<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Monday, June 27, 2005
PUDDING ROTI KUKUS

 
 
Bahan-bahannya
1 1/2 bantal roti Gardenia
1 tin susu cair
6 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 cawan gula digoreng (buat gula hangus dengan api kecil)
1 sudu teh esen vanilla
segenggam kismis
segenggam kacang hirisan kacang badam, digoreng
 
Cara-caranya
Sapu loyang dengan sedikit mentega.  Gula yang telah dihanguskan, dituang dalam loyang.  Roti direndam dengan air panas dan kemudian ditoskan.  Pukul telur dengan 1 cawan gula, masukkan susu cair dan esen vanilla.  Masukkan roti yang telah ditoskan tadi.  Biarkan ia serap seketika.  Susun roti dalam loyang yang telah dituang gula hangus tadi diselang seli dengan kismis dan kacang badam.  Kukus roti selama 15 - 25 minit sehingga masak.  Hidangkan sejuk.

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Lepat Banjar dan Dendeng Serunding

LEPAT BANJAR
 
Bahan A
1 kg beras, cuci bersih dan toskan
3 liter santan dari 1 1/2 biji kelapa parut putih
3 helai daun pandan
garam secukup rasa
 
Bahan B
30 helai daun pisang, 26 cm x 30 cm, yang dilayukan
30 helai daun pandan, dikerat 8cm panjang
tali rafia
 
Cara-caranya
Campur semua Bahan A dan masak sehingga nasinya kering.  Bentangkan sehelai daun pisang isikan satu senduk nasi dan letakkan sehelai daun pandan ditengahnya.  Bungkus seperti membuat naga sari.  Buatlah sehingga habis  Ambil dua bungkus lepat dan ikat rapi dengan tali rafia.  Buat yang sama kepada bungkusan lepat yang lain sehingga habis.  Didihkan air dan rebuslah lepat yang berikat ini selama 4 jam.  Setelah masak, angkat dan toskan.  Enak dihidangkan dengan sambal goreng rendang dan sambal tumis.
 
Sumber: Zahrah Bte Hj Ahmad
 
 
DENDENG SERUNDING
 
Bahan-bahannya
1 kg daging lembu
1 biji kelapa partu putih
1/2 cawan air asam
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
 
(bahan dibawah dikisar halus)
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
10 batang lada kering
2 batang serai
1 jari lengkuas
250 gram gula melaka
 
Cara-caranya
Daging dihiris tipis dan lepar kemudian diketuk-ketuk.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar sehingga wangi.  Masukkan daging, air asam, gula Melaka dan sedikit garam.  Masaklah sehingga rempahnya kering dan dagingnya empuk.  Masukkan pula kelapa parut dan gorenglah sehingga kekuning-kuningan.  Enak dimakan dengan lontong, ketupat, lepat, nasi atau roti.
 
Sumber: Zahrah Bte Hj Ahmad
 

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

ACAR LIMAU

 
 
Bahan-bahannya
2 kg limau nipis
1/2 kg cili padi
500 gram halia, dihiris halus
500 gram bawang putih, dibelah 4
1 botol cuka
200 gram lada kering, dikisar kasar
1 1/2 kg gula pasir, jika hendak manis lebihkan
200 gram asam Jawa
 
200 gram jintan manis
200 gram jintan putih
(jintan manis dan putih disanggar dan dikisar)
 
40 gram halba
50 gram biji sawi
(halba dan biji sawi dikisar)
 
500 gram kismis, 1/2 bahagian dikisar
1 liter minyak
garam secukup rasa
 
Cara-caranya
Limau nipis dicuci bersih dan dimasukkan kedalam air yang mendidih selama 5 minit.  Toskan dan belah 4 jangan putus.  Masukkan garam dicelah-celah isi limau.  Atur didalam pasu dan perap selama 3 atau 4 hari.  Setelah itu dijemur setiap hari dengan pasunya sekali, selama 26 hari dibawah mata hari.  Cili padi, halia dan bawang putih diperap dengan 1 botol cuka selama seminggu, kemudian ditapis.  Air cukanya jangan dibuang.  Panaskan minyak dalam kuali.  Gaul rata kismis kisar, jintan manis serta jintan putih, lalu ditumis selama 5 minit.  Sementara itu ramas asam jawa dengan perapan air cuka serta 1 cawan air.  Tapis.  Masukkan air asam ini kedalam rempah yang ditumis dan masaklah selama 20 minit.  Setelah itu masukkan halia, bawang putih dan cili padi.  Masak lagi selama 10 minit dan masukkan gula. Kacau rata.  Masukkan limau, yang telah diperap selama sebulan, bersama-sama baki kismis dan kacau rata.  Akhir sekali masukkan halba dan biji sawi dan kacau lagi sehingga rata.  Matikan api.  Apabila ia benar-benar sejuk, baru boleh dimasukkan kedalam botol dan disimpan.
 
Panduan
Limaunya hendalah diperap lebih awal.  Setelah 23 hari limau diperap, baurlah diperap pula halia, cili padi dan bawang putih dengan 1 botol cuka.  Dua perkara ini perulu dilakukan dahulu, sebelum acarnya dimasak.
 
Sumber: Hajah Azarah Abdul Majid

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

acar ikan kering

Ni ada resepi acar ikan kering... sedap tau...

 Oleh :Ramly, Sazlyna [sramly@kpmg.com.my]

 

Bahan-bahannye :

1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam

biasa

RM 2 - cili padi

RM 2 - bawang kecil

RM 2 - bawang putih 

 

Rempah

2 gengam cili kering    }

2 inci Halia            }     diblendkan

2 inci kunyit hidup     }

4 biji bawang besar     }

Daun kari (4 tangkai  diambil daunnya)

RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunkan ketumbar biji,

gorengkan dulu dan blend halus.

1 botol Cuka

Gula

 

Cara-cara nye :

1.    Tumis kan daun kari sehingga wangi. 

2.    Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak.  Masukkan gula

(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.

3.    Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih.  Masukkan isi ikan

/ cili padi / bawang kecik dan putih. 

4.    Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

 

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan.  Sedap

dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu.  Makan dengan nasi

panas .......

 



Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

biskut kelapa

Biskut Kelapa Macaroons
 
250g kelapa parut -tin
130g tepung kek
20g tepung jagung
10 biji putih telur
300g gula
1/2 camca kecil soa bikarbonat
esen vanilla
 
Cara:  ayak tepung kek, tpg jagung bersama bikatbonat.  Pukul putih telur dan gula hingga menjadi krim putar [meringue].  Kemudian campurkan vanilla, kelapa parut dan tepung.  Kacau sebati.  masuk adunan dlm acuan dan tekap mengikut bentuk kesukaan.  Bakar hingga kekuningan.  Boleh di hias dgn ceri sekiranya suka.
 
Biskut Kelapa Impian
 
Bahan A
500 gula halus
200ml putih telur
1 sb esen kelapa
 
Bahan B
150g kelapa kering
50g tepung gandum
gula aising
 
Cara: Pukul bahan A hingga kembang.  Masukkan esen kelapa. Ayak tepung dan campurkan dgn kelapa kering.  Akhir sekali masukkan campuran tepung ke dlm bahan A.  Paipkan bentuk bunga dan ayaq aising ke atasnya.  Bakar dgn suhu 180C selama 15 min.

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Black Pepper Steak

 

Bahan-bahan:

1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
 

  1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam
  3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam
  4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
  5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
  6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa
  7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi
  8. Siap untuk dihidang.

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Asam Pedas Tumis (Melaka)

 

Bahan-bahan:

ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih 

sebesar ibu jari kaki belacan 

kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 

air asam jawa 

cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 

2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 

sedikit halba 

sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 

garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
 

  1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat
  2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga
  3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
  4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
  5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
  6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
  7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
  8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
  9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah
  10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus
  11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa


Tips : 

Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...




Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Toasted Almond Cheesecake

Crust:

3/4 cup graham cracker crumbs

1/2 cup slivered almonds, toasted & chop fine

1/4 cup brown sugar, firmly packed

1/4 cup unsalted butter, melted

 Filling:

24 ounces cream cheese, softened

14 oz can condensed milk

3 eggs

1 tsp. almond extract

 

Almond Topping:

1/2 cup sliced almonds, toasted

Preheat oven to 425.

Combine graham crumbs, nuts, sugar, and butter, press firmly on

bottom of 9-inch springform pan.

In a large mixer bowl, beat cream cheese until fluffy. Gradually beat in condensed milk until smooth. Add eggs and extract. Pour into pan. Bake at 325 for one hour. Turn off oven and leave inside for 1 hour. Do not open oven door!!Top with toasted almonds and chill overnight.



Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Puding Jagong Mudah.


1 tin jagung cream
4 tin santan
1 tin tepung kastard
1 tin gula pasir.
sedikit garam
sedikit perisa jagung.

Cara:
1. Blend gula pasir, tepung dan santan hingga sebati.
2.Masukkan jagung cream dan blend lagi. Supaya bila potong nanti taklah terkeluar jagung seketul - seketul.
3.Masak semua atas api yg sederhana dan kacau selalu.
4. Bila dah pekat dan dah meletup - letup kastard, tutup api.
5. Tuangkan separuh adunan dalam loyang dan ratakan.
6. Lagi separuh masukkan coffee paste atau 1 camt. nescafe bancuh dengan 1 sm air panas.
7. Tuangkan atas lapisan kuning dan ratakan.
8. Sejukkan dalam fridge dan siap untuk dimakan.


Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Biskut Samperit



Biskut samperit byk yang dah dimodenkan dgn hiasan coklat, garisan zig zag dari coklat putih, ceri dan sebagainya...ada juga biskut samperit yg di tambah dgn perisa kopi dan keju..berikut adalah basic biskut samperit
 
300g Butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
120g tepung gandum
2 biji kuning telur
 
Hiasan:  ikut suka dan kehendak masing2.  Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...
 
Cara: Pukul buter, gula aising hingga kembang. masukkan kuning telur, kacau seati.  masukkan semua jenis tepung. gaul dan uli sebati.  Terap atas loyang.  Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.  Bakar 150C selama 20 min.  Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk. 

Posted at Monday, June 27, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed