<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> Aneka Jenis Lauk Pauk « rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Thursday, June 09, 2005
Aneka Jenis Lauk Pauk

KERABU IKAN KEMBONG
 
Bahan-bahannya
8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit
1 cm halia muda dihiris nipis
1/2 cawan daun pudina diracik halus
1/2 cawan daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
4 batang serai muda
10 biji bawang merah
8 biji cili padi dihiris nipis
2 biji mangga masam
1/4 biji nenas
1/2 bunga kantan
1/4 cawan sos ikan
jus dari 3 biji limau nipis
3 camca besar gula melaka
minyak untuk menggoreng ikan.
 
Cara-caranya
1. Asingkan isi ikan dan buang tulangnya.
2. Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.
 
 
 
IKAN PANGGANG PERCIK
 
Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar
 
Bahan-bahan sambal percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.  Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat.  Masukkan garam, gula dan jus limau nipis
2.  Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.  Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.
 
 
 
GULAI SIAM
 
Bahan-bahannya
500 gm daging dihiris nipis
2 batang terung dipotong lebar-lebar dan digoreng sedikit sampai lembut
2 camca kecil belacan
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 cm halia
3 ulas bawang putih dimesin/ giling sampai lumat
2 cm lengkuas
3 batang serai
8 biji lada hitam
2 camca kecil serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
segenggam daun selasih
sedikit gula nira
2 camca besar sos ikan
gula secukup rasa
santan dari sebiji kelapa (4 cawan)
minyak untuk menumis
1/4 cawan kerisik (1/2 biji kelapa goreng di tumbuk lumat)
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah giling pada api yang sederhana sampai bangkit baunya.
2.  Masukkan santan dan masak sampai ianya pekat.  Masukkan daging yang dihiris nipis dan masak selama 5 minit lagi sebelum dimasukkan kerisik.
3.  Tambahkan sos ikan, gula nira, limau purut dan daun selasih.
4.  Masak sehingga daging empuk.  Angkat dan hidangkan.
 
 
 
KETAM GORENG MASALA
 
Bahan-bahannya
6 ekor ketam dicuci bersih dan dipotong dua
1 cawan daun pudina, dicincang halus
1/2 cawan daun ketumbar, dicincang halus
3 biji lada hijau, dihiris nipis
1 cawan (105ml) tairu (plain yoghurt)
garam secukup rasa
jus dari 1 biji limau nipis
minyak untuk memasak
 
Bahan A
2 biji bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kelapa parut
3 camca besar serbuk cili
 
Untuk disanggar 
1 camca besar jintan manis
2 camca besar ketumbar biji
 
Cara-caranya
1.  Goreng ketam didalam minyak sampai masak
2.  Kisar Bahan A dan juga bahan-bahan yang disanggar.  Kemudian tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan sedikit air dan tairu.  Masak selama 5 minit.  Masukkan ketam, daun pudina dan daun ketumbar.  Masukkan garam, lada hijau dan jus limau sebelum disajikan.
 
 
 
UDANG JHINGA
 
Bahan-bahannya
15 ekor udang besar, dibuang kulit dan tinggalkan ekor
1 camca besar daun ketumbar, dicincang halus
1 camca besar daun pudina, dicincang halus
2 biji buah tomato dibelah 4
garam secukup rasa
minyak untuk memasak
 
Bahan untuk dimesin
1 biji bawang besar
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1/2 camca kecil serbuk jintan manis
1/4 camca kecil serbuk jintan kasar
1/4 camca kecil serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk cili
1/2 camca kecil serbuk kunyit
1/2 cawan tairu masam
jus dari 1/2 biji lemon
 
Cara-caranya
1.  Mesinkan semua bahan-bahan di atas dan perapkan bersama udang selama 1/2 jam.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.  Masukkan udang dan masak sampai pekat dan kering sedikit.
3.  Masukkan buah tomato dan garam.
4.  Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidangkan.
 
 
 
SAMBAL GORENG NANGKA DAN HATI
 
Bahan-bahannya
300 gm nangka muda dicelur sampai empuk
6 keping hati ayam
3 keping tahu goreng dibelah empat
10 batang kacang panjang dipotong 2 inci lebar
4 keping tempe dipotong lebar dan digoreng
2 helai daun kunyit dihiris nipis-nipis
1 cili merah capsicum dipotong empat segi
santan dari sebiji kelapa
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
 
Bahan untuk dimesin
6 tangkai cili hijau
6 tangkai cili merah
4 camca besar udang kering
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
6 biji buah keras
2 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.
2.  Masukkan santan, hati ayam dan nangka lalu dibiarkan mendidih sampai nangka hampir empuk.  Masukkan kacang panjang, tempe dan tahu.  Masukkan garam secukup rasa.
3.  Setelah kuahnya mula kering bolehlah masukkan daun kunyit dan sajikan.
 
 
 
SUP TEKWAN PALEMBANG
 
Bahan-bahannya
 
Bahan untuk menyediakan bebola ikan
500gm isi ikan tenggiri
sedikit tepung jagung
sedikit garam dan lada putih
 
Cara-caranya
1.  Mesin ikan sehingga hancur dan campurkan bersama tepung jagung, garam dan lada putih.  Bentuk bebola lalu direbus.  Bila timbul keluarkan dari air yang mendidih.
 
Bahan-bahan untuk sup
200 gm isi sengkuang, dihiris
150 gm isi udang basah, dicincang
4 biji bawang putih dicincang halus
2 liter air
10 gm cendawan tikus (jamur kuping)
20 gm bunga pisang dicelur dahulu
sedikit su'un
sedikit lobak merah, dihiris
sedikit bunga kobis
daun sup/ daun bawang, untuk hiasan
 
Cara-caranya
1.  Panas minyak, tumis bawang putih bersama udang.  Masukkan air dan dibiarkan mendidih (air rebusan kepala udang juga boleh digunakan).
2.  Masukkan lobak merah, bunga kobis, jamur kuping, sengkuang, dan juga bunga pisang.
3.  Masukkan bebola ikan dan su'un.  Biarkan mendidih sebentar dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
 
 
 
DJEJ MATISHA MESLA
(Ayam Masak Merah ala Maghribi)
 
Bahan-bahannya
10 keping ayam
2 cm halia, dicincang halus
2 sudu kecil biji lada hidam
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar, didadu
1 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin tomato
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar madu
jus dari 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
15 biji buah zaiton (olives)
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2.  Masukkan ayam dan didgoreng sebentar dengan serbuk ketumbar.
3.  Setelah ayam mula agak garing sedikit, masukkan air, tomato, tomato puri, madu dan koma-koma.
4.  Masaklah sampai ayam betul-betul kering dan barulah masukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar.
 
 
 
GULAI IKAN SEPAT
 
Bahan-bahannya
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
santan dari sebiji kelapa
jus dari 2 biji limau nipis
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
 
Untuk dikisar halus
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai
1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi.
2.  Masukkan santan dan didihkan.  Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut.  Masak selama 15 minit lagi.
3.  Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.
 
 
 
AYAM MALINDO
 
Bahan-bahannya
10 keping ayam
10 biji badam, digoreng
2 biji buah tomato
segenggam daun ketumbar
3 camca besar bawang goreng
2 batang serai, dititik
 
3 biji bawang besar, digoreng sampai wangi (kuning) dan dimesin halus
3 keping asam gelugur
santan dari sebiji kelapa
 
Bahan untuk dikisar halus
15 tangkai cili kering
4 camca besar kismis hitam
2 camca besar biji ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
8 biji buah keras
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sampai wangi.
2.  Masukkan ayam dan masak selama 10 minit.  Masukkan santan dan masaklah sampai empuk bersama asam keping dan serai yang telah dititik.
3.  Setelah pekat, masukkan bawang besar yang dikisar dan buah tomato.  Tambahkan garam secukup rasa dan sajikan bersama hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan badam diatasnya.
 
 
 
AYAM GORENG ANEKA RASA
 
Bahan-bahannya
2 sudu kecil sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 cm halia dihiris nipis
1/2 cawan sos cili Thai
6 biji cili padi, dihiris
2 batang serai
4 helai daun limau purut
segenggam daun selasih
2 biji terung, dipotong lebar-lebar dan digoreng sampai lembut
1 sudu besar madu
air dari limau kasturi
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil sos ikan
 
Untuk digaul sebati dan digoreng
1 sudu besar sos tiram
3 keping dada ayam, dihiris kasar-kasar
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil sos ikan
1 biji telur, dipukul
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi.
2.  Apabila naik wangi, masukkan ayam, sos cili Thai, mayonis, sos tiram, madu, sos ikan dan masak selama 2 minit.
3.  Masukkan terung, daun limau purut, daun selasih, air limau kasturi.  Gaul rata sebelum disajikan.
 
 
 
LALA GORENG PATTAYA
 
Bahan-bahannya
300 gm lala dicuci bersih
4 ulas bawang putih
2 cm halia dihiris
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1/2 biji cili capsicum, didadu kecil
1/2 biji cili capsicum hijau
segenggam daun selasih
sedikit tepung jagung dilarutkan dalam air
minyak untuk menggoreng
gula secukup rasa
6 tangkai daun bawang
 
Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia.
2.  Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar.
3.  Selepas 2 minit, buka tudungnya masukkan tepung jagung, sos, ikan, cili capsicum, bawang besar, daun selasih dan daun bawang.
4.  Hidangkan segera.
 

Posted at Thursday, June 09, 2005 by nurdia

north face jackets online
November 27, 2012   05:45 PM PST
 
Venice resident Rhonda DeVictor said she noticed the empty lot when she first moved into the neighborhood 12 years ago,382879,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/193.html
nike shox pas cher
May 23, 2012   05:04 PM PDT
 
Beautiful!!! You truly have an eye for colour. ,701360,http://rempahratus.blogdrive.com/archive/193.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed