<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Friday, June 17, 2005
rendang

Rendang yang biasa saya masak begini:
 
Sekilo Daging- potong kiub
[kalau daging batang pinang, tak perlu rebus dulu,
kalau daging blade atau topside, rebus dulu]
Air rebusan di simpan supaya manis daging tak hilang.
 
Bahan Kisar
 
2 biji bawang besar
8 biji bawang putih
3 inci halia
11/2 inci lengkuas
5 batang serai
2 biji buah keras
lada kering 1/2 mangkuk cina
20 batang cili padi - ikut suka pedas
3 sudu besar jintan halus - sangan/sangrai
3 sudu besar ketumbar biji - sangan
1 sudu besar jintan kasar - sangan
 
Bahan lain:
 
Kerisik dari 1 biji kelapa parut - goreng dgn minyak 1 senduk, lebih cepat.
santan pekat dari 1 biji kelapa
gula 4 sudu besar - ikut suka manis
garam & aji secukup rasa
daun limau purut 8-10 helai
daun kunyit 3-4 helai sederhana besar- potong halus
 
 
Cara :  Tumis semua bahan kisar hingga garing.  Masukkan daging bersama air rebusan [rebus hingga air tinggal sedikit]. masukkan santan, garam. gula, daun limau, daun kunyit, kerisik sekaligus.  Masak hingga likat pekat.
 
Cara #2:  Ada yang tak suka tumis.  Campurkan semua bahan dgn daging yg belum direbus.  Masukkan dlm kuali. Masak hingga pecah minyak dan kuah pekat.  Boleh juga.  Daun limau & kunyit masuk kemudian.
 
 
 
 

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

KASWI LAPIS SERIKAYA

 
Sumber: Hazizah Ghani
 
Bahan-bahannya
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung sagu
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air
 
Bahan-bahan untuk membuat serikaya
6 biji telur
2 1/2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa putih
2 sudu makan tepung beras
sedikir warna kuning dan vanilla
 
Cara-caranya
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan.  Masukkan sehelai dua daun pandan.  Masak hingga gulanya pekat.  Tapis dan sejukkan.
 
Campurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata.  Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi. 
 
Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak.  Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih.  Kemudian lapiskan dengan bahan serikaya dan kukus lagi sehingga serikayanya masak.
 
Peraturan membuat serikaya
Pukul gula dan telur.  Masukkan tepung beras lalu dikacau rata.  Kemudian masukkan santan, vanilla dan sedikit garam.  Kacau sehingga sebati, jarang atas dapur dan kacau hingga hangat.  Tuangkan keatas kaswi yang masih dalam kukusan dan kukus sekejap sehingga serikayanya masak.
 

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

ROTI JOHN KEJU

 
Sumber: Zahrah Ahmed
 
Bahan-bahannya
200gm daging cincang
200gm parutan keju Mozarella
3 biji roti perancis yang kecil
6 biji telur ayam
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1/2 biji kapsicum hijau, dipotong dadu
1/2 biji kapsicum merah, dipotong dadu
sedikit lada hitam dan garam
 
Cara-caranya
Daging cincang digoreng tanpa minyak dengan sedikit garam dan lada putih.  Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam, masukkan daging, bawang besar, kapsicum dan 150gm parutan keju.
 
Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak dikuali.  Setelah masak, taburkan lebihan keju diatasnya.
 
Sosnya
15 tangkai lada kering kisar
5 sudu makan tomato sos
sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
 
Cara-caranya
Campurkan semua bahan diatas dan masak sehingga mendidih di atas api.
 


Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

LOMPANG BERSAMBAL

 
Sumber: Aini Salim
 
Bahan-bahan membuat lompang
300 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1200 ml santan dari 1 biji kelapa
1 biji telur yang kecil
garam secukup rasa
sedikit warna kuning
 
Bahan-bahan membuat lauk
200 gm daging cincang
2 sudu makan rempah kari
sedikit minyak dan garam secukup rasa
 
*untuk dikisar halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
 
Bahan-bahan membuat sambal
6 tangkai lada merah
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
*bahan ini semua dikisar halus
 
1 sudu makan kicap
2 sudu teh cuka atau jus lemon
2 sudu makan air
sedikit gula pasir dan garam
 
Bahan-bahan untuk hiasan
daun sup dan daun bawang dirampai
bawang goreng
 
Cara-caranya
Sediakan lauknya dahulu.  Panaskan satu sudu makan minyak, goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk, setelah wangi masukkan rempah kari dan daging, masak sehingga kering.  Sejukkan dan ketepikan.
 
Gaul rata bahan-bahan membuat lompang - tapis dan kacau atas pai kecil sehingga naik wap seperti dadih.
 
Panaskan kukusan, aturkan acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak.  Tuangkan adunan kedalam acuan lompang tiga suku penuh, dan kukus selama 3-5 minit.  Letakkan diatasnya inti daging dan sambal.  Kukus lagi selama 8 - 10 minit.
 
Bila sudah masak, keluarkan dari kukusan.  Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.  Semasa menghidang, tabur sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.
 

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

TIMUN LAUT ISTIMEWA

 

 

Bahan-Bahannya:

500 gm timun laut - dibersihkan dan dipotong 2 cm tebal

300 gm ayam - dipotong kecil

10 ekor udang (saiz besar)

10 biji cendawan kering - direndam

150 gm lobak merah - dipotong bentuk bunga

50 gm kacang pea

3 sudu besar minyak

1 sudu besar bawang putih yang ditumbuk

2 hirisan halia

 

Bahan - Bahan A:

4 hirisan halia

2 pokok daun bawang - dipotong 6 cm setiap satu

500 ml air

 

Bahan - Bahan Perasa:

1 sudu besar kicap cair

sudu kecil kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil minyak bijan

sudu besar serbuk ayam

1 sudu kecil gula

300 ml air

 

1 sudu kecil tepung jagung } dicampurkan

2 sudu besar air }

 

Cara Memasak:

1. Masak timun laut dengan bahan bahan A, biarkan mendidih selama 10 minit. Setelah itu, asingkan timun laut dan buangkan air, halia dan daun bawang.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta halia sehingga wangi.

3. Masukkan cendawan dan ayam, goreng sehingga ayam bertukar warna. Tuangkan air, bahan bahan perasa dan masak selama 15 minit. Masukkan lobak merah.

4. Apabila ayam sudah empuk, masukkan timun laut, kacang pea kemudian udang. Pekatkan kuah dengan tepung jagung dan air.


Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

BANANA CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING

 
 
Bahan untuk Cake
225 gram mentega tidak bergaram
1 cawan gula kaster
2 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1/3 cawan yoghurt
1 sudu teh esen vanilla
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
 
Cara-caranya
1.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang.  Masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan pisang.  Masukkan yoghurt dan esen vanilla.  Gaul rata.  Ayak tepung, garam dan baking soda dan gaul adunan hingga sebati.
2.  Tuangkan adunan kedalam loyang 22cm yang telah disapu mentega dan disaluti tepung.  Bakar pada suhu 180 darjah C selama 50 minit.  Sejukkan.
 
Bahan untuk Banana Cream Cheese Frosting
340 gram krim keju, dilembutkan pada suhu bilik
1/4 cawan pisang, dilecek
1 cawan gula serbuk
1/2 cawan kacang walnut, dibakar dan dicincang
 
Cara-caranya
Pukul krim keju sehingga kembang sebelum masukkan bahan-bahan yang lain.  Letakkan frosting pada kek pisang yang telah sejuk.  Sedia untuk dihidang.
 
 
CARROT WALNUT CAKE WITH ORANGE FROSTING
 
Bahan untuk Cake
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
390 gram gula kaster
255 gram tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh serbuk penaik
455 gram lobak, diparut
75 gram kacang walnut, dicincang
 
Cara-caranya
1.  Pukul telur sehingga ringan dan kembang.  Kemudian masukkan minyak jagung.  Perlahankan kelajuan mesin pemutar dan masukkan gula.  Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi selama 3 - 4 minit sampai adunan double dari yg asal.
2.  Ayak tepung, garam, serbuk kayu manis, soda bikarbonat dan serbuk penaik.  Masukkan ke dalam adunan dan kacau satu hala bersama lobak dan kacang walnut.  Ratakan adunan.
3.  Tuangkan adunan kedalam loyang kek berukuran 25cm yang telah disapu dengan mentega dan disaluti tepung.  Bakar pada suhu 190 darjah C selama 50 minit.
 
Bahan untuk Orange Cream Cheese Frosting
220 gram krim keju
60 gram mentega tidak bergaram, dilembutkan
1 sudu teh esen vanilla
130 gram gula serbuk
1 biji oren, diparut kulitnya dan ambil jusnya
1 biji oren
, ambil jusnya dan dipanaskan sehingga menjadi 1 sudu teh
3 sudu besar pes oren
 
Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan mixer kelajuan perlahan masukkan krim keju sehingga kembang.  Masukkan mentega, esen vanilla, gula serbuk, parutan kulit oren, jus oren dan pes oren.  Jangan terlalu dipukul, cukup sekadar pukul hingga frosting rata, sebati dan boleh disapu atas kek.
2.  Sapukan adunan frosting diatas kek dan hiaskan dengan parutan carrot.
 
Nota:  Baking powder dan baking soda akan tidak berfungsi pada suhu 77 darjah C.  Aduanan di tepi loyang selalunya akan cepat panas, jadi kek span yang berat macam resipi ini akan menjadi tinggi ditengah.  Kalau mendapati frosting terlalu lembut, simpan didalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya ia kaku dan senang untuk disapu atas kek.
 
 
 

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

WARKAH CINTA

 
Sumber: Siti Mastura Alwi
 
Bahan-bahannya
220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1/2 sudu teh vanillin
1/4 sudu teh garam
220 gram gula halus
(bahan diatas digaul rata)
 
4 biji telur
400 ml santan dari satu biji kelapa parut putih
sedikit minyak
 
Cara-caranya
Pukul telur dan gula sehingga pekat.  Masukkan tepung dan santan berselang seli.  Kacau sehingga rata.  Jika adunan bergentel, tapis.  Panaskan acuan kuih gulung.  Acuan disapukan dengan sedikit minyak.  Tuangkan satu sudu besar adunan kedalam adunan dan bakar sehingga masak.  Apabila kuih kekuningan, angkat dan segera gulung atau lipat.  Simpan kuih yang telah siap digulung atau berlipat ini dibekas kedap udara.
 
Panduan - Jika hendak membuat Warkah Cinta Mangga, kurangkan santannya kepada 300 ml dan tambahkan 100 ml mangga puree dan 1 sudu teh esen mangga.  Semasa membuat adunannya, masukkan tepung, mangga puree dan santan, berselang seli.
 
 

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

Tahu Sumbat

 
 
Bahan:
5 keping tahu
Timun - dimayang halus
Karot - dimayang halus
* guna taugeh pun boleh tapi cepat basi.
 
cara:
Goreng tahu dan sejukkan. Bila sejuk tahu potong jadikan segi tiga dan belah ditengah. Kemudian bolelah di sumbatkan timun dan karot yang di mayang kedalam tahu. Dan hidang.
 
Sos:
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
Sos cili
Sos tomato
garam, gula & serbuk perasa
Blend kesemua bahan bahan diatas. Kemudian simpan dalam peti sejuk

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

HARUM MANIS

 
 
Sumber: Siti Mastura
 
Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
 
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
 
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
 
Cara-caranya
Masak gula melaka dengan air hingga larut.  Tapis dan sejukkan.  Pukul telur dan gula hingga naik.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.  Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.  Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.  Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.  Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit.  Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

RENDANG DAGING

 
 
Bahan A
2 kg daging, lembu atau kambing
2 liter santan dari 2 biji kelapa parut
1/4 biji kelapa parut, dibuat kerisik
1 1/2 cawan minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
 
Bahan B - dikisar halus
8 biji buah keras
1 ibu jari kunyit hidup
50 gram halia
8 biji lada merah
8 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji bawang besar
 
Bahan C - disanggar dan dikisar halus
40 gram ketumbar biji
20 gram jintan puith
20 gram jintan manis
18 batang lada kering
 
Bahan D
70 gram lengkuas, dititik
4 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
2 atau 3 keping asam gelugor
 
Cara-caranya
Daging dicuci bersih dan dipotong ikut citarasa.  Panaskan minyak dan tumis Bahan B.  Kacau rata sehingga wangi.  Masukkan C, D dan kerisik.  Setelah garing dan semerbak baunya, barulah dimasukkan daging, santan, sedikit gula/ garam dan masaklah sehingga dagingnya empuk dan rempahnya pekat dengan api yang sederhana.  Tambah lagi gula dan garam jika perlu.  Enak dimakan dengan ketupat, lontong dan roti.
 
Sumber: Hajah Saodah Mohd Salleh
 



Posted at Friday, June 17, 2005 by nurdia
Make a comment  

Next Page












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed