<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "FFFFFF"; google_color_url = "FFFFFF"; google_color_text = "FFFFFF"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> RESIPI ISTIMEWA KEK LAPIS DAN PANDUAN-PANDUANNYA « rempahratus



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukamak)

|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|









Sunday, September 18, 2005
RESIPI ISTIMEWA KEK LAPIS DAN PANDUAN-PANDUANNYA

OLEH DIANA ARSHAD

 Assalamualaikum semua

Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan creativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada dipasaran. Tapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Disini Diana berikan sedikit tips bila membuat Kek Lapis.

 1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

 2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

 3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.

 4. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

5.  Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

6.  Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

7.  Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

8.  Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum

mengeluarkannya untuk dihidang.

Diana minta juga jasa baik ahli-ahli yang "terror" bab membuat kek-kek lapis ini untuk memberi beberapa tips penting untuk dikongsi bersama dan dapat dimanfaatkan oleh semua. Disini Diana himpunkan 18 resipi-resipi berbagai jenis kek lapis dan antaranya adalah :-

 

*  KEK LAPIS LENGIT

*  KEK LAPIS LENGIT VERSI 2

*  KEK LAPIS LENGIT SPECIAL

*  KEK LAPIS SARAWAK

*  KEK LAPIS ALA TIKAR

*  KEK LAPIS ANYAM

*  KEK LAPIS BATA

*  KEK LAPIS BERCORAK COKLAT

*  KEK LAPIS KOPI KEJU

*  KEK LAPIS ASAM MANIS ( "HAW FLAKES" ) / KEK LAPIS PRUNE

*  KEK LAPIS CEMPEDAK / KEK LAPIS DURIAN / KEK LAPIS KEJU

*  KEK LAPIS KAYU MANIS

*  KEK LAPIS COFFEE PRINCESS

*  KEK LAPIS STRAWBERI KOPI

*  KEK LAPIS PRUNE

*  KEK LAPIS OSAMA BIN LADEN

*  KEK LAPIS IDOLA

*  KEK LAPIS OREN MANDARIN

 KEK LAPIS LENGIT

 Bahan-Bahannya :

30 biji kuning telur

600gm mentega dipukul hingga kembang

100gm tepung gandum

300gm gula pasir

3 sudu makan susu pekat manis

1 sudu makan rempah kek lapis

1 sudu makan ovalette

sudu teh vanilla

 

Cara Membuatnya :

Pukul kuning telur, gula, vanilla dan ovalette sehingga kembang dan naik.

Masukkan rempah kek lapis dan tepung, gaul menggunakan spatula dan akhir sekali

masukkan mentega yang telah dipukul dan gaul hingga sebati.

Panaskan ketuhar pada suhu 160 C atau pun boleh juga menggunakan fungsi grill panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis.

Gunakan loyang 20 x 20 x 8cm.

Sapukan mentega pada loyang dan dasarnya dialas dengan kertas kuih.

Masukkan 3 - 4 sudu makan adunan dan ratakan, panggang selama 5 minit.

Setelah kuning, gunakan spatula atau acuan leper untuk menekan kek dan kemudian

sapukan sedikit mentega pada atas kek jangan terlalu banyak ( kalau banyak takut kek terlalu basah ).

Sendukkan lagi adunan tepung dan bakar sehingga habis.

Setelah kek habis dibakar, sediakan kertas kuih untuk mengalas kek yang sudah dibakar.

Terbalikkan loyang diatas kertas roti dan kek yang telah disejukkan boleh dipotong dan siap untuk dihidang.

 

 

KEK LAPIS LENGIT VERSI 2

 

Bahan-Bahannya :

30 biji kuning telur

3 putih telur dipukul hingga kembang, putih dan kaku

300gm gula halus

110gm tepung gandum

600gm mentega dipukul hingga kembang dan putih

150gm susu pekat manis

2 sudu makan rempah kek lapis

2 sudu makan ovalette

 

Cara Membuatnya :

Pukul kuning telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dan kaku.

Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga rata.

Masukkan adunan putih telur dan gaul sebati menggunakan spatula.

Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan rempah kek lapis ke dalam adunan telur dan digaul rata menggunakan spatula.  

Pukul mentega sehingga lembut dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul perlahan menggunakan spatula hingga sebati.

Tuangkan adunan pada loyang ukuran 20cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih.

Bakar dalam ketuhar menggunakan api bawah sehingga berwarna coklat.

Tekan atas kek dan ulangi process melapis dan gunakan api atas ( api bawah dimatikan )

hingga habis.

 

 

KEK LAPIS LENGIT SPECIAL

 

Bahan-Bahannya :

175gm tepung gandum

625gm mentega

425gm gula

25 biji kuning telur

6 biji putih telur

2 sudu makan rempah kek lapis

2 sudu makan ovalette

tin kecil susu pekat manis

 

Cara Membuatnya :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan rempah kek lapis, pukul rata dan ketepikan.

Pukul telur, gula pasir dan ovalette sehingga kembang dan putih.  

Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata dan sebati.  

Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.

Tuang sedikit adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar dengan menggunakan fungsi grill sehingga keemasan.  

Keluarkan kek dan tekan dengan spatula atau acuan leper untuk kek lapis perlahan-lahan.  

Sapukan sedikit mentega pada atas kek dan ulangi melapis sehingga habis.  

Pada lapisan terakhir, gunakan api bawah selama 25 minit pada suhu 160 C .

 

TIPS:  Pukul mentega sehingga betul-betul lembut.  

Cara mencampurkan adunan adalah adunan mentega dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan telur   dan bukan sebaliknya ( telur dimasukkan ke mentega ).

Untuk hasil yang sedap, kek lapis harus menggunakan mentega dan bukan marjerin.  

Dasar loyang pembakar kek haruslah ditutup dengan kertas kuih tepat ukurkannya.  

Jangan ada kertas lebihan ditepi loyang hasil tepi kek akan jadi kurang menarik.

 

 

KEK LAPIS SARAWAK

 

Bahan A ( Untuk Isi Didalam Kek ) :

10 biji kuning telur

6 biji putih telur

200gm gula halus

150gm tepung Hong Kong

1 sudu makan  ovelette

50ml air sejuk

 

Bahan B :

300gm mentega

4 sudu makan susu pekat manis

1 paket ( 200ml ) santan krim

 

Bahan C :

Pewarna merah, hijau, kuning dan ungu

 

Bahan Untuk Kulit ( Untuk Kita Gulung Dgn Bahan Isi ) :

Bahan A :

10 biji kuning telur

4 biji putih telur

150gm tepung Hong Kong

150gm gula kastor

1 sudu makan ovellete

50ml air ais

 

Bahan B :

125ml mentega dicairkan

Jem blackcurrent untuk disapu

 

Cara Untuk Membuat Isi :

Mulakan dengan Bahan A ( Untuk Isi ). Pukul telur, gula, air sejuk dan ovalette sehingga kembang.

Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula.

Kemudian pukul Bahan B, mentega, susu pekat manis dan santan krim sehingga kembang.  

Campurkan Bahan B pada A dan gaul sebati.

Bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu warnakan merah, hijau, kuning dan ungu.

Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih.

Tuangkan 5 sudu makan adunan warna hijau kedalam loyang.

Bakar dengan api grill 250 C dalam ketuhar selama 3 minit.

Kalau oven cepat panas turunkan suhu grill.

Tekan permukaan kek menggunakan spatula jika ada yang gelembung.  

Tuangkan 5 sudu makan adunan ungu ke atas lapisan hijau dan ratakan dan bakar

sebagaimana proses di atas.

Ulangi proses melapis dengan adunan merah dan kuning.

Biarkan kek sejuk dalam acuan. Keluarkan dan potong segitiga.  

( Boleh gunakan besi kekisi untuk tingkap, lebih senang memotong bentuk segitiga ).

Sesuaikan dengan warna ikut daya imaginasi dan creativiti dan kemudian sapukan jem ditengah-tengah, jangan terlalu banyak sangat hanya cukup untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain dan ketepikan

 

Cara Untuk Membuat Kulit :

Pukul telur, gula kaster, air dan ovalette sehingga kembang.  

Masukkan tepung Hong Kong dan gaul rata menggunakan spatula.

Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati menggunakan spatula.

Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya

dengan kertas kuih.

Bakar didalam ketuhar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas grill untuk 3 minit setiap lapisan sehingga habis.  

Sedikan kain atau tuala basah untuk melapik.

Terbalikkan adunan yang telah masak dan dilapis dengan plastik pembungkus mee.

Sapukan jam atas kek, jangan terlalu banyak hanya cukup sekadar untuk melekatkan inti.

Letakkan inti yang berbentuk macam kon ( tiga segi ) atas kek yang disapukan jem dan gulung ketat dan rapi dengan bungkus dengan plastik tadi.

Selepas itu ulangi dengan process membuat kulit dan teruslah sampai inti habis digulung.  

Simpan dalam peti sejuk. Sedap dan senang untuk dibuat.

 

 

KEK LAPIS ALA TIKAR

 

Bahan-Bahannya :

500gm mentega

75gm susu pekat manis

27 biji kuning telur

2 biji putih telur

275gm gula kaster

60gm tepung gandum

15gm tepung susu

1 sudu makan ovallette

sudu teh baking powder

 

Bahan Untuk Lapisan Coklat :

1 sudu makan pes coklat

10gm serbuk koko

50gm mentega dipukul sehingga lembut

 

Cara Membuatnya :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.

Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.

Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.

Bahagikan adunan menjadi 2. Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan 50gm mentega yang telah dipukul dan gaul rata.

Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih.

Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis kuning dan seterusnya.

Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya.

Setiap lapisan beratnya 100gm. Buat 7 lapisan pada kedua-dua loyang.

Bakar setiap lapisan dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 C dengan api atas. 

Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang.

Pada setiap kek potong memanjang cm sebanyak 14 potong. 

Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama ( coklat-kuning-coklat ) dan kek di loyang kedua ( kuning-coklat-kuning ). Ketepikan.

Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50gm

mentega.  Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.  

Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan.

Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.

Keluarkan kek dari ketuhar pada lapisan ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).  

Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.

Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

 

 

KEK LAPIS ANYAM

 

Bahan-Bahannya :

500gm mentega

75gm susu pekat manis

27 biji kuning telur

2 biji putih telur

275gm gula kaster

60gm tepung gandum

15gm tepung susu

1 sudu makan ovalette

1 sudu makan serbuk kek lapis

sudu teh baking powder

Susu pekat manis, untuk sapu

 

Cara Membuatnya :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.

Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung susu, baking powder dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.

Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.

Bahagikan kepada 2 adunan.

Sediakan 2 loyang berukuran 22 x 22 x 4cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih.

Bakar kek setiap loyang mempunyai 7 lapisan setiap lapisan beratnya 100gm pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit.

Setelah sejuk keluarkan kek dari kedua-dua loyang.

Ambil kuih dari loyang pertama dan potong memanjang 1cm.

Dan potong seterusnya setebal 1cm dan letakkan dalam susun melintang.

Kek pada loyang kedua mulakan sebaliknya iaitu melintang.

Potong seterusnya sehingga habis.

Letakkan kek yang lebar 1cm, disapu dengan sedikit susu pekat dan tampalkan kek

melintang disebelahnya dan disapukan dengan susu pekat manis.

Ulang sampai kek dari loyang pertama habis.

Susun kek dari loyang kedua atas susunan kek tadi.

Mulakan dengan hirisan kuih yang melintang dan kemudian memanjang, buat selang seli sampai kek habis jangan lupa sapukan susu pekat untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain.

Kemudian padatkan kek dengan cara dimasukkan dalam loyang 20cm selama 2 jam.

Ulangi resipi membuat kek lapis untuk lapisan atas dan bawah.  

Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.  

Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan.

Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.

Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek anyam yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).  

Kemudian sapukan atas kek anyam dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.

Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

 

 

KEK LAPIS BATA

 

Bahan Untuk "Bata" :

600gm mentega

100gm susu pekat manis

30 biji kuning telur

1 biji putih telur

275gm gula kaster

75gm tepung gandum

1 sudu makan ovalette

1 sudu makan rempah kek lapis

 

Bahan Coklat :

1 sudu makan pes coklat

2 sudu makan serbuk koko

50gm mentega dipukul

Jam strawberry, untuk disapu

 

Bahan Untuk Kek Lapis :

500gm mentega

75gm susu pekat manis

27 biji kuning telur

2 biji putih telur

275gm gula kaster

60gm tepung gandum

15gm tepung susu

1 sudu makan ovalette

sudu teh baking powder

 

Cara Untuk Membuat Bata :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang.

Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga sebati. Ketepikan.

Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang.

Masukkan tepung dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.

Tuang campuran telur sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega dan dikacau rata menggunakan spatula.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan, pes coklat, serbuk koko dan 50gm mentega yang telah dipukul dan satu adunan lagi dibiarkan warna asal.

Tuang selapis adunan ( berat 175gm ) ke dalam loyang 22 x 22 x 4cm yang telah

disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C ( api atas ) selama 6 minit.

Tuang pula adunan warna asal ( berat 175gm ) ke atas adunan coklat tadi dan bakar lagi selama 6 minit.

Buat lapisan seterusnya sehingga adunan habis.

Buat kek yang sama pada loyang kedua tapi mulakan dengan adunan kuning dulu, kemudian coklat, seterusnya sehingga habis.

Pada lapisan terakhir selepas membakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

Kek dipotong miring, kek dari loyang 1 dan 2 potongan miring harus sama tebalnya.

Tiap loyang potong miring 20 bahagian.

Siapkan kek lapis bata dan disapukan dengan jam strawberry dan dilekatkan dengan

hirisan kedua dari loyang kedua disebelahnya.

Sapukan dengan jam strawberry dan ulangi sehingga kek selesai. Ketepikan.

Mulakan untuk membuat kek lapis.

Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega dan

dialas dengan kertas kuih. 

Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan.

Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.

Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan jam strawberry ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek bata yang telah disediakan tadi diatasnya. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).  

Kemudian sapukan atas kek bata dengan sedikit jam strawberry dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.

Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

 

 

KEK LAPIS BERCORAK COKLAT

 

Bahan-Bahannya :

300gm mentega

50gm tepung gandum

25gm tepung susu

200gm gula kaster

24 biji kuning telur

1 sudu makan susu pekat manis

sudu teh baking powder

1 sudu teh ovalette

 

Bahan Untuk Corak Coklat :

Pes coklat

1 sudu makan serbuk koko

25gm mentega dipukul

 

Cara Membuatnya :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang dan masukkan susu pekat manis.

Pukul lagi hingga sebati dan ketepikan.

Pukul kuning telur, gula dan ovalette sehingga kembang.

Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata.

Tuangkan adunan tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan spatula.

Ambil 100gm adunan dan campurkan pes coklat, serbuk koko dan mentega 25gm dan gaul rata. Masukkan kedalam piping baga ataupun plastik segitiga.

Sendukkan 75gm adunan kuning ke dalam loyang berukuran 22 x 10 x 7cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C ( api atas ) selama 6 minit.

Keluarkan dan tekan dengan acuan leper atau spatula dan sapukan dengan sedikit mentega di atas permukaan kek.

Tuang lagi adunan kuning ( 75gm ) ke atasnya.

Picitkan adunan coklat di berbagai tempat ( titik-titik kecil ) dan bakar selama 6 minit.

Lapis lagi dengan adunan kuning dan bakar 6 minit.

Pada setiap dua lapisan picitkan adunan coklat.

Pada lapisan terakhir selepas bakar menggunakan api atas selama 6 minit, bakar lagi 15 minit menggunakan api bawah.

Sejukkan kek sebelum mengeluarkannya dari loyang untuk dhidang.

 

 

KEK LAPIS KOPI KEJU

 

Bahan-Bahannya :

10 biji kuning telur

75gm gula pasir

30gm tepung terigu

20gm tepung susu

75gm mentega dicairkan

50gm keju cheddar diparut

 

Bahan Untuk Lapisan Kopi :

15 biji kuning telur

125gm gula halus

sudu teh baking powder

25gm tepung jagung

25gm tepung susu

250gm mentega

25gm susu pekat manis

1 sudu teh ovalette

Paste kopi

Susu pekat manis / jam strawberry untuk sapu

 

Posted at Sunday, September 18, 2005 by nurdia

dinhack9r
May 21, 2012   10:34 PM PDT
 
memang terbaik la.....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry












Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)



Kebanyakan resepi diperolehi dari resepi.net

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com

Sumbangan resipi boleh diemailkan ke resipinet

Sila lawati laman mailing list Resipi.Net di Yahoo http://groups.yahoo.com/group/resipinet/ atau ke laman rasmi Resipi.Net di http://www.resipi.net untuk mendapatkan himpunan resipi yang telah disiarkan.





<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

orang sedang melawat rempahratus ini





Laman yang sering dikunjungi


|Semarakkasih| |SK/cjb| |ChatrooMSK| |DS/Forum| |virtualfriends| |karangkraf| |jakionline| |mymasjid| |myjodoh| |liriklagu| |mykudat| |cikgunet| |ChatrooMCN| |Jebat| |sklikas| |radioblog| |ekawan| |resepi| |hanan| |mesra| |tutor| |cari| |islamicfinder|




Laman Resipi Maya


  • Restoren Pak Amir
  • ResipiNet
  • website_arfi1
  • website_arfi2
  • indianCooking
  • mypantry
  • suria.sg
  • mesra.net
  • kuali



    Weblog Cheff di Maya


  • cheffarid
  • Chetam
  • bakersplace



    Weblog Kenkawan Maya


    |sumpitt| |pittinluv| |lylynn| |llia| |riaqistina| |cikguizza| |balqis| |rinda| |aszizie| |cyda| |anNi| |deqna| |tunchu| |luv3071| |Jessy| |irnah| |deng| |ct_wardah| |nazmah| |nonie| |zaimaya| |anazs| |azora| |adiana| |felisha| |ochee| |ninasuria| |nina| |antubuku| |ryn| |dorez| |anakikan| |tisa| |Ila| |paskal| |camarsepi| |justlooking| |diya| |nilamkasih| |auntyN| |VM| |zurynee| |haslinda| |dakkap| |abedee| |tawondas| |m_key| |dsdiesu| |budi| |abgGonjoll| |awang65| |dikOmar| |dikRahman| |utusan| |khidhiranaqi| |zaidi2| |zaidi2_blogspot| |redza| |znoc| |iqbalsauli| |tamingsari| |KNothing| |fancy1| |cikguFazlie| |uncle|










    Akhbar Harian Online










    capaian segera

  • Mee Kuning
  • Laksa Johor
  • Kek Carot
  • Bahulu Cermai
  • Puding Roti Berlauk
  • Murtabak
  • Mee Jawa
  • Black forest Cake
  • Seri Kaya
  • Chippon Pandan
  • Kek Prune
  • Apam Pisang Kukus
  • Samosa
  • Kek Coklat
  • Nasi Beriani
  • Muffin
  • Cakoi
  • Roti Canai
  • murtabak Krackers
  • Roti Manis
  • Kek Batik Marie
  • Tepung Pelita
  • Kek Buah
  • Dodol
  • Acar Buah
  • Mee Kari
  • Makaroni Bakar
  • Popia Mini
  • Rendang
  • Semprit (versi Munira)
  • Kek Coklat Kukus
  • Biskut Sarang Semut
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Goreng
  • Yong tau foo




  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






    rss feed