icing
100gm tepong susu
1s/t vanilli
3 biji kuning telor
1 biji puteh telor
2 titik pewarna lemon yellow
sedikit garam

a) Butter, gula,vanilli dikacau rata lalu masokkan telor gaul lagi hingga rata kemudian masokkan tepong susu,tepong gandum gaul lagi hingga sebati.
b) Perap adunan sebentar, ambil adunan sebesar goli buat semuanya hingga habis lalu canai suku inci tebal isikan inti nenas dan di gulong.(saperti biskut bantal pelok saloma)
c) Buat semua adunan hingga habis kemudian aturkan di loyang pembakar sapukan dgn kuning telor( yg telah di kacau dgn 2 titik pewarna lemon yellow) lalu dibakar.



Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

Mee Goreng



Bahan-bahan
1 kg mee kuning
2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
Udang
Sotong
Fish cake
Garam secukup rasa
Telur 2 biji
Cili merah dihiris
Daun kucai dipotong 1 inci

Bahan-bahan tabur
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Cara-cara
Goreng fish cake, udang dan sotong. Jangan sampai kecut. Cukup sekadar masak sikit. Semasa goreng air udang, sotong dan fishcake akan keluar. Simpan untuk dimasukkan ke dalam mee nanti. Angkat ke tepi.

1. Tumis bawang merah/putih kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram.
4. Masukkan mee dan gaul rata.
5. Masukkan campuran sotong, udang dan fish cake tadi. Gaul.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masukkan telur dan gaul lagi.
8. Setelah mee sudah agak-agak masak, masukkan cili hiris dan daun kucai.

Taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng setelah masak.


Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

MARBLE SPONG CAKE

       
      Sumber:   Rukiah ABK       
             
      Bahan:         
      550 gm tepong optima       
      150 gm butter cair ( anggaran 200gm butter sebelom di cairkan)   
      1s/t vanilla  oil        
      1s/t baking powder       
      1s/t esen ressberry } jika      
      1s/t warna merah jambu } suka     
      3s/m susu pekat ] di kacau hingga    
      3s/m cocoa powder ] rata.     
      8biji telor (sedang)        
              
              
1) Telor, tepong optima di pukul dgn kelajuan speed no. 5 hingga pekat selama 15 minit lalu masokkan baking poder, vanilla oil pukul lagi sebentar.    
     
2) Masokkan butter cair lalu di kacau hingga sebati. Keluarkan suku bahgian adunan campurkan cocoa powder yg telah di kacau dgn susu pekat atau esen ressberry dan warna. 
     
3) Adunan yg lebih biarkan plain.       
     
4) Gunakan loyang 9x9x3, alas kertas sapu sedikit butter lalu tuangkan adunan plain - warna - plain - warna buat seterusnya hingga habis.    

5) Bakar dalam overn selama 45 minit.      
              
Peringatan: selepas 1/2 jam baru boleh buka pintu oven  jika tidak kek akan mendak..jika tak suka gunkan cocoa powder boleh digantikan dgn  chocolate paste atau chocolate emulco. biasa nya kak intan gunakan chocolate emulco
(jika malas) kalau rajin sikit gunakan cocoa powder 

Untok jual  kak intan gunakan loyang 9x 7 x 3 dapat dua loyang , satu loyang jual $12.00 kalau pelangan setia  $10.00 aja.   



Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

Tempe, ikan bilis dan terung

1 keping tempe yg dlm plastik tu (potong keping2 empat segi kecik2)
Or 5 keping tempe kalau yg dlm daun
6 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
3 batang cili merah (hiris)
3 batang cili hijau (hiris)
5 batang cili padi (hiris) kalau nak lagi pedas tambah lebih sikit.
1 batang terung panjang (potong serong) dlm 1.5cm tebal.


Panaskan minyak di kuali, tempe, terung dan ikan bilis digoreng
garing.  Semuanya goreng berasingan.  Terung jgn goreng lama sangat,
nanti terlalu lembik, setakat dah bertukar warna boleh diangkat. 
Boleh digunakan minyak yg sama, tinggalkan dlm 2 sudu besar minyak,
kemudian goreng or tumis kesemua bahan2 hiris tadi, masa ni bau dah
menusuk kalbu, hahaha...kalau tak bersin tak sah lah! Bila semua dah
agak layu, campur kan sekali tempe, ikan bilis dan terung tadi.  Gaul
rata, tambah garam dan tok aji kalau suka.  Siap!



Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

Pasembor Penang

ROJAK INDIA
 
Bahan-bahan hiasan (Salada)
2 biji timun muda
3 biji bawang merah
10 batang lada hijau
150 gram daun salad
(bahan diatas semuanya dihiris)
 
Bahan untuk Kuah
1 kg keledek (sebaik-baiknya yang berkulit merah, direbus dan dikupas kulitnya)
200 gram gula
100 ml sos tomato
150 gram kacang tanah (digoreng da ditumbum - sebahagian kasar dan sebahagian halus)
2 sudu makan bijan, disanggai
3 liter air
sedikit pewarna oren
garam secukup rasa
 
(bahan dibawah dikisar halus)
10 batang lada merah
2 biji bawang putih
1/2 jari halia
 
Bahan-bahan membuat batter (tepung)
1 kg tepung gandum
6 gm yeast kering segera
1 sudu teh garam
1 hingga 1.2 liter air (1000ml - 1200ml)
1 sudu makan kunyit serbuk
 
Bahan-bahan rojak
minyak yang banyak untuk menggoreng
5 keping tahu yang sederhana besarnya
5 keping tempeh, digaul dengan sedikit kunyit, garam dan air
1 bungkus hot dog
5 keping fishcake
8 biji telur rebus, kupas kulit
4 biji kentang direbus dan kupas kulit
(bahan-bahan diatas digoreng satu persatu dan ketepikan - boleh tambah bahan lain seperti paru atau limpa goreng jika mahu)
 
Bahan-bahan rojak bertepung
Bahan-bahan dibawah perlu digoreng dengan tepung yang diperap (batter)
2 biji kentang rebus, kupas kulit dan potong empat
4 biji telur rebus, kupas kulit dan belah dua
1/2 biji kelapa parut putih
6 sudu makan bijan
20 gram taugeh
3 keping tahu sederhana besarnya
12 ekor udang sederhana besarnya, bersihkan cuci dan tos
50 gram ikan bilis, dibersihkan cuci dan toskan
1 biji bawang besar, dicincang
50 gram sayur campur dadu (kacang peas, lobak merah dan jagung)
sedikit pewarna serbuk oren
 
Cara untuk Kuah
Kisar keledek dengan 3 liter air hingga halus dan tuang kedalam periuk.  Campurkan sekali bahan-bahan yang lain kecuali bijan.  Kacau rata dan masak sehingga mendidih.  Masukkan bijan.  Rasa dan tambah bahan-bahan yang kurang.  Pastikan kuah tidak terlalu pekat ataupun cair.
 
Cara untuk Tepung (Batter)
Ayak tepung dan gaul rata dengan yeast, kunyit serbuk serta garam.  Tuangkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunannya menjadi sepert adunan jemput-jemput.  Perap adunan dalam bekas yang besar sedikit, selama 2 1/2 - 3 jam, sehingga ia mengembang dua kali ganda.  Sebaik-baiknya tutup dengan kain kasa yang tipis.  Tepung ini akan digunakan untk menyalut bahan-bahan rojak yang akan digoreng.
 
Cara menyediakan Bahan Rojak Bertepung
Adunan tepung dibahagikan kepada enam bahagian.  Panaskan kuali dan tuangkan minyak untuk menggoreng bahan-bahan rojak.  Ambil satu bahagian tepung itu dan goreng kosong, bentukkan bulat-bulat.  Goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan.
 
Gunakan satu lagi bahagian tepung untuk membuat tepung berinti telur.  Ambil setengah biji telur, salutkan dengan tepung dan letakkan sedikit bijan (ini sebagai tanda kepalan tepung ini berinti telur).  Goreng hingga masak dan toskan.
 
Setelah itu ambil lagi satu bahagian tepung dan gaulkan dengan kelapa parut, taugeh dan lebihan bijan.  Gaul rata.  Ambil sedikit adunan dan bentukkan memanjang (lonjong) dan goreng hingga garing dan masak.  Angkat dan toskan.
 
Satu lagi bahagian tepung digunakan untuk menggoreng tahu.  Tahu dibelah dua seperti burger dan kelar-kelarkan.  Ambil sedikit adunan tepung, salutkan pada tahu, kemudian hiaskan dengan dua ekor udang, diatasnya.  Udang mesti disalutkan dengan sedikit tepung, supaya ia melekat.  Goreng hingga garing dan masak.  Angkat dan toskan.
 
Untuk menggoreng kentang rebus, gunakan satu lagi bahagian tepung. Taburkan sedikit serbuk pewarna oren, celupkan satu keping kentang rebus dan goreng hingga garing dan masak.  Angkat dan toskan. 
 
Bahagian terakhir tepung hendaklah dicampurkan dengan ikan bilis, bawang cincang dan sayur campur serta sedikit pewarna oren.  Kacau rata.  Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan goreng hingga masak dan garing.  Angkat dan toskan.
 
Cara menghidangkan rojak
Potong bahan-bahan yang telah digoreng, letakkan bahan hiasan diatasnya dan siram kuahnya.  Boleh juga asingkan kuah dimangkuk lain dan bahan rojak boleh dicecah kedalam kuih.
 
Sumber: Wan Petom Haris

Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

BANGKIT KACANG HIJAU

 
 
Bahan-bahannya
350 gram tepung kanji
140 gram tepung kacang hijau
30 gram tepung gandum
190 gram gula serbuk
320 ml santan dari 2 biji kelapa
2 butir kuning telur yang kecil
1 sudu teh rata vanilla powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh bakiing powder
4 helai daun pandan
 
Cara-caranya
Tepung kanji, tepung gandum dan pandan digoreng dengan api yang kecil, hingga ringan, lebih kurang 5 hingga 8 minit.  Kemudian disejukkan dan diayak.  Santan dididihkan sebentar dengan api yang kecil dan disejukkan.
 
Kacau rata kuning telur, gula, garam, vanilla powder dan baking powder dengan megunnakan pemukul dawai, lalu masukkan setengah bahagian santan dan kacau lagi.  masukkan ketiga-tiga tepung dan uli, sambil tuangkan sedikit sedikit lebihan santan.
 
Ulilah hingga rata.  Canai dan terap dengan acuan kegemaran anda, lalu dibakar dalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit dengan suhu 170 darjah C.
 
Sumber: Aini Salim

Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

MARUKU BIJAN

 
 
Bahan A
600 gram tepung beras
600 gram tepung pulut
375 gram mentega
50 gram jintan putih
200 gram bijan
2 sudu teh serbuk lada putih
2 atau 3 sudu teh serbuk cili
 
Bahan B
1300 ml air dicampur dengan
1 sudu teh garam
2 1/2 botol minyak untuk menggoreng
Acuan muruku yang berbunga bintang.
 
Cara-caranya
Dalam sebuah bekas yang besar, gaul rata semua Bahan A sehingga ia menjadi abuk roti.  Lubangkan ditengah-tengah adunan abuk roti itu dan tuangkan air garam, sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi satu adunan doh yang lembut, supaya ia mudah ditekan apabila menggoreng.
 
Panaskan minyak didalam kuali.  Pastikan penutup acuan sudah diketakan.  Masukkan sedikit adunan keldaam acuan tadi dan tekanlah dengan mengikut lingkaran bulat diatas minyak yang panas.  Ketika menggoreng, jangan terlalu kerap dikacau.  Biarkan seketika, baru dibalekkan, supaya ia tidak mudah patah.
 
Goreng sehingga garing.  Angkat dan toskan.  Bila sejuk, simpanlah didlaam botol atau tin bertutup ratap.  Gunakanlah minyak yang baik mutunya, jika mahukan muruku yang enak rasanya dan tahan lama. 
 
Sumber: Hajah Zahara Sudi

Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

AYAM KALASAN

 
 
Bahan-bahannya
1 ekor ayam muda berat 650 gram
1 liter minyak untuk menggoreng
 
Bahan digaul rata
300 gram gula melaka
3 helai daun salam
200 gram lengkuas, dikisar
200 gram bawang putih dikisar
200 gram bawang kecil, dikisar
1/2 liter air
1/2 gelas air kelapa
 
Bahan untuk Sos
2 sudu teh garam
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan madu asli
1 sudu makan serbuk lada putih
 
Cara-caranya
Rebus ayam dengan bahan-bahan yang telah digaul rata.  Masukkan 1 sudu teh garam.  Apabila mendidih, matikan api dan ketepikan selama 20 hingga 25 minit.
 
Jerang atas api yang kecil bahan-bahan untuk sos.  Gaul sehingga rata dan masak selama 10 minit.  Masukkan garam secukup rasa.
 
Panaskan minyak.  Goreng ayam yang direbus tadi.  Apabila ayamnya garaing dan kuning, angkat dan toskan.  Kemudian letakkan ayam atas pinggan dan curahkan sosnya.
 
Sumber: Pondok Gurame

Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed