|
Sunday, July 03, 2005
Menghias Kek Menggunakan Marzipan, Fondant dan Royal Icing
Selalunya untuk kita menghias kek, kek perkahwinan atau kek gubahan kita memerlukan marzipan, fondant dan juga royal icing... Kek yang telah dibakar harus disejukkan untuk sehari sebelum dihias.
MENGHIAS KEK MENGGUNAKAN MARZIPAN, FONDANT DAN ROYAL ICING
Bahan-bahannya
marzipan secukupnya untuk menutup kek
Bahan untuk Fondant
100 ml air
2 sudu makan rata serbuk gelatin
2 sudu makan cecair glucose
1 sudu makan gliserin
1 kilo gula icing (ayak dua kali)
sedikit tepung jagung dan esen buah-buahan
jem atau piping jelly untuk sapu dipermukaan kek
Cara membuat Fondant
Air dan gelatin serbuk dicampurkan dan dikacau rata. Biarkan sebentar. Setelah itu, cairkan gelatin sehingga jernih samada dengan cara "double-boil" atau dengan menggunakan microwave. Campurkan cecair glucose, kacau rata dan sejukkan sehingga suam. Di dalam bekas, gaulkan sebahagian gula icing dengan gelatine dan gliserine. Masukkan esen dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah gula icing sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga doh menjadi halus dan sesuai untuk dicanai. Doh hendaklah disimpan dalam plastik, diikat ketat, untuk mengelakkan doh dari menjadi keras dan kering.
Bahan untuk Royal Icing
3 biji putih telur
450 gram gula icing
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara membuat Royal Icing
Pukul semua bahan dengan kelajuan tinggi selama 7-10 minit. Setelah rata, salin ditempat yang kering dan tutup rapat. Royal Icing mesti disimpan di dalam bekas tertutup sekiranya tidak digunakan, jika tidak ia akan keras.
CARA MENGHIAS KEK
Siapkan adunan fondant, marzipan dan royal icing. Sapukan jem dimerata permukaan dan tepi kek. Dimeja yang bersih, tabur sedikit tepung jagung dan canai marzipan mengikut lebar kekd. Angkat dengan kayu pencanai dan ratakan mengikut bentuk kek dengan tapak tangan. Sapu lagi jem dimerata marzipan tadi.
Sebelum mencanai doh fondant, tabur sedikit tepung jagung dipermukaan tempat mencanai, untuk menggelakkan doh dari melekat. Canai doh mengikut ukuran kek (tinggi dan lebar kek). Canai "fondant" setebal 1/4" selebar yang boleh menutup kek tadi. Ratakan dan kemaskan balutan Fondant dengan telapak tangan dan tepung jagung. Gunakan papan kek 13" untuk kek bulat 10". Baki-baki fondant hendaklah disimpan dalam plastik. Kek sudah siap dibalut FONDANT. Bolehlah dihiaskan dengan Royal Icing mengikut citarasa anda.
Posted at Sunday, July 03, 2005 by nurdia
 |  |  | Moncler Outwear Republique September 20, 2012 11:09 PM PDT
This is all very new to me and this article really opened my eyes.Thanks for sharing with us your wisdom.,848986,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | 2012 New NFL Cap September 13, 2012 09:41 AM PDT
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. You are dismissive of subsidizing smoking precisely because of this moral intuition. ,721909,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | birkenstock sandals online August 29, 2012 02:38 AM PDT
Your article is too interesting, I was deeply attracted to your work, let people indulge in pleasures without stop I enjoy your articles,594764,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | Moncler Jacken May 2, 2012 12:50 PM PDT
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,695606,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | Links of London uk April 23, 2012 01:55 AM PDT
Even if you are the only one who wants to save your troubled marriage you can do it alone once you know what you need to do. So, relax, take a deep breath and let's get started with some things you can do to get started on saving a troubled marriage.,495308,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | Timberland Footwear April 15, 2012 03:27 PM PDT
I found that most people choose as your website, I believe that this site has very good writing. I often come here to visit, be grateful.,087353,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/511.html |  |
  |  |  | DE3K MAD JITRA August 22, 2006 04:19 PM PDT
TUNJUKKAN CARA2 MENGHIAS KEK,CARA MEMBUAT,DENGAN LEBIH TELITI.SAYA HARAP DIPERTIMBANGKAN. |  |
|
|