<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Tuesday, July 05, 2005
BROWN SAUCE

Resepi Brown Sauce dalam simpanan saya tapi tak ingat dari website mana saya ambil.
 

 

Makes about 4 cups

For Sachet:
1/2 bay leaf 2 parsley stems (no leaves)
1/8 teaspoon dried thyme leaves
1 clove garlic
1 piece of cheesecloth, cut into a 6-inch square
1 piece of butcher's twine, cut 12 inches long

1 small onion, peeled
1 carrot, peeled
1 stalk celery
1 clove garlic
1/2 cup butter
1/2 cup all-purpose flour
2 tablespoons additional butter
6 cups beef stock or bouillon, room temperature
2 ounces tomato puree
1/8 teaspoon salt
1 1/8 teaspoon ground white pepper

1. To make sachet, place the bay leaf, parsley stems, thyme and garlic in the square of cheesecloth. Gather up the corners and twist together. Using just one end of the string, tie the sachet closed. The other end of the string (the long end) will be suspended from the handle of the saucepan.
2. Cut the onion, carrot and celery into medium (1/2-inch) dice. Set aside. Mince garlic.
3. Heat the 1/2 cup butter in small saucepan until hot. Whisk in the flour (to a paste consistency) and cook over medium heat, stirring constantly, for 5 to 6 minutes until mixture (roux) bubbles, turns light brown in color and has a nutty aroma. This is called a dark roux. Set aside.
4. Place the remaining 2 tablespoons butter in heavy, 4-quart stockpot over medium heat.
5. Add the onion, carrot and celery. Saute the vegetables, stirring often, for about 5 to 6 minutes or until well browned. Add minced garlic and saute another 1 to 2 minutes.
6. Add the cooked roux to the vegetables, stirring to combine.
7. Gradually, pour in the brown stock and then the tomato puree.
8. Tie the pre-made sachet to one handle of the stockpot, letting it dangle in the liquid.
9. Bring to a boil, skimming off any impurities from the surface, as needed.
10. Reduce heat and simmer, uncovered, for about 2 hours, skimming the surface occasionally, until the sauce is reduced to about 1 quart.
11. Untie sachet. Then pour sauce (and sachet) into a fine strainer or china cap lined with cheesecloth. Use a ladle or spoon to gently press any remaining vegetables through the strainer. Discard the sachet.
12. Season to taste with salt and white pepper, if desired.
13. Set over a double boiler filled with warm water until ready to serve. Or cool completely, then cover and store in the refrigerator in an airtight container for up to I week. Sauce may also be frozen for up to 3 months. Makes about 1 quart.

VARIATIONS
Demi-glace:
A '"brown stock" is simply a stock made with roasted bones, rather than bones that have only been rinsed and/or blanched prior to use. To make a brown stock, you can use roasted beef or veal bones or roasted chicken bones. In this recipe, we are calling for a brown stock made with roasted beef bones.
Place 4 cups Brown Stock and 4 cups Brown Sauce in a heavy, I-quart saucepan. Bring to a boil over medium heat, stirring occasionally. Reduce heat and simmer, uncovered, for 15 to 20 minutes or until the sauce is reduced by one-half. Remove from heat. Pour sauce through a fine strainer or china cap lined with cheesecloth. Allow to cool completely. Then cover and store n the refrigerator in an airtight container for up to 1 week. Sauce may also be frozen for up to 3 months. Makes 1 quart .

 


Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

UDANG HARIMAU MADRAS


Bahan-bahan
600 gm udang harimau
1 cawan santan pekat
Minyak
Garam

Bahan-bahan digiling halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 cm halia
2 ulas bawang putih
3 sudu teh cili boh
2 sudu sedang serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan menumis
1 tangkai daun kari
2 biji bawang merah dihiris
4 biji pelaga
4 kuntum cengkih
10 cm kulit kayu manis

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bahan-bahan tumis. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan-bahan giling. Kacau hingga garing.
4. Masukkan santan dan garam. Biar hingga mendidih dan kuah pekat.
5. Masukkan udang goreng. Kacau hingga rata baru diangkat.

Jelita April 1991



Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

Variasi Koleksi Resipi

LAKSA SIAM
Animah Mo'min

Bahan-Bahannya
600g bihun kasar
600g ikan kembung
2.5cm kunyit hidup
2.5cm belacan
2.5cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 camca besar minyak
3 helai daun limau purut
asam jawa secukup rasa
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Untuk hiasan
1 labu bawang besar dimayang
3 biji cili merah dihiris
1 biji timum dihiris halus
1 biji nenas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan

Cara Membuatnya
Celur bihun sehingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung.
Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus
dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang
merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai
berasingan dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan.
Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-
lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun
limau purut, lengkuan dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit
gula.
Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timum dan bunga
kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila
menghidang letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan bahan-
bahan hiasan diatas bihun. Tuangkan kuah. Jika suka tambah otak
udang.


KHASIAT LOBAK PUTIH
Sharifah Zahrah

Lobak putih banyak khasiatnya jika dimakan mentah.
Kalau nak hilangkan bau, rebus dulu, buang airnya kemudian masak
lemak atau goreng dengan udang kering yang telah ditumbuk bersama
cili dan bawang putih serta bawang merah.
Selalunya saya buat salad dengan lobak putih ini, caranya begini,

1 batang lobak putih - diparut,
1 batang lobakl merah diparut
3 sudu besar natural yoghurt jika suka atau boleh duigantikan dengan
limau nipis sahaja
1 ulas bawang besar yang sederhana - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
Beberapa hirisan halia muda
Garam secukup rasa
Perahan limau nipis jika tidak menggunakan yoghurt

Semua bahan-bahan digaulkan bersama yoghurt atau limau nipis.
Sejukkan dan hidang bersama nasi atau bnoleh dimakan begitu sahaja.

Lobak putih sangat baik untuk pesakit batu karang atau mereka yang
mempunyai penyakit gout, amalkan, insya'alah akan sembuh dengan
cepatnya.

CUCUR SARDINE
Mimie

Bahan-Bahannya
?kilo tepung gandum
1 tin sardin (tuna in water pun boleh kalau tak suka sardin) -
hancur2kan
1 labu bawang besar - potong dadu
daun sup & daun bawang - potong halus
garam dan air secukupnya.
2 biji kentang - potong dadu
minyak mengoreng
1ulas cili besar merah - buang biji dan potong halus (jika mahu)

Cara Membuatnya
Satukan tepung, sardin sekali dgn sos tomatonya, bawang, daun sup,
kentang & cili kedalam mangkuk. masukkan air sedikit demi sedikit
(air terpulang kalau nak agak keras kurangkan air, kalau nak lembut
lebihkan air) dan masukkan garam - ikut rasa. gaul rata.
Goreng hingga kekuningan, toskan minyak. hidang bersama sos.
Doublekan bahan sekiranya nakkan hasil yg lebih banyak.


TOD MUN PLA (Thai Fish Cakes)
FaRah N

Bahan-Bahannya
500g isi ikan putih, dihancurkan/flaked
(tenggiri,kembung,selayang,sardin)
sepiring kecil bawang merah yg diblend
2-3 biji telur
7 sudu besar sos ikan (saya guna brand 'Knife')
4-7 biji cili padi, dihiris
2 batang serai, dihiris
2-3 sudu besar rempah kari (resepi asal menggunakan 'Thai red curry
paste' yg diperbuat dari pelbagai rempah giling. Saya tiada masa nak
buat sedemikian, and i can't remember the actual recipe for this
paste...so kalau nak...boleh beli yg dalam botol ada dijual)
3-4 batang kacang panjang, dihiris
asam jawa sebesar 50sen, ambil airnya
2 sudu besar gula merah hancur
sepiring kecil daun ketumbar, dihiris
2 biji limau nipis, ambil jusnya

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk yg besar
    hingga sebati
2. Bulat kan adunan dan tekan bagi leper sedikit sebesar dalam
    diameter 5cm
3. Goreng secara tohor (pan-fry).setelah warnanya keemasan,
    balikkan ke belah yg lain


TOD MUN PLA
Shurinah

Bahan-Bahannya
300gm ikan tenggiri (dibuang tulang dan ambil isinya)
1 camca besar rempah kari Thai (Red Curry Thai)
1 batang serai - dihiris nipis
1 helai daun limau purut - dihiris nipis
1 bii telur - dipukul
6 batang kacang panjang - dihiris nipis
2 camca kecil sos ikan
1 camca besar tepung jagung
minyak kacang untuk menggoreng
Sedikit daud salad, timun dan buah tomato untuk hiasan

Cara Membuatnya
1. Di atas chopping board, cincang isi ikan tenggiri hingga lumat.
2. Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama ikan dan dibiarkan
    di dalam peti ais selama sejam.
3. Setelah itu dibentuk dengan tapak tangan dan dijadikan leper
    bulat.
4. Goreng dengan minyak sampai masak, hidangkan bersama acar
    timun.


CHOCOLATE CAKE
Hawa Abu Bakar

Bahan-Bahannya
225g gula
65ml air
65g serbuk koko
225g unsalted butter
225g gula kastor
5 biji telur (dipisahkan putih telur dan kuning, putih telur pastikan
pukul sampai kembang betol)
225g tepung gandum, diayak
?sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit gula ising( untuk tabur)

Cara Membuatnya
Panaskan oven pada suhu 160 degrees celcius
Larutkan gula dengan air di dalam periuk, kacau sentiasa di atas api
sederhana, sehingga mendidih. Masakkan syrup hingga 102 degrees,
agak agak lebih sikit dari mendidih tadi. Alihkan periuk dari api dan
rendam dalam air sejuk sebentar. campurkan serbuk koko dan kacau
sampai tiada ketul ketul chocolate. biarkan sejuk. (kalau rasa cara nie
susah, masak jer air kat boiler, and larutkan gula lepas air mendidih.
Biar sejuk kejap, masukkan koko)
Sapukan sedikit butter pada tin, letakkan kertas minyak, dan sapu
butter lagi pada kertas minyak, dan taburkan sedikit tepung keliling
tin. Pukul butter sampai smooth dalam mixing bowl, tambahkan gula
kastor, dan pukul lagi sampai fluffy. masukkan telur kuning, satu
persatu, pastikan pukul betol betol setiap kali. masukkan adunan
chocolate tadi.
Ayakkan tepung, soda bikarbonate dan garam bersama-sama dan
masukkan ke dalam adunan. perlahan-lahan, masukkan 1/3 putih telur
yang di pukul tadi, kemudian baru masuk selebihnya.
Masukkan adunan ke dalam tin dan bakar untuk 1 jam 15 minit hingga 1
jam 45 min, sampai bila cucuk lidi ke tengah tengah kek, tiada aper
yang melekat pada lidi. lepas masak, alihkan tin ke wire rack, biar
dalam tin utk 10 mins sebelum keluarkan kek. dah sejuk, alihkan kertas
 minyak and dust the cake dengan icing.

* seelok eloknya, biarkan kek semalam sebelum potong dan makan, kek
akan jadi lembap dan sangat sedap.

untuk chocolate topping, boleh guna untuk buat lapisan chocolate
utk kek tadi.

Bahan-Bahannya
150ml double krim
150g plain chocolate(cooking chocolate- patahkan kecil-kecil)

Cara Membuatnya
Letak krim dalam periuk dan bawa ke takat just mendidih, masukkan
chocolate dan kacau sampai chocolate cair dan adunan tue, smooth
dan pekat. Biar kejap(1-2mins) utk suam dan tuangkan ke atas cake
dan biar sejuk. Kalau nak hias dengan chocolate rice utk kasi crispy,
Biarkan chocolate tue sejuk sekejap pastu baru taburkan choc rice.


BUBUR LAMBUK ( FAMILY RECIPE - BUKAN KG BARU )
Puti Mazura Binti Mashudi

Bahan-Bahannya
4 cawan beras ( guna beras biasa, jangan guna beras Basmathi /
beras Siam )
1 kilo daging, dipotong kecil, kalau jenis yang keras, rebus dahulu
1 kilo udang - kupas kulitnya dan rebus kulit, ambil air rebusan
1 genggam udang kering - rebus, jangan buang air rebusannya, kisar
2 peket kecil serbuk rempah sup Adabi
2 peket kecil serbuk rempah korma Adabi
4 sudu makan kerisik
Santan dari 2 biji kelapa
1 genggam kacang tanah
1 genggam kacang kuda ( chickpeas )
1 cawan campuran kekacang lain ( ikut suka )
10 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 inci kayu manis
Air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk tumis
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris halus

Cara Membuatnya
Rendam kacang-kacang semalaman. Buang air rendaman dan tukar air.
Rebus sehingga lembut.
Kisar bawang merah kecil, bawang putih, halia, lengkuas dan serai.
Pijarkan minyak, tumiskan bahan yang sudah dikisar dan kayu manis
Masukkan rempah sup & korma, kacau rata.
Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daging ( kalau guna
yang belum direbus ). Kacau rata
Masukkan beras dan air dan kacang yang telah empuk ( jangan
masukkan air rebusan kacang, nanti bubur jadi hitam )
Kecilkan api and masak sehingga beras pecah.
Masukkan daging yang sudah direbus berserta stoknya sekali, isi
udang, air rebusan kulit udang dan santan. Gaul rata.
Masak lagi sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula dan garam
secukup rasa. Gaul rata.
Masak sehingga daging lembut. Kacau selalu supaya tidak
hangus/berkerak.

Untuk menghidang, masukkan bubur kedalam mangkuk dan taburkan
bawang goreng serta daun saderi dan daun bawang.

My family, selalunya makan dengan rojak ( timun, nenas dan
sengkuang + kuah kacang ) atau kerabu taugeh/pegaga atau acar
rampai.

Note: Kalau bubur terlalu pekat, masukkan air panas dan kacau,
adjust garamnya.


BUBUR LAMBUK PAHANG
Puti Mazura Binti Mashudi

Bahan-bahan
3 cawan beras hancur
4 ekor ikan kembung besar (atau setengah ekor ikan tenggiri + 1 ekor
ikan kembung
segenggam isi udang hidup
1- 2 cawan santan cair
10 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, dititik
7 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu the serbuk lada hitam
3 keping asam gelugor
1 inci halia ( selain drpd yg di atas ), dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 helai daun pandan, basuh dan simpulkan
2 cawan pucuk paku perak (daun dan batang yang lembut shj), basuh
dan toskan.

Cara Membuatnya
Rebus ikan & udang ( dengan halia & lengkuas yang ditumbuk dan
asam gelugor ) sehingga sangat sangat lembut. Ketepikan.
Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan & udang
( asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan
tulang kalau takut tak halus ). Air rebusan jangan dibuang.
Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam. Masukkan
ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam. Gaul rata dan perapkan
selama 1 jam.
Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih.
Tambahkan air jika perlu
Bila beras sudah pecah, masukkan ikan + udang dan bahan perapan.
Gaul rata.
Masukkan serai dan santan. Masak hingga menggelegak dengan api
kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula.
Kacau rata. Didihkan
Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak. Gaul sekali dan tutup
api.
Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin
( chaipoh ) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang
putih.

Selamat Makan.


KUPANG SERAI ( LEMON GRASS MUSSELS )
Puti Mazura Binti Mashudi

Bahan-Bahannya
1 mangkuk kupang segar yang telah direbus dan kupas kulit ( boleh
gantikan dengan udang, kepingan ayam atau telur ikan )
6 batang serai, dimayang halus ( pastikan buang bhg berdaun )
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cili padi ( kurang /lebihkan ikut daya ketahanan)
1 inci kunyit hidup
?cawan air asam jawa pekat
1 cawan santan pekat
1 sudu the garam
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut dihiris halus

Cara Membuatnya
Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup dan
garam.
Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, goreng sehingga
pecah minyak.
Masukkan semua bahan lain kecuali gula dan daun kunyit.
Masak hingga agak kering, kacau selalu.
Masukkan gula dan daun kunyit, gaul rata sehingga daun layu.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.


SOS SPAGHETTI
( anggaran 6 org makan )
Zailani Ibrahim

Bahan-Bahannya
2 tin besar sardin ( hati-hati masa beli, pilih yg tulis Sardin bukan
Mackerel )
1 botol kecil sos tomato
2 batang bunga kantan
3-4 tangkai bunga kesum (ambik daun sahaja)
2 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Bawang putih dan besar dicincang halus. Panaskan sedikit minyak
dalam periuk dan tumis bawang yg dicincang sampai layu.
Masukkan ikan sardin TANPA kuahnya ke dalam periuk dan lenyekkan
dengan senduk sampai hancur (kasar2 pun tak apa) dan kacau sampai
rata.
Masukkan sos tomato dan air. Kacau lagi. Masukkan pula daun kesum,
bunga kantan yg diracik halus. Biarkan menggelegak.
Masukkan buah tomato yg dipotong dadu, garam dan gula secukup
rasa.
Bila dah semuanya menggelegak dan kecairannya mengikut yg disukai
( kalau nak cair tambah air lagi ), bolehlah dipadamkan api dan
dihidangkan dengan spaghetti.
Kalo yg sukakan pedas, hidang dengan cili api potong..terangkat you!!!


BUTTER PRAWNS
Hasliza Ali

Bahan A:
600gm udang besar
1 camca teh gula
1 camca teh garam
?camca teh lada hitam
1 camca teh minyak bijan

Bahan B:
3 camca besar tepung jagung
1 camca besar serbuk kari ikan

Bahan C:
3 biji telur kuning
1 camca besar susu cair
?camca teh garam
?camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar butter

1 camca besar bawang putih- dicincang
2 camca besar cili padi - dicincang
1 camca besar daun kari-dicincang
2 camca besar butter

Bahan perisa:
1 camca besar sos tiram
?camca besar gula
?camca besar serbuk lada hitam

Cara Membuatnya:
Bersihkan udang, buangkan kaki dan keringkan air dengan gunakan
kitchen towel. Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi.
Gaul rata. Goreng terendam udang tadi secukup masak dan tuskan
minyak.
Panaskan kuali, masukkan butter. Campurkan bahan C dan pukul rata.
Masukkan bahan C ke dalam kuali tadi. Kacau campuran bahan C tadi
dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup.
Angkat dari kuali.
Panaskan kuali dengan 2 camb. butter. Gorengkan bawang putih, cili
padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng
tadi dan bahan perisa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan telur goreng
tadi. Gaul rata dan terus hidangkan semasa panas.

Bon Appetit!


AYAM LADA HITAM
Norlinda

Bahan-bahannya (untuk 2 orang)
6 keping fillet ayam
1 camca besar lada hitam, ditumbuk
1 camca besar sos Wochestershire Lea & Perrins
1 camca besar kicap lemak manis kipas udang
1 camca teh sos tiram
Sedikit garam
Sedikit margerine (untuk memasak)

Cara menyediakannya:
Fillet ayam dibasuh dan toskan airnya untuk seketika.
Gaulkan fillet ayam bersama semua bahan kecuali margerine dan
perapkan selama lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan kuali atas api sederhana. Masukkan sedikit margerine
( anggaran 1 camca teh ). Masukkan fillet ayam. Balikkan fillet untuk
pastikan ia masak serata. Angkat dan hidangkan.

Nota: Kuantiti lada hitam bergantung kepada individu. Sekiranya suka
lebih pedas, boleh tambahkan dan jika tidak, boleh dikurangkan
mengikut cita rasa sendiri.

OPTION
Fatimah Mahmud

Saya pun selalu masak ayam lada hitam ni. Tapi yang lain sikitnya,
saya gunakan seekor ayam yang dipotong kecil-kecil, perap agak-agak
satu atau dua jam lamanya dengan bahan-bahan yang lain tu... jangan
lupa letakkan sedikit bawang putih yang sudah ditumbuk dengan lada
hitam dan jangan lupa gula...

Kemudian lapiskan loyang pembakar dengan aluminium foil, letakkan
ayam. coletkan sedikit butter atau margarine di atas kepingan ayam -
ayam tuu. Lepas tu bakar dalam oven sampai agak garing.
Oooiii... rasalah kelazatan ayamnya... lebih-lebih lagi yang garing tu..
Memang tak akan kecewa dengan rasanya...


SOS UTK TAUHU SUMBAT
Anna Lisa Mahat

Bahan-bahannya
2 sudu besar lada kering kisar
1 sudu bawang putih kisar
3 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
2 cawan air
3 sudu gula perang ( kalau nak manis lebihkan sikit )
Garam secukup rasa..

Cara Membuatnya
Kita didihkan dulu air,lada kering kisar dan bawang putih.
Bila ia dah mendidih ( bg dia didih lama sikit supaya lada kering
masak dan tidak pedas sangat ) pastu kita masukkan sos cili, sos
tomato, sos tiram, gula perang dan garam secukup rasa... kacau
sehingga pekat sikit.. dan boleh dihidang dgn tahu sumbat..emmm
sedap


SOS UTK TAUHU SUMBAT

Bahan-Bahannya:
10 biji Cili besar merah yang segar
5 ulas bawang putih
cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Blend sahaja cili merah dengan bawang putih.
Jerang dalam periuk, tambah sedikit air dan masukkan cuka -
janganlah banyak sangat, nanti masam sangat pulak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa - gula tu biarlah lebih sikit
hingga terasa manisnya dan kacau-kacaulah sampai mendidih dan
kering sedikit airnya.
Angkat dan sejukkan - bila dah sejuk tuanglah ke atas tahu sumbat
yang sudah disediakan tu !

Sos ini juga saya gunakan untuk makan dengan nasi ayam - mudah
saja.

Hello,
Tak sangka ada orang request for this recipe. I sendiri pun tersenyum
sendiri sebab dah lama betul tak makan Cawanmoshi ni. Memang sedap
and simple je rasa dia. I think there are a few versions but this one is
from my friend, a Jap. Dari sinilah I tahu "cawan" tu dari bahasa
Jepun.
Resepi ni siap ada translation tu....

CAWANMOSHI
Puti Mazura Binti Mashudi

I learn this from a Japanese friend masa di UK dulu. He was a cook
at one restaurant in Osachi, Japan. Dia kata, ada yang pukul dulu
telur tu dengan stok tapi di restaurant dia tu, they make it whole.
Barulah ada thrill masa pecahkan kuning telur tu. Tapi kalau masak
guna microwave, memang kena scramble dulu telur tu, kalau tidak
meletup le kengkawan....

Perkakas
Apparatus 

6 biji cawan yang sederhana besar / mangkuk sup yang mungkum
6 coffee cups / round deep small soup bowl.
2 Periuk dan bekas kukusan
Steamer

Bahan-bahan
Ingredients
1. 6 biji telur ayam yang besar / telur itik
    6 large eggs
2. 1 cawan isi ayam dicincang / isi ikan salmon dicincang kasar /
    telur ikan.
    1 cup of minced chicken meat / coarsely chopped salmon
    meat / fish roe
3. 1 cawan cendawan shiitake, hiris halus dan celurkan / goreng
     hingga layu.
     1 cup of shiitake mushroom, cut into thin strips, blanched or lightly
     fry.
4. 1 cawan daun bawang di potong panjang setengah inci
     1 cup of scallion / spring onion, cut into half inch strips
5. 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    3 garlic, crushed
6. Setengah inci halia muda, dimayang halus
     Half inch young ginger root, cut into very thin strips
7. 2 sudu makan kicap manis
    2 tbsp of sweet soy sauce
8. 2 biji cili merah, dipotong halus setengah inci
    2 red chillies, cut into half inch strips
9. Setengah cawan stok ayam / air
    Half cup of chicken stock / water
10. 1 sudu teh gula
     1 teaspoon sugar
11. Bawang goreng, jika suka.
     Fried onions, if preferred.
12. 2 liter air untuk mengukus
     2 litres of water for steaming

Cara Membuatnya
Directions
1. Masukkan air dalam periuk kukusan, susunkan cawan di dalam
    bekas kukusan dan panaskan bekas kukusan.
2. Sementara itu, campurkan bahan bahan no. 2, 3, 5, 7, 9 & 10
     dalam mangkuk besar. Gaul rata dan ketepikan.
     Meanwhile mix and fold thoroughly ingredients nos. 2, 3, 5, 7, 9 &
     10 in a mixing bowl. Set aside.
3. Angkat bekas pengukus dan tutupkan periuk, biarkan air mendidih.
    Lift the steaming container, leaving the water to be covered and
    boiled.
4. Bahagikan campuran ayam, bahan no. 6 dan 8 kepada 6 bahagian.
    Divide chicken mixture, ingredient nos. 6 and 8 into 6 portions.
5. Masukkan satu bahagian campuran ayam ke dalam setiap cawan,
    kemudian masukkan satu bahagian cili, daun bawang dan bawang
    goreng.
    Place one portion of chicken mixture into each cup, then put in a
    portion of the chillies, ginger and fried onion.
6. Kukuskan cawan-cawan berisi tadi selama 5-10 minit
    Steam the filled cups for 5 -10 minutes
7. Angkat semula bekas kukusan. Pecahkan telur satu persatu ke
    dalam tiap tiap cawan. Kalau tak yakin, pecahkan dalam mangkuk
    lain sebelum tuang ke dalam cawan. Kalau pecah, ganti baru.
    Lift the steaming container, crack the egg, one each into the cups,
    careful not to break them. To be sure, crack the egg first in
    another bowl before pouring it inside the cup.
8. Kukus sehingga putih telur masak, jangan keras.
    Steam until the egg white is set, not hard and the yolk, a bit runny.
9. Keluarkan cawan-cawan dari pengukus dan hidangkan bersama
    sup kosong dan nasi
    Take the cups out, ready to serve with plain soup and rice.


CHAWANMUSHI (KASTARD TELUR KUKUS BERPERISA)
(Utk 4 cawan)
Nasni

Bahan (A):
75g isi dada ayam, carik
45g cendawan shiitake segar
4 keping filamen ketam, carik
4 biji telur

Bahan utk stok:
400ml air
?sudu teh gula
?sudu teh kicap soya cair
secubit garam
1 sudu besar stok pekat Maggi
secubit garam dan gula
lada sulah secukup rasa

Cara Membuatnya
Layukan cendawan ke dalam air panas. Keluarkan dan potong halus.
Campur daging ayam, hirisan cendawan dan filamen ketam ke dlm
mangkuk dan gaulkan bersama garam gula dan lada sulah.
Biarkan selama 5 minit.
Letak sedikit campuran tadi ke dalam mangkuk kecil ( mangkuk
chawanmushi ) dan ketepikan.
Pukul telur seketika dan campur kesemua bahan utk stok. Tapis
campuran tersebut terlebih dahulu sebelum tuang ke dlm mangkuk
chawanmushi. Pastikan anda keluarkan sebarang buih yg naik di
permukaan.
Letakkan mangkuk ke dlm periuk kukus, tutup permukaan mangkuk
chawanmushi dgn plastik balutan microwave dan kukus utk lebih
kurang 20-30 minit.
Hidangkan panas2 dan utk lebih menarik, taburkan bawang goreng
sebelum hidang.


GRILLED SPICE CHICKEN / FRIED SPICE CHICKEN
Izyan Tan Abdullah

Ingredients
1 Chicken cut into 12 pieces
1 tablespoon Sesame Oil
1 tablespoon Oyster Sauce
1 tablespoon Black Pepper
1 tablespoon Mixed Herbs
1 tablespoon Fish Sauce
1 teaspoon Tamin Kicap
1 teaspoon Corn/Tapioca Flour

Step-by-step process
Marinate the chicken with the ingredients for 10 minutes;
If roasting, just place chicken pieces on the grill and switch-on the
oven [ this also depends on what kind of oven you use.
If convention oven, you need to pre-heat the oven before you start
roasting. However, if microwave oven, you may just roast them
without pre-heating].
After about 10 minutes, open the oven door, turn the pieces to the
other side and add some gravy on them ( mixture of ingredients ) and
continue roasting until they are well cooked.
You may also fry them but not very healthy b'cos you need OIL to
soak them. Somehow or rather, the taste is still very nice.


BBQ RIBS ATAU CHICKEN WINGS
Nora Amin

Bahan-Bahannya:
Ribs or tulang rusuk atau chicken wings
Coriander and cumin powder
Black pepper
Garlic dan bawang merah dikisar halus
Cili Boh sikit kalau nak kick
Plain flour
Lemon juice

Bahan Sos/Kuah
Dua peket Maggi Sambal Tumis
Kicap Manis
Gula atau Madu kalau ada
Orange Juice

Cara Membuatnya
Gaulkan semua di atas tu dan perap dalam petisejuk satu malam.
Panaskan oven atau grill (about 200?Celsius). Masukkan dan bakar.
Balik-balik kan biar masak betul dan agak garing. Bila daging tu
tengah dimasak, buat saucenya
Panaskan minyak sikit dan tumis Maggi Sambal Tumis tu.
Bila dah naik minyak, masukkan kicap, gula/madu dan orange juice.
Kacau hingga sebati.
Tak payah mendidih sangat ( asalkan panas dan gula cair, dah
OKlah ). Also jangan campur garam lagi pasal Maggi Sambal Tumis tu
masin sikit. Mati kan api.


NASI LEMAK
Azlina Razali

Bahan-Bahannya
2 pot beras
1 pot beras basmathi
3?pot air
?pot santan pekat
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
?inci halia ditumbuk
secubit gula
secubit serbuk perasa (jgn letak banyak)

Cara Membuatnya
Masukkan 3?pot air didalam rice cooker masak sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan beras dan beras basmathi tadi, santan
pekat, gula, garam, halia, daun pandan dan serbuk perasa bila separuh
masak kacau ratakan santan yang tak rata tadi ( supaya santan sebati
dgn beras )


SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG
Azlina Razali

Bahan-Bahannya
2-3 ekor sotong kembang(ikut suka)
Cili kering RM 1
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 sudu besar gula
1 sudu besar tomato sos
garam secukupnya
serbuk perasa
air asam jawa

Cara Membuatnya
Sotong kembang tadi dipotong-potong masukkan dalam kuali dikacau-
kacau atas api yang sederhana untuk mengeluarkan air sotong.
Kemudian ketepikan. Cili kering tadi dipotong-potong dan direndam
dengan air yang mendidih sehingga cili tadi nampak kembang.
Bawang merah, bawang putih dan belacan diblendkan. Tumis bawang
besar dan masukkan cili boh tadi, bila cili dah garing masukkan air
asam, tomato sos, garam dan gula. Kemudian masukkan sotong
kembang tadi. Masakkan sekejap saja sotong tadi.


BINGKA UBI
Wan Noor Azian Yahaya 

4 senduk nasi Gula putih
Santan - from 1 biji..can be replaced with low fat milk
2 biji telur
2 cubit garam
2 sudu margerine / butter

Cara Membuatnya:
First grate the tapioca .... if you use ubi kuning dia tak ada air tapi
kalau ubi putih, nanti keluar air so kena tapis takut pahit.
Then, campur telur, gula dan garam. Kacau hingga rata.
Put in margerine and last sekali santan pekat or milk......takat lebih
sikit daripada level adunan ubi tadi...faham tak...kat acuan, bubuh
adunan lepas tu add the santan melepasi level adunan tu sikit.
Lepas tu bakar la sampai kuning...kalau nak uuumph lagi, sapu
margerin atas bengkang tu then bakar lagi sikit for the extra
garingness!


SOTO AYAM
Puti Mazura Binti Mashudi

A. Sup
Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok.
( Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum
disiat )
1 ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama,

optional
10 ulas bawang merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, ditumbuk
2 inci halia muda, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
2 batang serai, dikisar bersama bawang
1 peket rempah sup Adabi, dibuat pes
3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
20 biji lada hitam, dititik
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-
kurangnya satu jam
3 sudu makan minyak masak
Gula dan garam

Cara Membuatnya:
Pijarkan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk / dikisar sehingga
terbit bau.
Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau.
Masukkan stok ayam ( bersama tulang ) dan buah keras.
Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya.

B. Pegedil
5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga
empuk, tumbuk.
?cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing.
?cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus.
5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar.
3 ulas bawang putih, digoreng sebentar.
4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit.
2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk.
10 biji lada hitam, dititik.
?cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur).
Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula,
secukup rasa.
2 biji telur, dipukul.
2 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya:
Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih.
Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk.
Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan
bawang. Masukkan garam dan gula, gaul rata.
Kepalkan adunan ( anggaran dua sudu makan setiap satu ), bulat dan
leperkan.
Masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan
bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
Panaskan minyak. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata
litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
?cawan kicap manis
1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
3 sudu makan gula

Cara Membuatnya
Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung ( jangan tumbuk
nanti sambal akan jadi pijar )
Masukkan kicap dan perahkan limau
Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam
sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
Nasi himpit, dipotong dadu
Daging ayam ( yang direbus - A ), disiat-siat
Taugeh, dicelur ( atau boleh dibasuh sahaja )
Suhun, digoreng
Bawang goreng
Daun saderi ( sup ) dan daun bawang
Limau nipis, dipotong ( optional )

Cara Membuatnya:
Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
Curahkan sup
Taburkan bawang goreng dan daun
Letakkan pegedil dan sambal kicap
Perahkan sedikit limau nipis ( jika suka )


CREAM PUFF ( CUSTARD PUFF )
Azah Wan Ali

1 cawan air
?cawan butter
1 cawan tepung gandum
4 biji telur

Oven : 180?

Satukan butter dan air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata dengan api kecil.
Apabila tepung menjadi kental dan sebati padamkan api.
Masukkan telur dan kacau lagi sehingga adunan sebati.
Ambil 1 sudu makan adunan dan letakan ke atas dulang pembakar yang
telah sapukan dengan butter. ( Boleh juga gunakan piping bag )
Jarakkan sedikit kerana adunan akan kembang bila di bakar.
Buat sehingga adunan habis. Bakar sehingga kuning.
Angkat dan sejukan.
Isikan dengan inti kastad.

Inti Kastad
Bahan-Bahannya:
1/3 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
2 cawan fresh susu
2 biji merah telor - pukul dengan garfu
2 sudu besar butter - salted
2 sudu kecil essence of vanilla

Cara Membuatnya
Satukan gula, kastad dan susu kemudian kacau di atas api sehingga
mendidih dan pekat. Masukkan merah telor, vanilla dan butter.
Kacau sehingga sebati. Sejukan, kemudian isi ke dalam puff.


TART NANAS
Norzuraida binti Hassan

Bahan-Bahannya
1kg tepung gandum ( diayak )
2 buku setengah buttercup ( dikeluarkan dari fridge - lembut macam
marjerin tu )
Jem selalunye yang saya buat sendiri.

Cara Membuatnya:
Masukkan sedikit demi sedikit buttercup yang telah dilembutkan
sehingga habis. selalunya saya buat sampai 2 buku suku aje. Tak
sampai pon 2 buku setengah. Terpulang ler. bergantung kepada tepung
tu. Kalau dah lembut, canaikan ajelah dgn acuan tart.


CREAM PUFF
Nur Azila

Bahan-Bahan pastri
1 cawan air
?cawan mentega/marjerin
?sudu teh garam
1 cawan tepung gandum yang telah diayak
4 butir telur

Cara Membuatnya
Panaskan air, mentega/marjerin dan garam sehingga mendidih /
menggelegak ( rolling boil ) dalam periuk yang dalam.
Masukkan tepung sekaligus. Kacau dengan pantas dengan senduk kayu
sehingga adunan membentuk "bebola" yang pekat dan licin serta
terpisah dari tepi periuk ( tempoh masa : lebih-kurang 1 minit ).
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan telur satu persatu & pukul rata selepas setiap butir telur
dimasukkan. Ulangi sehingga kesemua telur telah dimasukkan dan
adunan menjadi rata dan berkilat ( pastri akan berderai sedikit setiap
kali selepas dimasukkan telur, tetapi akan bersatu semula setelah
dipukul berterusan ).
Bentukkan dengan sudu teh/beg aising ( pastri akan mengembang
sebesar kira-kira 3 kali ganda, jadi jarakkan sewajarnya ).
Bakar dalam ketuhar panas ( 400 darjah Farenheit ) selama 40 minit
atau sehingga kembang dan keemasan.
Keluarkan ke atas redai kek dan biarkan sejuk.
Apabila telah sejuk (pastri & inti), belah pastri dengan pisau dan
isikan dengan inti.
Siap untuk dimakan.

Bahan-bahan inti (Vanilla Custard Cream)
?cawan tepung gandum yang telah diayak
1 cawan gula
3 cawan susu
6 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya
Gaul rata tepung gandum dan gula dalam periuk saiz sederhana.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih sambil dikacau sentiasa.
Apabila telah mendidih, kecilkan api dan masak lagi ( terus dikacau )
selama 2 - 3 minit lagi atau sehingga adunan susu ini telah pekat
sedikit.
Padam api & alihkan periuk berisi adunan susu ini ke tempat yang
tidak panas ( kira "remove from heat" ).
Pukul kuning telur sedikit dalam mangkuk adunan. Masukkan 1 cawan
adunan susu tadi sambil dikacau sehingga sebati.
Masukkan adunan kuning telur ini ke dalam baki adunan susu dan
masak atas api sederhana selama 1 minit ( terus dikacau ).
Padam api dan alihkan periuk berisi inti ini ke tempat yang tidak
panas.
Masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
Letakkan sekeping kertas kalis minyak terus ke atas permukaan inti
( untuk mengelakkan terbentuknya kerak pada permukaan inti ) dan
dinginkan selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.


BAHAN DRESSING SALAD
Ijan Fariz

1 Botol Jeruk Halia/ Pickle -boleh beli siap kat supermarket
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil lada sulah

Cara Membuatnya:
Campurkan kesemua bahan dalam blender.
Kemudian blend hingga halus.

Sayuran Salad:
Green Leaf Lettuce- diracik kasar
Baby Carrot-dimayang memanjang
Kobis purple-dimayang halus

Bolehlah tuang dressing salad diatas sayuran salad...

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Comment (1)  

TUTI FRUITI ROLL

 
Bahan-bahannya
100 gram mentega cair
100 gram fruit cocktail, toskan airnya
80 gram tepung gandum
80 gram gula kaster
20 gram tepung susu
9 biji kuning telur
3 biji putih telur
1 sudu teh ovalette
sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh rempah kuih
1 sudu teh pewarna merah
 
Cara-caranya
1.  Pukul telur, gula, tepung, ovalette dan serbuk penaik hingga pekat.
2.  Masukkan mentega cair, gaul rata-rata serta warnakan merah.
3.  Tabur fruit cocktail dalam adunan.
4.  Sediakan loyang 11 x 11 x 1 inci tuangkan adunan dan bakar sampai masak.
5.  Sejukkan dulu baru digulung dengan krim mentega dan simpan dalam peti sejuk.
 
Sumber: Sharifah Nor
 

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

AYAM JAGUNG MANIS

 
 
Bahan-bahannya
4 ketul peha ayam
75 gram mentega
garam dan serbuk lada sulah
sebiji lemon, potong menjadi lapan hiris
daun pasli untuk hiasan
 
Bahan untuk Sos
25 gram mentega
1 biji bawang besar, dicincang
1 tin jagung manis, toskan
25 gram tepung
300 gram susu sejat
garam dan lada sulah secukup rasa
 
Cara-caranya
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2.  Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit. 
3.  Susun diatas pinggan dan tuang sos keatasnya.  Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.
 
Cara untuk Sos
1.  Cairkan mentega dang oreng bawang cincang sehingga lembut.  Masukkan jagung manis dan tepung.
2.  Kacau perlahan-lahan dan padamkan api.  Masukkan susu sejat.
3.  Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat.  Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
 

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

AYAM DOPIAZA

 
 
 
Bahan-bahannya
3 ketul peha ayam
2 sudu besar ghee
2 sudu besar mentega
300 gram bawang merah, dicincang halus
400 gram tomato, dicincang halus
3 sudu teh serbuk cili
sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 1/2 sudu besar halia, diparut halus
1 1/2 sudu besar bawang putih, diparut halus
150 ml susu sejat**
3 sudu besar jus lemon**
garam secukup rasa
3 tangkai daun bawang, dipotong selebar 3 sm
 
** susu sejat dan jus lemon dicampurkan untuk dijadikan dadih
 
Cara-caranya
1.  Cairkan ghee dan mentega didalam periuk.  Masukkan bawang dan goreng hingga kuning.
2.  Masukkan tomato, halia dan bawang putih.  Kemudian masukkan pula serbuk cili, kunyit dan ketumbar.  Gaulkan hingga rata.
3.  Tambahkan paha ayam dan masak diatas api sederhana hingga daging masak dan empuk.
4.  Perlahankan api dan masukkan dadih dan garam secukup rasa.  Kacau-kacaukan selama 3 minit.  Sedia untuk dihidangkan.

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

Taufu Fa

 
 
Bahan-bahannya
300 gm soy beans - cuci, kosek sampai air clear...rendam semalaman dalam bekas bertutup
2 liter air
1 tsp sekko powder (boleh dibeli di Chinese medical hall)
2 sd besar tepung jagung
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul carik
 
AIR GULA
1 cawan gula
2 cawan air
simpulan daun pandan
sehiris halia (optional)
 
Cara membuat Taufu Fa
Kisar kacang soya bersama air (3 kali kisar) Perah ambil pati yang pertama sahaja. Tapis dengan kain supaya tak berkeladak...Boil bersama daun pandan dan kacau supaya tak meruap. sementara itu campurkan tepung jagung, sekko dan air kacau rata...Tuang soya bean yang sedang mendidih dalam satu bekas seeloknya periuk nasi...tuang dari atas dgn pantas campuran tepung jagung rata2 - tak perlu kacau dan tutup-alas penutup periuk dgn kain jika perlu. Biarkan beku..(boleh lihat air akan terapung diatasnya macam agar2 setelah tauhu set). Buang lebihan air sewaktu hendak skup (gunakan sudip atau senduk nipis).
 
Cara membuat Air Gula
Boil till thick
 
Sumbangan: Fiza

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

dadih

6 kg air
22g agar2
700g gula
1250g susu tepung
3 sudu tepung ubi (bancuh dengan sikit air)

1) Masak agar2 dengan air atas api sederhana sampai
didih.
2) Masukkan gula dan masak sampai hancur.
3) Masukkan tepung ubi + air tadi . Sebatikan. Tutup
api.
4) Biarkan sampai agak suam, baru masukkan susu tepung
sambil dikacau.
5) Tuang dalam bekas dan biar beku.

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

CHOCOLATE COATED CAKE

 
 
Bahan-bahannya
 
Sediakan kek span coklat bulat berukuran 9"
(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
 
(A)
300 krim mentega (sila rujuk kepada resipi membuat krim mentega)
1 1/2 sudu besar pes coklat
 
(B)
450 gram coklat masak
150 ml minyak
 
Cara-caranya
1.  Potong kek span kepada 3 lapisan mendatar.
2.  Adun (A) sehingga sebati.
3.  Tangkup lapisan-lapisan kek dengan adunan krim coklat mentega (A).
4.  Sapukan keseluruhan kek dengan lapisan nipis krim coklat mentega dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras.
5.  Cairkan coklat masak yang dikacau dalam minyak dan campurkan sehingga lebih cair.
6.  Keluarkan kek dari peti sejuk.  Tuang (B) ke atas kek dan sapu rata.  Biarkan sejuk.  Ketepikan sebentar.
7.  Hiasi dengan krim bentuk mawar dan tabur sedikit chocolate rice dan garisan ganache.  Tabur juga serbuk koko ke atas permukaan sebagaimana ditunjuk dalam gambar.  Siap dihidang.
 
 

Posted at Tuesday, July 05, 2005 by nurdia
Make a comment  

Monday, July 04, 2005
KEK LAPIS AISKRIM COKLAT KELAPA

 
 
Bahan-bahannya
32 biji kuning telur
300 gram gula kaster
40 gram tepung aiskrim vanilla
150 gram kelapa tin
1 sudu besar ovalette
4 biji putih telur
500 gram mentega
150 gram chocolate rice
100 gram tepung softasilk
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning dan coklat
 
Cara-caranya
1.  Telur dan gula dipukul hingga kembang dan masukkan ovalette.
2.  Didalam bekas lain pukul mentega sampai kembang.
3.  Masukkan tepung serta esen vanilla kedalam adunan telur dan kacau rata.
4.  Akhir sekali masukkan mentega kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 bahagian satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu lagi coklat.
5.  Dengan menggunakan grill bakar 1 senduk adunan bewarna kuning,  taburkan chocolate rice apabila masak ratakan pula adunan berwarna coklat taburkan kelapa seterusnya buat lapisan sehingga habis.
 

Posted at Monday, July 04, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed