<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Thursday, June 23, 2005
rojak

ROJAK BANDUNG
 
Bahan-bahannya
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
 
Cara-caranya
Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.
 

Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

Roti yang mengguna mesin membuat roti (BREAD MACHINE).

WHOLE WHEAT RAISIN NUT CINNAMON BREAD
 
Bahan-bahannya
1 1/2 sudu teh yis
2 cawan tepung whole wheat
2 cawan tepung roti
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar gula
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar mentega
1 1/4 cawan + 2 sudu besar air suam
 
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang walnut, dicincang
 
Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan ini kedalam mesin membuat roti (BREAD MACHINE) kecuali kismis dan kacang walnut.  Sewaktu kali kedua menguli 5 minit sebelum ia berakhir masukkan kismis dan kacang walnut.
 
 
HONEY AND OATS BREAD
 
Bahan-bahannya
1 cawan susu segar
1 biji telur (besar)
3 sudu besar madu
2 sudu besar mentega
1 cawan rolled oats
2 3/4 cawan tepung roti
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh yis actif atau pun gunakan 1 paket yeast (11gm)
 
Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan dalam Bread Machine dan tekan butang LIGHT CRUST ataupun LIGHT BAKE
 
Nota: Kesemua bahan harus ada pada suhu bilik dan susu pula pada suhu (24 - 30 darjah C)
 
 
BANANA MACADAMIA NUT BREAD
 
Bahan-bahannya
2/3 cawan air suam
3/4 cawan pisang yang telah dilecek
2 sudu besar mentega, dilembutkan
1 biji telur
3 1/4 cawan tepung roti
3 sudu besar gula
1 1/4 sudu teh garam
2 3/4 sudu teh yis kering aktif
1/2 cawan kacang macadamia, dicincang
 
Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan kedalam bread machine.  Tekan butang SWEET BREAD dan LIGHT CRUST.  Masukkan kacang macadamia 5 minit pada waktu menguli yang kedua kali. 
 
 
 
CHEDDAR CHEESE BREAD
 
Bahan-bahannya
1 (11gm) paket yis kering aktif
3 cawan tepung roti
1/4 cawan tepung susu
1 sudu besar mentega, dilembutkan
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan keju cheddar, diparut
 
Cara-caranya
Kesemua bahan hendaklah pada suhu bilik kecuali air suam.  Masukkan kesemua bahan kedalam loyang bread machine dan tekan butang "WHITE BREAD" dan mulakan proses membuat roti.

Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

ikan kukus

IKAN KUKUS BEREMPAH

Sumber: Chef Wan

 

Bahan Bahan

1 ekor ikan siakap (digaul dengan sedikit garam)

125 ml minyak masak

air asam jawa

1 1/8 s/kecil garam

3 1/2 s/besar gula

2 s/besar kicap cair

1 s/kecil tepung jagung

(dibancuh dengan 3/4 s/besar air)

1 tangkai daun kesom

(lebih sedikit untuk hiasan)

1 s/besar hirisan bunga kantan

(lebih sedikit untuk hiasan)

 

Bahan Bahan A (dikisar halus)

20 tangkai cili kering

(direndam dan ditoskan)

20 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6 biji buah keras

1 cm kunyit hidup

1 cm lengkuas

2 batang serai

1 s/kecil belacan (dihancurkan)

 

Cara Menyediakannya

1. Griskan pinggan hidang kalis panas dengan sedikit minyak masak dan letakkan ikan diatasnya.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, tambahkan air asam, perasakan dengan garam, gula dan kicap cair, pekatkan dengan bancuhan tepung jagung, masukkan daun kesom dan bunga kantan, kacau rata dan tuangkan ke atas ikan. Kukus ikan selama 15-20 minit.

3. Hiaskan dengan daun kesom dan hirisan bunga kantan dan hidangkan panas.

 

 

BAWAL KUKUS BERSAMA SOS KICAP HALIA

 

Bahan-bahannya
600 gm bawal kecil
20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih 1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan

 

Cara-caranya
Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan. Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar. Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.

 

 

Ikan Kukus Ala Thai

 

Bahan-bahannya
1/2 kg ikan tenggiri (di potong kecil)
1 sudu besar nam pla
4 helai daun kesum (di cincang halus)
2 helai daun ketumbar (di cincang halus)
2 helai daun bawang (di cincang halus)
1 1/2 biji kelapa (Perahkan dua cawan santan pekat)

 

Bahan-bahan untuk di giling
6 tangkai cili kering
1 batang serai
6 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam

 

Cara membuatnya
1.Gaulkan ikan bersama nam pla,garam dan masukkan kedalam kaserol bersama 1 1/2 cawan santan dan bahan-bahan yang telah di giling dan masak pada suhu sederhana selama 30 minit.(pastikan untuk menggaulnya setiap 10 minit)
2.Kemudian lecek ikan dan masukan daun bawang,daun ketumbar dan gaulkannya.
3.Kukus ikan dengan menggunakan daun pisang berukuran 2cm x 2 cm dan masukan dua sudu besar ikan,satu sudu besar santan dan lipatkan dau pisang tadi.
4.Kukus ikan kedalam ketuhar selama 15 minit pada suhu yang sederhana.



Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

TALAM KELADI BERLAUK


Sumber: Saadiah Ahmad
 
Bahan-bahannya
160 g tepung beras
300 g keladi
750 ml santan yang sederhana pekatnya
40 g tepung kanji
1/2 sudu teh garam halus
200 g daging cincang, disanggar
3 sudu makan bawang goreng
1/2 cawan hirisan daun sup dan daun bawang
 
Bahan-bahan Taburan/Hiasan
Hirisan lada merah dan lada hijau
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
 
Cara-caranya
Kupas kulit keladi, cuci bersih, rebus sehingga empuk dan dilenyek sampai halus.  Kemudian gaulkan keladi dengan santan, tepung beras, tepung kanji dan kacau sehingga rata, lalu ditapis.  Masukkan sedikit garam, daging sanggar, hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.  Kacau diatas api yang sederhana sehingga adunan menjadi pekat.  Setelah itu tuangkan adunan pekat ini kedalam loyang, ratakan dan kukus sehingga masak.  Hiaslah dengan bahan taburan.  Biarkan sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.


Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

masak kerang....

RENDANG KERANG
 
Bahan-bahannya
3 kilo kerang hidup
1 batang serai
½ Inci lengkuas
½ Inci halia
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Satu mangkuk santan pekat
Sedikit kerisik
 
Cara-caranya
Rebus kerang terlebih dahulu.  Blender terlebih dahulu bawang merah/putih/halia/lengkuas/serai/cili padi dan cili kering.  Panaskan minyak tumislah bahan kisar itu tadi bersama daun limau purut.  Setelah nampak kering sedikit masukkan kerang yang telah dikupas.  Masukkan santan dan sedikit air. Agak-agak nampak kering masukkan kerisik/bahan perasa dan garam. Masaklah hingga kering.
 
 
RENDANG MASAK KERISIK
 
Bahan-bahannya
1 kg kerang (dicelur)
3 cawan pati santan
½ biji kelapa (dijadikan kerisik)
3 helai daun kunyit
Sedikit garam
 
Digiling:
10 biji cili kering
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas
5 ulas bawng merah
4 batang serai
 
Cara-caranya
Panaskan minyak, mesukkan isi kerang dan bahan giling. Kemudian tuangkan santan, kacau rata-rata masukkan kerisik dan garam. Bila hampir kering masukkan daun kunyit, biarkan sebentar bila betul-betul kering barulah angkat.
 
 
SATAY KERANG
 
Bahan-bahannya
1.2 kg kerang
1 batang serai
300 gm kacang jawa
2 sudu makan cili boh
1 genggam bawang merah
1 keping gula melaka
3 hiris lengkuas
2 ulas bawang putih
Garam dan ajinomoto
2 senduk minyak kelapa
Sedikit kunyit serbuk
1 genggam lidi untuk penyucuk
 
Cara-caranya
Kerang dibersihkan kemudian direbus dengan sedikit air dan garam. Setelah itu kerang ditoskan dan ambil isinya sahaja. Lengkuas, bawang putih dan sedikit gula melaka ditumbuk lumat. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Setelah itu bahan yang telah digaul ini dicampurkan pula dengan isi kerang. Gaulkan biar kerang sebati dengan bahan itu. Biarkan sekejap. Kemudian ambilkan lidi dan cucukkan kerang itu dan bakar. Masukkan sedikit minyak di dalam satu bekas. Serai diketuk-ketukan dan celup dalam bekas minyak tadi. Kemudian renjiskan pada sate yang sedang dibakar. Bakarlah sehingga masak.
 
Cara membuat kuah:
Kacang jawa digoreng. Setelah itu buang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat. Bawang merah ditumbuk. masukkan minyak dalam periuk. Tumiskan cili boh dan bawang. Kemudian masukkan 1 mangkuk air, kacang jawa, gula melaka, ajinomoto dan garam. Masaklah sehingga kuah pekat dan berminyak-minyak. Setelah itu bolehlah angkat.
 

Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

Timbang Berat & Sukatan

Timbang Berat & Sukatan                   Huruf Singkatan              
 
1 Camca Teh
 
-
 
 
5 ml
                     
 
Kilogram
 
-
 
 
kg
                     
1 Camca Besar -   15 ml                       Gram -   g                    
1 Cawan -   250 ml                       Sentimeter -   sm                    
4 Cawan -   1 liter                       Camcateh -   cteh                    
1 Kati (16 tahil) -   600 g                       Camcabesar -   cbsr                    
3/4 kati (12 tahil) -   450 g                       Mililiter -   ml                      
1/2 kati (8 tahil) -   300 g                       Liter -   l                      
1/4 kati (4 tahil) -   150 g                                                    
1 lb (16 oz) -   450 g                                                    
3/4 lb (12 oz) -   340 g                                                    
1/2 lb (8 oz) -   230 g                                                    
1/4 lb (4 oz) -   120 g                                                    
2 oz -   60 g                            


Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

Keow Teow

Keow Teow Goreng Kerang
 
Bahan-bahannya
600 gm kue teow
500 gm kerang - dicelur dan buang kulitnya
 
200 gm taugeh
50 gm daun kucai - dipotong-potong
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
2 ulas bawang putih - diketuk
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cili merah )
Timun ) untuk hiasan
Tomato )
 
Cara membuatnya:
Pastikan kue teow dikirai terlebih dahulu agar tidak melekat antara satu sama lain.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Setelah naik baunya kerang, sos tiram, kicap pekat dan gula. Masukkan pula kerang, sos tiram, kicap pekat dan gula.
Kacau hingga sebati kemudian masukkan kue teow, taugeh dan daun kucai. Kacau lagi, setelah masak angkat. Hiaskan dengan hirisan cili merah, timun dan tomoto. Kemudian boleh dihidangkan. Enak dimakan ketika panas.
 
 
Kuetiau Goreng Istimewa
 
Bahan-bahannya
1 kg kuetiau
50 gm cili kisar
150 gm tauge
100 gm kucai
100 gm isi kerang
100 gm udang
100 gm isi ketam
2 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar bawang putih cincang
200 ml minyak
 
Cara-caranya 
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan udang, isi ketam, kacau rata dan biarkan hingga masak. Kemudian masukkan telur. Tambahkan cili giling, kacau sehingga naik baunya. Kemudian masukkan kuetiau, sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan sos ikan. Kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan isi kerang, tauge dan kucai, kacau untuk beberapa minit dan hidangkan.

Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

ALFREDO SAUCE


Alfredo sauce is known for it's creamy texture and mild delicious flavor.
     
Ingredients:
     2 cups Whipping Cream
     1 cup Parmesan Cheese, freshly grated
     4 Tbsp Butter
     Salt and Pepper to taste
     
Directions:
Over low heat, melt butter in a non-stick skillet. Stir in whipping
cream and blend well. Add parmesan cheese and stir until sauce
thickens. Do not boil. Thicken sauce with more cheese, or thin with
more cream. The alfredo sauce should generally be creamy.

Boil your favorite pasta and drain. Blend in enough sauce to make well
coated. You can also add your favorite seafood or combination of
seafood to create an excellent dish that will be well received.




Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

barbeque

Tips

1) Buat keputusan bahan-bahan barbeku hendak disediakan oleh tuan rumah ataupun kira “pot luck” dimana sesebuah keluarga atau seseorang diberi tugas untuk menyediakan keperluan untuk masakan tersebut. 

2) Keluarga Diana selalu mengambil cara yang kedua.  Ada juga undang-undang kalau buat “pot luck” dalam keluarga Diana kalau masakan yang dibawa paling tak sedap, ahli keluarga itu “dibanned” untuk menghadiri majlis barbeku seterusnya (1 kali sahaja sebagai denda).  Peraturan ini untuk memastikan orang-orang yang bawa makanan ni tak ambil sambil lewa untuk menyediakan juadah.  Dan juga kena buat sendiri tak boleh beli. Kalau beli dapat tahu pun kena “banned”.

3) Listkan menu untuk barbeku.  Apakah makanan yang hendak dibarbeku dan apakah lauk-pauk sampingan yang harus ada.

4) Kalau ada daging/ayam yang harus diperap dengan sos perapan, lebih sedap kalau diperap semalaman.  Lebihan sos marinate jangan dibuang boleh direnjis atas daging sewaktu barbeku.

5) Sediakan semua bahan yang hendak dibarbeku sebelum memulakan barbeku.

6) Jangan campurkan daging mentah yang belum dimasak dengan lauk-pauk yang telah dimasak (eg. Mee goreng).  Kena organize sikit.

7) Paling simple, mudah dan tidak membazir.  Gunakan pinggan kertas dan cawan plastik.  Kira dah pakai, buang.

8) Sediakan balang air yang besar.  Jadi tak payah buat air berkali-kali.  Selalu air yang keluarga Diana sediakan adalah sirap rose + sirap orange + ice cream soda = fruit punch. 

9) Juga tidak lupa Sos Cili Maggi Thai, Maggi Black Pepper Sos dan Sos Tomato untuk mencecah segala yang dibarbeku.

10) Majlis barbeku juga adalah sesuai untuk berinteraksi.  Jadi adakan permainan “games” elok untuk keluarga atau sahabat-handai yang hadir.  Jangan lupa sediakan hadiah kalau tidak hampa si kecik tu kalau menang.

 

Diana himpunkan resipi-resipi menarik untuk barbeku dan juga yang selalu disediakan untuk barbeku termasuk sos yang boleh digunakan untuk bahan perapan “marinate” daging.

 

* Daging Steak BBQ

* Rusuk Kambing dilumur rempah BBQ

* Udang Garlic Butter

* Ketam Garlic Butter

* Kepah Garlic Butter

* Drumstick/ Kepak Ayam BBQ

* Ikan Kembung Balut Daun Pisang BBQ

* Kebab

* Satay

* Jagung BBQ

* Kentang BBQ

* Coleslow

* Salad Buah

* Bee Hoon Kering

* Macaroni Goreng

* Mee Goreng

* Marshmallows (ini untuk budak-budak cucuk kat lidi panggang atas bara kasi lembik sikit lepas tu boleh dimakan)

* Agar-agar konyakku (pencuci mulut, Diana tak sertakan resipinya ikut peraturan seperti di kotak)

*  Cocktail Jelly

*  Kuih-Muih (biasanya seperti karipap, kek, jelly, pudding dan hasil creativity keluarga “pot luck” Diana – roti sardin pun ada)

 

 

SOS BBQ/REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”

 

SOS BBQ (Basic)

1 biji bawang, dicincang halus

2 sudu besar minyak sayuran

2 sudu besar cuka

2 sudu besar gula perang

4 sudu besar jus lemon

1 cawan sos tomato

3 sudu besar sos Worcestershire

½ sudu teh sos tobasco

garam secukup rasa

 

Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain.  Reneh sos selama 30 min.  Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus.  Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.

  

SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK

(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)

1/3 cawan soya sauce

1/3 cawan minyak sayuran

2 sudu besar madu

2 sudu besar halia, diparut halus

1 ulas bawang putih, dicincang halus

 

Campurkang kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

 

REMPAH RUB UNTUK RUSUK KAMBING

1 ¼ cawan gula

1 ¼ cawan gula perang

¼ cawan serbuk lada hitam

¼ cawan paprika

garam secukupnya

 

Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku.  Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku.  Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.

 

GARLIC BUTTER (sesuai untuk udang, kepah dan ketam)

1 cawan mentega

8 ulas bawang putih, dicincang halus

 

Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega.  Lumurkan 10 minit sebelum barbeku udang.  Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk mengekalkan rasa manisnya.

 

Untuk ketam lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit lada hitam atas ketam.  Fuhh sedap hingga menjilat jari. Kepah juga sesuai untuk dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku.

 

 

DRUMSTICK/ KEPAK AYAM BBQ

24 keping drumstick ayam

 

Bahan perapan

16 sudu besar sos tomato

16 sudu besar sos Worchestershire

9 sudu besar madu

250 gram gula perang

2 sudu the sos tobasco

garam dan lada hitam secukupnya

 

Atur drumstick ayam dalam bekas.  Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick.  Perap dalam peti sejuk selama 12 jam.  Kemudian boleh dibarbeku.

 

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.

 

 

IKAN KEMBUNG BALUT DAUN PISANG

Ikan kembung secukupnya

daun pisang (secukupnya)

10 helai daun limau purut dihiris halus

200 gram  cili hidup merah

100gr lada kering

2 labu bawang besar

3 labu bawang putih

2 inci halia muda

1 biji limau kasturi

kicap manis secukup rasa

garam

serbuk perasa

minyak untuk menumis secukupnya

 

Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.  Letak ikan diatas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.  Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.  Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.

 

 

KEBAB

2 cawan jus tomato

½ cawan mentega

¼ cawan bawang besar, dicincang halus

1/3 cawan sos tomato

1 sudu teh garam

½ sudu teh serbuk lada hitam

1 ulas bawang putih, dicincang

1 sudu besar sos Worchestershire

1 sudu teh sos tobasco (yang pedas tu)

2 pound daging lembu, potong dadu 1 inci

½ pound cendawan butang segar, buang batangnya

tomato ceri secukupnya

1 biji bawang besar, dibelah empat

1 biji capsicum hijau, potong 1 inci persegi

lidi satay secukupnya (sebaik-baik lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi tak mudah patah)

 

Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco.  Biarkan ia reneh selama 30 minit.  Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk.

 

Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air.  Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.

 

 

SATAY

 

Bahan A

1kg dating kambing/ peha ayam/ lembu

250 gram gula pasir

garam secukup rasa

lidi sate

 

Bahan A - Untuk dikisar

2 sudu makan ketumbar biji

1 sudu makan jintan putih

1 sudu makan jintan manis

sejari halia

sejari kunyit hidup

2 batang serai

4 biji bawang putih

 

Bahan B

1 biji buah keras, ditumbuk

1 sudu teh gula pasir

1 sudu makan air

1 sudu makan minyak makan

(kesemua bahan B ini dibancuh)

 

Bahan C - Kuah Sate

600 gram kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak

60 gram asam jawa

240 gram gula pasir

2 batang serai, dititik

sejari lengkuas, dititik

minyak untuk menumis

 

Bahan C - Untuk dikisar

30 batang lada kering

3 biji bawang besar

6 biji bawang putih

8 biji buah keras

sejari kunyit hidup

40 g belacan

 

Cara untuk Bahan A

Daging dicuci bersih dan ditoskan.  Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas dihiris jangan dicuci lagi.  Gaul hirisan daging in dengan Bahan A yang telah dikisar, gula dan garam sehingga rata.  Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap.  Barulah dicucuk dengan lidi.  Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara arang.  Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak.  Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

 

Cara untuk Bahan C - Kuah Sate

Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus.  Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.  Panaskan minyak.  Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya.  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.  Tuangkan air asam.  Kacau rata..  Masukkan pula gula pasir dan garam  Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhan.  Kuah sate ini perlu dikacau selalu, supaya dasarnya tidak hangus.  Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan.  Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.

 

 

RESIPI SAMPINGAN

 

JAGUNG BBQ

10 batang jagung

mentega secukupnya

garam dan gula secukupnya

sedikit air

aluminium foil

 

Sapukan mentega secukupnya pada jagung dan taburkan sedikit garam dan gula secukupnya.  Tuangkan satu sudu makan air dan balut dengan aluminium foil.  Kemudian boleh dibarbeku.

 

 

KENTANG BBQ

10 biji kentang (yang sedap kentang kulit merah)

sour cream

sedikit hirisan daun bawang

aluminium foil

 

Balutkan kentang dengan aluminium foil, kemudian barbeku.  Bila sudah masak buka aluminium foil belah memanjang dan melintang dan tekan gunakan jari tepi kentang.  Isi kentang akan terkeluar sedikit.  Tuangkan sedikit sour cream diatas kentang yang panas itu dan hirisan daun bawang.

 

 

COLESLOW

200 gm kobis manis, diracik

1 batang carrot kecil, diracik

1 cawan mayonis

2 s/b air cold water

1 s/k lada sulah

garam

 

Gaulkan kesemua bahan dan disimpan didalam peti sejuk. Hidangkan bila hendak dimakan.

 

 

SALAD BUAH

2 cawan epal - dikiub

1 camt jus lemon

1 cawan anggur hijau tanpa biji

1/2 cawan tembikai merah - dikiub

1 cawan tembikai susu - dikiub

1 camt jus oren

1 cawan krim putar

2 camb dadih

3 camb mayonis

¼ cawan gula kastor - lebihkan, jika suka

secubit garam

 

Campurkan epal dengan jus lemon. Gaul dengan semua buah-buahan lain. Dalam mangkuk kecil, satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga sebati. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.

 

 

JUADAH YANG DISEDIAKAN UNTUK MAJLIS BARBEKU

 

BEE HOON KERING

1 biji bawang besar

sedikit bawang putih

2 biji telur

1 batang lada merah

sedikit lobak merah

8 ekor udang

sedikit kobis panjang

mee hoon - dicelur

1 sdt kicap pekat

1 sdm kicap cair

1 sdm sos tiram

taugeh   

 

Panaskan minyak. Masukkan telur, bawang besar, bawang putih, lada merah dan lobak merah. Gaul sehingga rata. Masukkan udang, kubis panjang, mee hoon, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan taugeh. Gaul bahan-bahan ini sehingga rata.. Akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan dan digaul selama 5 hingga atau 10 minit. 

 

 

MAKARONI GORENG

500g makaroni (sudah direbus)

250g daging cincang

2 sudu besar gula madu

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap cair

½ sudu kecil serbuk lada putih

1 biji bawang besar dihiris

minyak secukupnya

garam secukup rasa

2 sudu besar mentega

1 sudu besar bawang putih dikisar

½ sudu kecil serbuk buah pala

daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)

100g udang

100g lobak merah dihiris

 

Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.  Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.  Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.  Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.  Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

 

 

MEE GORENG

500g mi kuning, cuci

250g taugeh

400g sawi

200g udang

150g sotong

4 sudu makan minyak tidak tepu

1 sudu makan kicap pekat

3 ulas bawang putih - dihiris halus

1 sudu teh garam

 

Bahan-bahan yang dikisar:

12 batang lada kering

4 batang lada merah

1 labu bawang besar

 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan terus tumis hingga naik baunya. Masukkan kicap dan dikacau rata. Masukkan sotong, udang dan tumis. Goreng selama 1 minit sebelum memasukkan sayur-sayuran. Masukkan mi dan goreng lagi selama 4 minit. Akhir sekali, masukkan taugeh dan gaul sebentar saja. Alihkan dari dapur dan hidangkan.

 

 

COCKTAIL JELLY

1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)

5 gelas air (saiz gelas yang sama)

I tin cocktail (asingkan isi dan air)

1 gelas air cocktail

3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)

1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)

 

Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais

 


Posted at Thursday, June 23, 2005 by nurdia
Make a comment  

Wednesday, June 22, 2005
ALMOND CORNFLAKES CRUNCH

 
 
Bahan-bahannya
 
(A)
130 gram mentega
145 gram gula
secubit garam
1/2 sudu teh glucose
 
(B)
1 biji telur
 
(C)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
 
(D)
50 gram cornflakes
70 gram badam, hiris
 
Untuk Hiasan
sedikit badam, dicincang
sedikit ceri hijau
 
Cara-caranya
1.  Pukul (A) sehingga lembut.  Masukkan (B).  Pukul sehingga licin.
2.  Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3.  Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata.
4.  Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebela.  Selaputkan dengan badam cincang.  Letakkan diatas dulang yang telah digris.  Hias atasnya dengan ceri hijau dan tekan sedikit.
5.  Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning keemasan.
 
Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk menggantikan badam cincang.



Posted at Wednesday, June 22, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed