<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Friday, September 02, 2005
BAULU CERMAI

 

Sumber: Hajjah Rohana Abu

 

Bahan-bahannya

5 biji telur, diasingkan kuning dari putihnya

180 gram gula kaster

210 gram tepung gandum, diayak

1/4 sudu teh serbuk vanilli

1/4 sudu teh baking powder

Acuan baulu cermai

 

Cara-caranya

Pukul putih telur dan baking powder sehingga kembang.

Masukkan vanilli dan pukul lagi sehingga rata.

Masukkan gula sedikit-sedikit, pukul hingga kembang.

Masukkan kuning telur, satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C.

Acuan baulu disapukan dengan mentega, segera masukkan kedalam ketuhar.

Ambil 3 senduk tepung gandum dan bancuh dengan 9 senduk adunan telur didalam mangkuk yang lain.

Kacau rata sehala sebentar.

 Keluarkan acuan baulu dari ketuhar dan tuangkan didalammya adunan, tiga suku penuh.

Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah C, sehingga masak dan kuning.

Apabila hendak membakar seterusnya, adunan telurnya hendaklah dipukul lagi, supaya gulanya tidak mendap, kemudian gaulkan dengan tepung seperti yang dilakukan tadi.  Satu adunan boleh dapat 100 biji kuih baulu.



Posted at Friday, September 02, 2005 by nurdia
Make a comment  

Thursday, September 01, 2005
Resipi Cinnamon Roll

CINNAMON ROLL 1

Diana Arshad 

    

Bahan-Bahannya :

1 camca teh ragi kering

1/4 cawan gula halus

1/4 cawan air suam

4 cawan tepung serbaguna

1 camca teh gula pasir

1 camca teh garam

250gm mentega disejukkan dan dipotong dadu kecil

3 biji kuning telur

1 cawan gula segar

2 camca besar mentega cair

 

Bahan Isian :

1/4 cawan mentega, dicairkan

6 cawan gula halus

1 camca teh serbuk kulit kayu manis

1 cawan kismis kuning

 

Bahan Kilat :

1 cawan gula aising, diayak

2 camca besar mentega, biar pada suhu bilik

2 camca besar air (tambah, jika perlu) 

 

Cara Membuatnya :

Larutkan ragi bersama gula di dalam air suam dan sedikit gula.

Satukan tepung, gula dan garam di dalam bekas dan gaul bersama mentega yang
telah dipotong dadu hingga rata.

Lubangkan di tengah-tengah tepung.

Masukkan ragi, kuning telur dan susu. Gaul hingga sebati.

Tutup adunan dengan kain dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam.

Kemudian canai doh dan kemaskan hingga menjadi segi empat bujur berukuran
25cm x 30cm.

Satukan mentega, gula dan serbuk kulit kayu manis dan kacau hingga sebati.

Canai sebahagian doh dan ratakan mentega cair pada permukaan doh.

Renjis-renjiskan mentega berserbuk kulit kayu manis hingga rata.

Taburkan kismis kuning pada permukaan doh yang disapu mentega dan gulung
kemas-kemas.
Potong gulungan 12 ketul dan atur di dalam dulang muffin bersapu sedikit mentega.
Perap selama 1 jam, kemudian barulah dibakar selama 20 - 25minit pada suhu 200 C.
Setelah gulungan masak, angkat dan sapu bahan kilat pada seluruh gulungan ketika ia
masih panas.

 

Cara Mengilat :

Pukul gula bersama mentega dan bubuh sedikit air hingga ia kelihatan licin dan kilat.  
 

 

CINNAMON ROLLS 2

Hani Mohsin ( MMVitaoils Aroma Selebriti ) 

 

Bahan-Bahannya :  

700gm tepung gandum

11gm ibu roti

2 biji telur

75g marjerin marvelloso

75g shorterning Qualitaste

Air suam

Susu suam

Gula

Jem apricot

Serbuk kayu manis

Kismis

 

Cara Membuatnya :   

Masukkan tepung jagung, ibu roti, gula, susu suam, marjerin marvelloso, shorterning,
telur dan air.
Kemudian uli selama 15 minit sehingga adunan tadi apabila ditekan ianya akan naik balik.
Kemudian letak adunan tadi didalam bekas besar dan tutupkanya selama 30 minit.

Selepas itu letakkan diatas dulang untuk proses mencanai.

Gunakan pencanai supaya menjadi bentuk segi empat tepat.

Sapukan majerin marvelloso diatas doh yang dicanai tadi.

Kemudian taburkan gula, serbuk kayu manis dan akhir sekali taburkan kismis.

Selepas itu gulungkan adunan tadi dan potong.

Masukkan adunan tadi ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200 C selama 30 minit.

Selepas 30 minit keluarkan dan sapukan jem apricot ke atas roti tadi.


Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

Chicken Mysore

Untuk 1 kg mutton (potong kecil)
1 bj Bawang besar (potong cube)
2 biji tomato (potong cube)
3 bj bunga cengkih
3 bj buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 tsp serbok ketumbar
1 tsp serbuk chilli
4 tbsp rempah daging

1. Tumis bawang + tomato + cengkih, pelaga, kayu manis
sampai layu.

2. Add garlic, ginger, serbok chili, ketumbar, rempah
daging, tumis sampai keluar minyak

3. Lastly add mutton goreng sampai empok + garam.

Note : Mutton mysore is meant to be dry. Kalau you nak
Kari Daging (yg berlauk) please let me know.

Anyway, regarding mutton yg berbau. You must make sure
you buy fresh mutton. In Singapore we dont have fresh
mutton except semasa Hari Raya Haji (daging korban) so
I always buy chilled mutton.  Kalau boleh avoid frozen
mutton bcoz daging tu terlalu lama (berbulan) disimpan
dlm kapal laut semasa dlm perjalanan ke destinasi.

Tips utk cuci mutton :

Ambil tepong gandum dan salutkan daging kambing (agak
lebih2 skit). Lemak2 daging akan melekat pada tepong
dan senang dibersihkan. Kemudian bilas daging dgn air
paip, pas itu cuci dengan garam atau yang lebih baik
air asam.  Insya Allah daging tak berbau.



Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

SWISS CHOCOLATE ROSETTES

Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
200 gram gula serbuk
500 gram mentega
150 gram telur
1 sudu teh esen oren
700 gram tepung gandum
45 gram serbuk koko

serbuk gula, untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul gula, mentega, telur dan esen oren sehinnga sebati.
2. Ayak tepung dan serbuk koko. Dan masukkan kedalam adunan mentega. Gaul
dengan spatula sehingga sebati.
3. Gunakan star tube No. 7 dan picit doh bentukkan seperti rosette (macam rupa
biskut dahlia) pada dulang pembakar. Bakar pada suhu 205 darjah C selaam 15
minit. Setelah biskut sejuk ayak gula serbuk diatasnya.

Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH BAULU SURI

 
 
Bahan A (Ibu Roti)
300 gram tepung gandum, diayak
2 cm tebal yis
200 ml air sejuk
garam secukup rasa
 
15 biji telur, dikacau hingga hancur
600 gram gula pasir
6 sudu makan mentega
3 sudu makan air mawar
sedikit pewarna kuning
 
Cara-caranya
1.  Adunkan Bahan A hingga sebati.  Perap selama 4 jam.
2.  Sukat ibu roti sebanyak 1 mangkuk lauk.  Dengan mangkuk yang sama sukat pula 1 mangkuk telur dan 1 mangkuk gula.  Campurkan bahan-bahan ini lalu dikacau hingga gula hancur.  Campurkan pula air mawar. Kacau lagi sehingga sebati.  Tambahkan pula mentega, kacau lagi hingga rata.
3.  Siapkan acuan pembakar, sapu mentega di sekelilingnya, tuangkan adunan ke dalamnya lalu disimpan selama 24 jam.  Tetapi jikalau hendak cepat, bolehlah disimpan selama 12 jam sahaja.
4.  Cara membakarnya.  Siapkan bara api dia atas dapur sehingga cukup panas.  Kemudian ketepikan bara api itu supaya tinggal hanya bahangnya sahaja.
5.  Tuangkan adunan ke dalam acuan lalu ditenggekkan di atas dapur tadi.  Bakarlah baulu ini di atas bahang api sehingga ia naik dua kali ganda, barulah dibubuh bara api di atas acuan (sedikit sahaja baranya) dan bakarlah kuih hingga masak.

Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH TELUMBA (Halwa Turki)

 
 
Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum, diayak
10 biji telur
3 sudu makan mentega/ majerin/ minyak sapi
1 botol minyak
5 helai daun pandan, disiat-siat
50 ml air abu
1000 ml air sejuk
2 sudu makan air mawar
 
Bahan A
600 gram gula
600 ml air sejuk
 
Cara-caranya
1.  Masak air sejuk hingga mendidih, campurkan air abu dan mentega.  Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati dan masak.  Apabila masak, angkat dan sejukkan di dalam dulang.
2.  Apabila adunan sejuk, pecahkan telur sebiji, sebiji sambil diuli dengan kuat hingga adunan menjadi lembut.
3.  Panaskan minyak bersama-sama daun pandan di dalam kuali, di atas api yang sederhana.  Ambil sengenggam adunan, bentukkan bulat panjang, lumurkan sedikit  minyak lalu dimasukkan ke dalam acuan semperit (SAWA) yang berbunga bintang lapan.
4.  Apabila minyak telah cukup panas, tekankan adunan di dalam acuan supaya ia keluar ke dalam kuali lalu dipotong anggaran 5cm panjang.  Buatkan begini seberapa yang muat di dalam kuali itu dan gorenglah kuih hingga garing, dan hingga semua adunan habis.
5.  Masak Bahan A hingga mendidih dan pekat.  Campurkan air mawar lalu disejukkan. 
6.  Masukkan kuih yang telah digoreng tadi ke dalam sirap yang sejuk satu per satu, rendam buat seketika, angkat dan susunlah di dalam piring lalu dihidangkan.

Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

KUIH BAKAR MANIS (CORO)

 

 

Bahan A

450 gram gula pasir

1 1/2 biji kelapa (dibuang kulit airnya, diparut dan diperah 1500 ml santannya)

5 helai daun pandan, disiat-siat

 

600 gram tepung gandum, diayak

8 biji telur, dikacau hingga hancur tetapi jangan sampai berbuih

sedikit pewarna kuning

sedikit vanilla

 

Cara-caranya

1.  Masak Bahan A hingga mendidih dan gula larut.   Sejukkan.

2.  Masukkan tepung ke dalam santan  masak tadi dan kacau rata-rata.  Campurkan pula telur ke dalam adunan ini bersama pewarna kuning dan vanilla.  Kacua lagi sehingga sebati.

3.  Panaskan acuan cermai atau acuan pecah lapan yang menggunakan api arang di atas dan dibawah.  Sapukan sedikit minyak pada acuan itu dan biarkan ia panas lagi.  Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak.

 

Nota: Kuih ini juga boleh dibakar didalam oven.


Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

KEK PRUNE


Sumber: Noor Masri

1 cawan prune tanpa biji
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur (asingkan kuning dengan putihnya)
2/3 cawan gula
2/3 cawan minyak jagung
2 oz raisins (dicincang)
120 ml susu segar dipanaskan sedikit
1 sudu besar soda bikarbonat (paras rata)
1 sudu besar esen vanilla

Panaskan oven pd suhu 140'C, alas acuan dgn kertas minyak
Masukkan prune ke dalam periuk dan tambahkan air separas dengan prune. Reneh sehingga lembut dan airnya kering kemudian lenyek hingga hancur.
Pukul telur putih hingga kembang kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit diselang seli dengan telur kuning. Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
Kemudian masukkan prune.
Kaup balikkan hingga sebati, masukkan minyak jagung.
Masukkan susu segar yang masih suam.
Akhir sekali masukkan raisin, kaup balikkan sekejap hingga sebati
Masukkan ke dlm acuan
Bakar pada suhu 140 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

* Lebih enak dimakan sehari selepas dimasak.



Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

Nasi Goreng Tom Yam

 
 
Bahan-Bahannya:
bahan a
1 Packet perencah tomyam adabi
2 ulas bawang besar
1 ulas bawang kecil
cili padi mengikut citarasa
sebatang serai
beberapa helai daun limau purut
 
bahan b
4 Cawan nasi
100 gm isi ayam
100 gm daging
100 gm udang
100gm bahan seafood yang lain (mengikut citarasa)
Campuran sayuran (Kobis, putik jagung dll)
 
cara-caranya
Tumis bahan a hingga naik bau bersama minyak.kemudian masukkan bahan mentah b kecuali nasi dan bahan sayuran sehingga masak mengikut citarasa..campurkan bahan perasa mengikut kesedapan masing masing (gula+garam+msg)nak sedap camour sedikit sos tiram....lastly before masukkan nasi msukkan bahan sayuran..gaul nasi hingga masak..
 
hidangan untuk 2 org..

Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

KACANG GORENG BEREMPAH

 
 
      1 KG KACANG TANAH
      10 BIJI LADA KERING
      10 ULAS BAWANG PUTIH
      1/2 SUDU BESAR JINTAN MANIS
      2 SUDU BESAR JINTAN PEDAS
      2 SUDU BESAR GARAM
      GULA 1 1/2 SENDUK
      2 BIJI TELOR
      4 SENDUK TEPUNG GANDUM
 
      CARA-CARA
 
      TUMBUKKAN LADA KERING BERSAMA BAWANG PUTIH. MASUKKAN KE DALAM KACANG DAN GAULKAN PERLAHAN-
      LAHAN SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GARAM, JINTAN MANIS, JINTAN PEDAS KE DALAM ADUNAN TADI.      KEMUDIAN MASUKKAN GULA PERLAHAN-LAHAN. JANGAN BAGI GULA TERSEBUT HANCUR. KEMUDIAN SEKALI     MASUKKAN TEPUNG DAN TELUR. GAUL BIARLAH RATA.
 
PANASKAN MINYAK DAN KEMUDIAN SENDUKKAN ADUNAN TERSEBUT LALU GORENG. KACAU PERLAHAN-LAHAN
DENGAN API YANG SEDERHANA..

Posted at Thursday, September 01, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed