<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Saturday, June 25, 2005
KUIH LOBAK PUTIH GORENG BERPERISA UDANG KERING

 
 
Bahan2 A
350g tepung beras
100g kanji gandum [tung meen kalau ikut kata Rashidah]
50g tepung jagun
60g air
 
Bahan B
160g udang kering
160g lobak putih - sagat
1200g air
30g gula
40g minyak masak
5g minyak bijan
Garam & ajinomoto secukup rasa
 
Cara menyediakan:
* Satukan bahan2 A sehingga sebati dan ketepikan.  Lobak putih dibuang kulit, di sagat.
udang kering dierendah dan dibersihkan, cincang halus. Cendawan hitam rebus, cincang halus.  Panaskan minyak dan masukkan udang kering dan cendawan hitam. kacau seketika dan masukkan lobak putih.  masukkan air dan bahan2 perisa.  Kacau dan biarkan hingga mendidih kemudian padamkan api.  Campurkan bahan2 A dengan Bahan2 B yg dimasak tadi.  Kacau hingga sebati sebelum dituang ke dalam loyang dan kukus 45minit.  Bila masak, biarkan sejuk sebelum dipotong bentuk empat segi.  Panaskan sedikit minyak di dlm kuali leper dan goreng sehingga luaran garing.  hidang panas panas.
 
**  Cara goreng di atas - hidangan bersama Dim Sum.
**  Yang kawan saya buat - selepas potong empat segi - goreng bersama rencah2 goreng mee/kueh tiaw...letak isi ayam sebagai perencah...sedap...kawan saya buat berniaga...dia tka letak cendawan pun..plain saja....
 

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Ikan Bakar Bersambal



Ikan Pari/Siakap - siang, bersihkan
Daun pisang secukupnya

Bahan Sambal

1 Mangkuk cina lada kering
11/2 biji bawang besar
8 biji bawang putih
gula 3-4 sudu besar
air asam jawa - secukup rasa
garam & ajinomoto
3 batang serai - titik

Cara :  Kisar lada kering, bawang besar & putih hingga lumat.  Panaskan kuali, tumis hingga garing..masukkan serai..sementara nak garing, boleh masukkan gula, garam & ajinomoto.  Kemudian masukkan air asam.  Siap, masukkan dlm mangkuk. Bersihkan kuali dan alas kuali dgn daun pisang. Make sure daun tak berlubang...boleh lapis dua.  letakkan sambal, ratakan, letak ikan, dan letakkan lebihan sambal tadi atas ikan....masak dgn api sederhana.....
Jangan bungkus..biarkan terdedah....nanti byk asap....balik2kan ikan..dan bakar hingga rencah sambal tadi agak garing sebelah bawah....baru ngam rasa ikan bakar....hidang dgn limau kasturi...panas..panas.....

p/s :  boleh pakai aluminium foil kalau tak ada daun pisang...




Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Szechuan Tahu dan Taucho Hitam

       Bahan-bahannya:

        4 keping tahu

        200 gm daging cincang

        1 sudu besar bawang putih

        1 sudu kecil halia

        2 sudu kecil tepung jagung

        2 sudu besar sayur leek

        1 sudu besar taucho hitam

        2 biji lada merah

        Minyak Sawit Seri Murni

        2 sudu besar lada hitam szechuan

        Sos:

        2 cawan stok daging

        2 sudu besar soy sauce

        1 sudu kecil gula

        1 sudu besar taucho dihancurkan

         

        Cara-caranya:

         

          Potong tahu anggaran 2cm.

          Ketepikan.

          Lada merah dibuang biji dan potong dadu. Taucho hitam dicincang halus.

          Satukan bahan-bahan sos hingga rata. Ketepikan.

           

Panaskan minyak Sawit Seri Murni masukkan bawang putih, halia dan lada hitam Szechuan tumis hingga bangkit baunya.

Masukkan daging cincang dan taucho hitam kacau hingga rata.

Bila daging telah masak, masukkan tahu yang dipotong perlahan-lahan  supaya tidak pecah.

Masukkan bahan-bahan sos, kacau perlahan-lahan. 

Masak selama 10 15 minit baru masukkan tepung jagung yang bercampur air dan cili merah. 

Hidangkan.

           


Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Ayam Masak Faiz

Yg bagusnya resepi ni tak pakai santan (additional cost & kolesterol!) dan very simple. 
 
 
Bahan2
1 ekor ayam (sedang saiznya) - potong kecil sikit
1 1/2 peket kecil rempah kurma
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu gulai cili kering yg sudah dimesin
1 inci halia - mesin
Serbuk kunyit, cili, halia dan rempah kurma dicampur dengan air secukupnya untuk dijadikan pes
2 labu bawang besar - potong bulat
3-4 ulas bawang puteh - hiris
4 batang cili hijau - belah dua
3 biji tomato - belah 4
8 biji cili akar/cili api - biarkan sebiji sebiji
serba sedikit rempah tumis
sedikit air
garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
 
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah tumis.  Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.  Kacau sampai wangi dan bawang besar jadi layu.
Masukkan pes rempah dan gaul rata-rata.  Kalau perlu, masukkan sedikit air supaya bahan tidak bergumpal pada sudip.  Biarkan sampai naik minyak.
Masukkan ayam dan gaul hingga daging ayam bertukar warna.  Boleh masukkan sedikit lagi air untuk mengempukkan ayam.  Balik-balikkan dan tutup kuali supaya ayam cepat empuk.
Bila sudah hampir masak, masukkan cili hijau, cili api dan tomato.  Rasalah garamnya.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Sesuai dimakan dengan nasi, roti putih atau roti canai.
Cubalah...
 

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

FETTUCCINE ALFREDO

 
 
Bahan-bahannya
1 paket pasta fettuccine
3 pint heavy whipping cream
1 cawan cheese romano, diparut
4 sudu besar mentega
secubit serbuk buah pala
serbuk lada hitam secukup rasa
 
Cara-caranya
1.  Masak pasta mengikut cara yang ada dipackagingnya.  Toskan dan lumur dengan 1 sudu besar mentega, tutup dan ketepikan.  Tutup tu supaya pasta tak kering.
2.  Panaskan kuali dengan api kecil, panaskan heavy whipping cream dan mentega, dikacau selalu.  Bila krim mendidih sikit masukkan sedikit demi sedikit cheese, kacau jadi cheese dan sos bergaul rata.  Sos akan menjadi pekat dan sudah sedia bila sos menyaluti belakang sudu kira untuk kita test ni.
3.  Masukkan serbuk buah pala dan juga serbuk lada hitam dan tuangkan atas pasta sudah sedia untuk dihidang. 
 
NOTA:  Boleh juga letak bahan-bahan lain seperti lada benggala yang dicincang, hirisan daging ayam, hirisan cendawan shitake atau jika inginkan perasa bawang putih tumis bawang putih bersama minyak zaitun kemudian baru masukkan heavy whipping cream, mentega dan seterusnya. 
 

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

NASI GORENG TANPA PERENCAH

 
Hidangan untuk 4-6 orang
 
Bahan-bahannya
4 mangkuk nasi putih
15 batang cili padi merah thai, dipotong bulat
2 biji bawang besar, dipotong dadu
10 ekor udang, dikupas kulitnya dan dipotong lebar 1cm
1 biji kentang, dipotong dadu
1 batang karot, dipotong dadu
2 biji telur
senggengam ikan bilis, digoreng dan dikisar kasar
4 sudu makan kicap lemak manis cap Kipas Udang
garam dan serbuk perasa, secukup rasa
 
Cara-caranya
1.  Panaskan sedikit minyak.  Masukkan telur dan goreng scramble, jangan terlalu masak nanti kering tak sedap.  Angkat dan ketepikan.
2.  Kemudian goreng kentang yang telah didadu.  Angkat, toskan ketepikan.  Goreng pula karot, jangan terlalu lama nanti hilang manisnya.  Angkat, toskan dan ketepikan.  Goreng pula udang, sekejap je jangan lama-lama nanti liat tak sedap.  Angkat, toskan dan ketepikan. 
3.  Tumis lada padi merah thai dan masukkan bawang.  Goreng hingga naik bau kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.  Masukkan nasi gaul rata.  Tuangkan kicap diatas nasi dan juga ikan bilis kisar dan gaul hingga sebati. 
4.  Angkat dan hidangkan bersama keropok goreng. 
 
Nota: Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi.
 

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

laksa sarawak

Utk kuah:

50gm cili kering
2cm halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 camt jintan putih
1 camt ketumbar
5 camb minyak utk menumis

Cara2nya:
1. Semua bahan kuah di-kisar halus sebelum di-tumis dgn minyak & biarkan
hingga
pecah minyak.
2. Mskkan ayam & air secukupnya & rebus hingga empuk (udang di-campurkan
sekali)
kemudian keluarkan ayam & udang.
3. Isi ayam di-carik2 halus, udang di-buang kulitnya. Tapis air rebusan ayam
& buang hampas rempahnya.
4. Mskkan santan, biarkan mendidih. Mskkan garam & serbuk perasa, kacau
hingga sebati
& angkat.

P/s - Saya dah dpt pes sambal ni, kwn tlg belikan masa dia pi sarawak
tempohari.......
rencahnya 300gm p/pek..............
Bawang merah, bawang putih, buah keras, bijan, cili, garam, kacang,
lengkuas, minyak masak, rempah & serai.




Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Gula tarik / Gula Padi


bahannya:
1 cawan gula kabung/gula melaka/gula merah
2 cawan pati santan
sedikit kacang goreng tanpa minyak
bijan untuk ditabur

caranya:
campurkan gula dgn santan tadi dalam periuk. masak atas api yang kecil. sentiasa dikacau supaya tidak melekat. masak hingga pekat/bertali (bila ditarik tak putus macam dodol gitu). kalau nak keras boleh masak lama sikit. tuang kedalam loyang tin yang telah disapu minyak/mentega supaya tidak melekat. kemudian taburkan kacang goreng dan bijan diatasnya semasa panas. biarkan sejuk barulah boleh dipotong.
selamat mencuba....


Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Comments (2)  

IKAN PARI MASAK PECAL

 
 
Bahan-bahannya
300 gm ikan pari
4 ulas bawang merah
1 helai daun cekur
biji kelapa diambil pati santannya
anggaran 1 cawan
10-15 biji cili api (mengikut pedas yang disukai)
1 keping asam gelugur
1.2 sm belacan bakar
Sedikit ubi cekur
Garam serta serbuk perasa secukup rasa
 
Cara-caranya
Ikan pari dibersihkan dipotong besar-besar, dibasuh serta toskan airnya. Setelah itu dipanggang hingga masak. Cili api, bawang merah, ubi cekur dan belacan ditumbuk hingga lumat. Sesudah itu masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, daun cekur dan asam keping. Masaklah bahan-bahan ini sehingga mendidih, kemudian tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Bila telah pekat bolehlah diangkat dan tuangkan di atas ikan pari panggang tadi. Atau boleh juga masukkan ikan panggang ini ketika kuah santan sedang mendidih.

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Resipi-resipi Kek Coklat Moist

MOIST CHOCOLATE CAKE
Dari: shamalin1696@yahoo.com
 
Ingredients A:
6 oz mentega
12 oz gula kaster
3 biji telur (size A)
7 oz air sejuk
 
Ingredients B - sift together:
8 oz tepung serbaguna
2 1/4 oz serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
 
Ingredients C - stir together:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh Chocolate Emulco
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air panas
 
Method:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan dipukul setiap biji telur yang dimasukkan kedalam aduanan supaya sebati.
3. Masukkan Bahan C
4. Masukkan Bahan B diselang-seli dengan air sejuk, permulaan dan akhir dengan Bahan B iaitu bahan yang telah diayak.
5. Bakar pada suhu 170 darjah C.
 
 
KEK COKLAT MOIST
 
Bahan-bahannya
1 cawan mentega
1 3/4 cawan gula
3 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
 
Cara-caranya
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah C.  Sapukan mentega dan taburkan tepung kedalam loyang 9 x 13 inci.  Ayak tepung, koko dan baking soda bersama garam.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang.  Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla.  Masukkan bahan yang telah diayak diselang seli dengan susu segar, gaul sehingga rata.  Tuangkan aduanan kedalam loyang.
3.  Bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga lidi yang dicucuk keluar bersih.  Sejukkan sebelum menghidang.
 
Nota: Kek akan lebih sedap jika masukkan chocolate chips kedalam aduanan kek. 
 
 
CHOCOLATE OIL CAKE
 
Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
  
Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C.  Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko.  Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla.  Pukul menggunakan tangan sehingga sebati.  Tuang dalam acuan 9 x 13 inci dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
 
 
ALL-AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Sumber: Chef Wan
 
Cake
230 gram mentega tidak bergaram
300 gram gula kaster
2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan air panas
235 gram tepung kek atau tepung serbaguna
1 sudu besar baking powder
3/4 sudu teh garam
1/2 cawan kacang walnut, dicincang
 
Cara-caranya
1.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.  Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2.  Bancuh serbuk koko bersama air panas.  Dalam bekas yang berasingan ayak tepung, baking soda dan garam.  Masukkan air koko selang seli bersama tepung ke dalam adunan mentega dan masukkan juga kacang walnut dan gaul hingga sebati.
3.  Bakar dalam loyang kek 20cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih untuk 35 minit pada suhu 170 darjah C sehingga masak.  Biarkan semalaman untuk disejukkan.
 
Chcolate Ganache
150 gram bitter chocolate atau semisweet chocolate, dicincang
3 sudu besar heavy cream
3 sudu besar mentega tidak bergaram
 
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan didalam periuk dan cairkan menggunakan api sederhana.  Biarkan ia sejuk sebelum tuangkan diatas kek.

 
CHOCOLATE REHRUCKEN
Sumber: Chef Wan
 
Bahan-bahannya
150 gram mentega tidak bergaram
150 gram gula kaster
4 biji kuning telur
50 gram semisweet chocolate, dicairkan
60 gram badam, dikisar
5 biji putih telur
60 gram tepung serbaguna, diayak
5 gram baking powder
 
100 gram semisweet chocolate, dicincang dan dicairkan bersama 2 sudu besar air
2 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan hirisan badam yang telah dipanggang
 
Cara-caranya
1.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.  Masukkan kuning telur satu persatu diikuti dengan chocolate yang telah dicairkan dan badam kisar.  Gaul hingga sebati.
2.  Pukul putih telur sehingga putih dan kaku.
3.  Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan dan gaul rata.  Masukkan adunan putih telur dan gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan kedalam loyang roti standard dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah C.
4.  Biarkan kek sejuk sebelum sapukan dengan coklat cair.  Hiasi dengan serbuk koko yang diayak dan juga hirisan badam.

Posted at Saturday, June 25, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed